Friday, December 28, 2007

Paranjothy yang kurang ajar!

Oleh Mohd Razlan

Pujian kepada Dato Ketua Pemuda kita kerana berani mencabar Parti Gerakan. Inilah yang kita mahu, menyatakan pendirian kita tanpa perlu memikirkan perasaan dan hati mereka, kerana mereka sengaja tidak memikirkan perasaan orang Melayu!

Paranjothy menyatakan pendirian beliau yang menyalahkan UMNO kerana memingirkan bangsa India. Orang-orang india menjadi Genster kerana kesempitan hidup.

Jika beliau berpikiran begitu dan beliau malu kerana bangsa beliau menjadi genster. Melayu juga malu untuk memaklumkan berapakah jumlah orang-orang melayu yang menjadi genster dan juga berapa banyak jenayah dilakukan oleh orang-orang melayu.

Perkara ini tidak perlu timbul kerana kita memberi peluang kepada semua kaum untuk meningkatkan gaya hidup mereka, jika mereka memilih kearah membuat jenayah, mereka yang salah, ini adalah kerana salah didikkan dan juga mereka-mereka ini suka mengambil jalan mudah.

Naib ketua Pemuda Gerakkan ini amat bahaya jika disimpan didalam BN, beliau sudah ternyata tidak mahu paham erti Semangat BN. Ini terbukti apabila didalam sidang media menyatakan tidak menyesal dengan kenyataan itu.

Orang seperti ini sepatutnya dibuang dari BN, Parti Gerakan mesti melucutkan jawatan beliau sekiranya ingin menjadi komponon BN. Jika tidak dibuang, boleh ditafsirkan Parti Gerakan mempunyai pendapat yang sama dengan beliau.

UMNO sebagai pengerusi BN mesti memainkan peranan yang penting didalam isu ini. UMNO perlu ada kata sepakat untuk mengambil dan mendesak parti Gerakan untuk membuat keputusan. Jika kita tidak mempunyai kekuatan, ternyata kita telah hilang kekuatan dan ini akan mengecilkan hati-hati orang-orang Melayu.

UMNO mesti melihat perkara ini sebagai perkara yang serius, mereka umpama menolak kepala kita dan kemudian meminta maaf, apabila telah dimaafkan, mereka tolak kepala kita lagi. Telah beberapa kali mereka tolak kepala orang-orang Melayu dan kita masih berdiam diri.

Pendirian UMNO sepatutnya sungguh mudah, sesiapa yang berani memainkan isu perkauman ataupun jika didalam kalangan parti komponen tidak mahu menjaga hati orant-orang Melayu, lucut dan keluarkan sahaja dari BN, kekuatan ini mesti ditunjukkan dengan tindakkan. Sekiranya tidak ada tindakkan, tidak bermakna kekuatan yang kita ada.

Orang-orang Melayulah yang diharapkan untuk memmberi kemenangan kepada parti-parti komponen, dan sudah ternyata mereka bergantung dengan kita, kenapa perlu kita menjaga hati mereka sedangkan hati orang-orang Melayu yang sepatutnya kita jaga tidak diambil peduli.

UMNO berjuang untuk orang Melayu, dan orang Melayu akan bernaung didalam payung UMNO selagi hak ini dipertahankan. Sekiranya UMNO sudah tidak lagi memikirkan hak ini, tidak mustahil pembangkang akan mengambil hati mereka. Amat susah untuk menyatukan orang-orang Melayu pada masa itu kelak.

3 comments:

Awie said...

laman blog yang menarik..

Anonymous said...

Lan,

Hari wilayah tempoh hari awat hang tak dapat pingat. Orang Umno ramai yang dapat. Orang pekida pun boleh dapat.

Takpa lah, nanti aku belanja hang Pengat Pisang jadi lah. At least ada juga orang ingat kat jasa hang memperjuangkan benda yang belum selesai...

Razlan said...

Saudara/i,

Ruang untuk kita mempertahankan hak dan bangsa masih lagi luas.

Ruang ini tidak akan dapat kita tutup hingga kita mati, sudah tentu akan disambung oleh anak cucu kita..

Cuma, jangan terlalu leka dan alpa sehinggakan ruang yang semakin kecil dibersarkan oleh bangsa kita sehingga memberi ruang bangsa lain mempermainkan kita...

Insyallah tidak terjadi ..

anyway thanks..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...