Thursday, August 08, 2013
Semoga Syawal memberi kekuatan pada UMNO
Friday, July 19, 2013
Persatuan Cina! Diam dan ikut sahaja! @najibrazak @MuhyiddinYassin
Wednesday, July 17, 2013
Tugas Berat Pengerusi UDA Yang Baru.
Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi UDA yang baru.
Datuk Johari Abdul Ghani merupakan seorang ahli perniagaan yang bermula dari bawah. Ramai kenal YB Datuk Ghani dengan sigat tegas beliau didalam mempertahankan hak bumiputera di Kuala Lumpur.
Kami cuma nak ingatkan kepada YB pengerusi yang baru berkenaan usul yang kami bentangkan di Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh dan diterima sebulat suara.
Diharap perlantikan ini akan memberikan suntikan semangat yang baru kepada perniagaan bumiputera didalam penghakupayaan pemilikan harta di dalam Bandar.
USUL PERSIDANGAN PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN SEPUTEH 2012
USUL EKONOMI
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengubah kedudukan orang Melayu dengan amatketara sekali sekitar tahun 70-an sehingga 90-an. Tidak dinafikan bahawa daripada segipemilikan kekayaan, khasnya dalam sektor korporat, masyarakat Bumiputera mampumencapai peningkatan yang agak membanggakan, iaitu daripada tahap 2 peratus padatahun 1970 kepada 20 peratus pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, target keseluruhanpegangan ekuiti orang Melayu melalui DEB adalah 30%. Menyedari hakikat ini, YABDato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Presiden UMNO telah mengambilpendekatan yang lebih holistic dan menyeluruh dimana satu inisiatif "Memperkasakan"ekonomi orang Melayu Bumiputera telah dilaksanakan.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang telahditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan penubuhannya telah diumumkan secara rasmi olehYAB Perdana Menteri sendiri. Penubuhan Teraju adalah untuk menerajui, memacuserta menyelaras agenda Bumiputera dimana ianya sebahagian daripada PelanTransformasi Negara kearah negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan sertaberdaya saing.
Walau bagaimanapun, didapati terdapat segelintir syarikat GLC yang kini dilihatmenyimpang daripada cita-cita dan aspirasi YAB Perdana Menteri yang inginkanekonomi orang melayu Bumiputera diperkasakan. Antara syarikat yang paling ketaramenyimpang dari objective ini adalah UDA Holding Berhad.
UDA Holdings Berhad ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan melalui Akta 46 Pembangunan Bandar pada 12 November 1971 oleh Perdana Menteri Kedua,Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Antara matlamat penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ialah membantumasyarakat Bumiputera mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kegiatanperdagangan dan perusahaan di semua peringkat dalam tempoh kira-kira 20 tahun.Wawasan itu terkandung dalam amanat beliau ketika majlis perasmian UDA.
Malangnya, kini UDA Holdings dilihat lebih mementingkan keuntungan daripadamenjaga kebajikan peniaga-peniaga Melayu Bumiputera. Ini terbukti apabila UDAbercadang merobohkan Bukit Bintang Plaza, dimana ini bermakna lebih 200 peniagaBumiputera akan kehilangan pendapatan. Mereka mungkin boleh berniaga di tempat laintetapi bukan di tengah-tengah bandar yang mana menjanjikan pulangan lebih baik.
Bagi pemuda UMNO Seputeh, ini tidak adil kerana keistimewaan dan peruntukanBumiputera melalui UDA tidak dilaksanakan dengan sempurna. Apatah lagi lokasiperniagaan untuk peniaga kecil Bumiputera semakin berkurangan dari sehari ke sehari.
Persoalan di sini dimanakah tanggungjawab dan apakah hala tuju UDA holdings dalammemperkasakan dan membantu peniaga Melayu Bumiputera ini? Adakah keuntunganberbillion ringgit lebih penting dari tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh TunHussien Onn dan YAB Perdana Menteri?
Jesteru itu, pelaksanaan program-program yang realistik dan memberi kesan positifdikalangan peniaga Bumiputera mesti mendapat keutamaan.
Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2012 yang bersidangpada hari ini MENGUSULKAN dan MENDESAK agar;
1.Semua Board of Directors, CEO dan penurusan kanan UDA Holdingsdiganti dengan mereka yang mendokong aspirasi YAB Perdana Menteri dalammemperkasakan ekonomi dan membela nasib peniaga-peniaga Melayu di dalamNegara.
DISEDIAKAN OLEH:Mohammad Kabir Bin Mohd Akram,
Ketua Penerangan (PEMUDA),
UMNO Cawangan Taman Bukit Seputeh
2 Cina akan didakwa!
Monday, July 15, 2013
Hari Ke 2. Sama-sama saksikan apa kesudahan.
Sunday, July 14, 2013
Kerajaan Bacul kepada Bangsa Cina @zahid_hamidi @najibrazak
Sunday, July 07, 2013
1Malaysia, Pencapaian diutamakan, Pengundi Didahulukan!
Seorang YB berkongsi cerita dengan saya berkenaan dengan satu kawasan yang ADUN nya dari kalangan kaum cina.Mr Yap: YB .. Ada 3 rumah terbakar semalam, yb ada free, boleh kita pergi melawat, berapa kita boleh sumbang pada keluarga mangsa..
(YB BN adalah wakil menang di parlimen dan Mr Yap adalah calon kalah di DuN)
YB : yap ah. Lainkalilah . Tak perlu lawat..
Mr Yap: betul ke YB.. (Dengan nada terkejut, kerana semenjak tahun 2004 BN tak pernah tak bantu mangsa2)
YB : Yap ah .. You jaga dorang semenjak 2008, waktu tu you kalah.. You usaha lagi sebab mau menang pru13, tapi yap, you kalah juga...
Dap letak calon yang duduk singapore, datang jadi calon, ucap pun tak tahu, apa yang dorang kempen, pasang video lim kit siang tiap2 malam... Rakyat situ pun tak pernah kenal DAP punya calon..
Akhirnya, you kalah kerana you BN..
Yap ah, kita tak pernah tak bantu mereka ka ? Bila susah, mau duit , jumpa wakil BN, bila undi, undi DAP!
Kali ini, kita kene suruh itu DAP tolong la, dan saya percaya mereka tak tolong punya...
Lainkalilah kita tolong dia!
Mr Yap: saya faham yb, mereka semua tak kenang jasa pada bantuan kita .. Tq yb
YB: ok .. Welcome
Orang Cina bukan mengundi kerana jasa yang telah mereka perolehi, bukan kerana kekayaan yang mereka nikmati. Mereka mengundi demi memastikan bangsa mereka berpeluang memiliki lebih kuasa. Khidmat wakil rakyat bukan maksud yang sebenar. 
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Forum Statut Rom kecoh Shakira Buang 4-5 minutes Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Mala...
-
***SMS telah dihantar kepada Calon Ketua Bahagian, Datuk Hisham dan Mustapha Kamal, dan juga kepada yang lain-lain.. ** 16 Sep (3.20pm) Asal...
-
petikan dati laman Blog Nusa Melayu .. Pendapat yang bernas dan sudah pasti orang-orang Melayu menyokong, Telah di beri betis nakan peha pul...






