Thursday, October 19, 2006

Selamat Menyambut hari Raya AidilFirti

Kepada semua muslimin dan muslimat,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakan selamat menyabut Hari Raya Puasa.

Maaf dipinta di atas apa sahaja yang tersalah dah yang terlebih, mohon agar Allah S.W.T dapat membukakan hati hamba-hamba ini untuk bermaafan di hari yang Mulia Ini.

Sekian... Semoga selamat pergi dan pulang di dalan perjalanan.....

Monday, October 09, 2006

Kempen sehari

Dalam permilihan yang akan datang, kemungkinan akan diberikan kelongaran kepada Calon-calon untuk berkempen, tetapi hanya untuk sehari.

Berkempen di dalam UMNO sebelum ini diharamkan untuk membendung gejala politik wang atau rasuah politik. Akan tetapi, hampir semua calon-calon tetap berkempen dengan menggunakan agen-agen, dapatkah kempen sehari ini membendung calon-calon daripada berkempen lebih dari sehari?

Benarkah kempen sehari ini dapat mencapai objektif untuk membendung perkara-perkara ini?Pada pendapat saya, sudah tentu tidak, agen-agen tetap akan berjalan membuat aturan perjumpaan untuk calon-calon.

Politik wang atau rasuah politik akan tetap ada, mereka-mereka yang akan bertanding tetap akan mencari jalan dan cara bagaimana untuk berkempen. Untuk kita membendung perkara ini, perkara yang paling penting adalah tahap kesedaran kepada para perwakilan dan calon itu sendiri.

Pada tahun-tahun yang lepas, para calon akan membuat perhintungan dengan perwakilan secara senyap-senyap, tetapi tetap akan tawar menawar, ataupun kontra-mengkontra, beli-membeli, ini semua akan tetap ada jika berkempen di benarkan ataupun tidak. Cuma senyap atau terbuka sahaja.

Para perwakilan pada hari ini sudah matang, dan undi itu rahsia, jadi biarlah kita memberikan garis panduan untuk berkempen sahaja, jaganlah melarang dari berkempen. Jika terdapat garis panduan itu tidak di patuhi, siasat dan kenekan tindakan, ini lagi senang untuk membendung politik wang kerana keterbukaan ini boleh digunakan oleh wakil-wakil Jabatan Disiplin menyelunap masuk di kalangan agen-agen.

Berkempen adalah penting untuk memilih pemimpin, Saya suka melihat di peringkat bawahan, di peringkat sayap-sayap cawangan dan bahagian. Di peringkat ini, permilihan pemimpin muda mesti ada ruang untuk mereka berkempen.

Disini para perwakilan dapat melihat bagaimana kredibiliti calon-calon. Adakah calon-calon yang dipilih memenuhi kreteria yang sepatutnye, pandai perucap, mempunyai idea perubahan, mempunyai daya tahan yang kuat, dan berbagai cara boleh kita lihat apabila berkempen.

Kemeriahan semasa berkempen juga menyumbang kepada hidupnye parti UMNO itu sendiri, perjumpaan-perjumpaan membawa kepada perbincangan, dan dari ini, para akar umbi dapat lebih mengenali bakal-bakal pemimpin, yang lazimnye kita akan kehilangan mereka ini apabila menang kelak(terutama sekali yang jadi menteri/ADUN/Wakil rakyat) kerana kesibukan.

Keunikan berkempen ini semua akan hilang, dan takutianya akan memberi impak yang besar kepada parti UMNO. Kewujudan cara berkempen ada sejarahnye dan sebab itu jugalah berkempen dijadikan cara di musim pertandingan, tak kiralah di peringkat mana pun.

Mungkin Orang Di Atas hanya melihat buruk pada parti disebabkan terlampau banyak faktor tidak baik semasa berkempen, tetapi ini terjadi kerana garis panduan yang tidak di kuatkuasakan sebelum ini.

Razlan's blooger

Razlan's blooger

Lahir pada 1974, sekarang berkhidmat pada parti keramat Melayu, UMNO sebagai exco Pemuda Bahagian Seputeh.

Berpengalaman luas di dalam bidang IT dan Publishing. Berkahwin dengan isteri tersayang Haslina dan mempunyai 2 cahaya mata.

"Perjuangan yang kita perjuangkan untuk anak cucu kita, perjuangan untuk memastikan mereka tidak lari dari budaya dan agama kita, bangsa melayu adalah bangsa yang bermaruah dan berdaulat, perlu kita ingat, dan pegang... kita perlu sentiasa ingat dan menginsafi, Kepentingan diri tidak boleh melebihi kepentingan parti" ... razlan

Monday, October 02, 2006

Pemilihan Parti 2009 dan Pilihan raya...

Ramai jugak yang memberi komen tentang keputusan MT untuk tangguhkan kepada 2009.

Lebih-lebih lagi di laman web http://kadirjasin.blogspot.com/ tapi kebanyakkanye berbaur kepada kekecewaan, ada yang kecewa lama lagi nak tukar pucuk pimpinan, ada yang kecewa pasal tak dapat bertanding awal dan ada yang kecewa statement datang dari khairi.

Ishhh, ini semua cakap-cakap orang kecewa, betul ke MT ikut cakap Khairy, betul ke MT tidak tahu untuk membuat keputusan ataupun mempunyai pendirian mereka sendiri. Pelik, takan samapai begitu. Takan seorang Perdana Menteri akan menbiarkan perkara ini.

Yang heran tu, ada yang nak bertukar kerajaan ada kerana kecewa, betul ke berani tukar kerajaan BN? Dah pikir masak-masak ke? atau ianya hanya ditulis untuk menyedapkan hati?!

Kerajaan membuat keputusan untuk menanguhkan permilihan sudah diduga oleh kebanyakkan orang/kumpulan.Keberkesanan corak kepimpinan yang ada sekarang ini perlu dihalusi dan di terima pakai. Keputusan dibuat berdasarkan kepada kewibawaan dan keadaan politik dan sosial negara, jesteru, kita perlu melihat dan memberikan sepenuh komitmen ke arah negara Malaysia Makmur dan Berjaya.

Sektor pertanian diberi tumpuan kerana untuk membela ekonomi orang melayu, modal insan dibuat kerana Rakyar Malaysia memerlukan jati diri yang lebih dan luarbiasa. Ini adalah untuk memastikan mereka dapat bersaing dan berkualiti.

Berbalik kepada Pemilihan Parti dan Pilihan Raya, ianya tidak ada tersurat dan tersirat. Semua sudah tahu Index Politik Umno dan BN telah turun sikit, jesteru itu kita perlu berkerja untuk meningkatkan Index tersebut, kewibawaan dan kemajuan yang dibuat pada zaman Pak Lah perlu kita ketengahkan.

Jangan kita dok bergaduh sendiri, orang lain dapat habuan..

Insyaalaah UMNO akan menang besar lagi.....

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...