Monday, March 31, 2008

DAP Memerintah Perak, Melayu hilang Tanah.

Oleh Mohd Razlan

Tahniah kepada orang-orang Melayu Perak yang telah mengundi DAP atau PKR. Dan tahniah kepada pucuk pimpinan UMNO yang telah meporak perandakan minda orang Melayu selama 4 tahun ini.

Akibat dari sengketa yang tidak dapat dikawal, dan akibat daripada Pimpinan UMNO yang telah hilang arah dan tidak penumpukan kepada kekuatan umat, inilah balasanya. Perjuangan yang dahulu kita pupuk untuk menjaga TANAH Melayu telah hilang begitu sahaja.

Zaman sebelum merdeka, orang-orang CINA menguasai Ekonomi, dan India bekerja di ladang-ladang, kontrak sosial direka dan diulam untuk memberikan orang Melayu dapat menjaga Tanah Melayu dengan baik sehingga tidak dijual kepada CINA (orang melayu miskin).

Inilah kuasa pentakbiran yang kita pertahankan selama ini bagi mengibangi kaum CINA yang jauh lebih kaya di Tanah Melayu.

Apa sudah terjadi di Perak. Melayu sebagai MB, dan DAP 6 Wakil(5 CIna, 1 India, dan PKR = 1 CIna). Apa nak buat lagi, kuasa ekonomi sudah hilang, kuasa mentakbir sudah hilang.

Di Kuala Lumpur dan Negeri-negeri besar, orang Melayu dipinggirkan kerana kuasa ekonomi. Ramai yang tidak mampu untuk memiliki kondominium yang dibanggunkan, dan ramai orang-orang Melayu hanya mampu membeli rumah kos rendah, ini hakikat, orang-orang CINA mempunyai kuasa ekonomi, dan mereka menjaga dikalangan mereka, bukan pasal perkauman, tetapi, siapa yang perlu kita jaga dahulu sebelum kita menjaga orang lain, sudah tentu sahabat dan keluarga kita.

Jesteru itu, bagaimana Melayu ingin meneruskan perkongsian kuasa ekonomi ini sekiranya kerajaan pun sudah diberi kepada orang lain.

Di Pulau Penang, Tanah MELAYU hanya 9%, dan sekarang DAP mempunyai negeri itu, sudah hilang lagi TANAH MELAYU. dan sekarang mereka akan mengerakan dan mengorak langkah untuk mendapatkan PERAK, banyangkan berapa banyak tanah MELAYU boleh digadaikan didalam masa 5 Tahun memerintah. Orang Melayu boleh GAH dengan kuasa sebagai MB, tetapi setiap mesyuarat EXCO, Melayu boleh diam, kasi KAMI buat keputusan.

Pikirkan bersama ...

Sunday, March 09, 2008

Rintihan KU....

Oleh Mohd Razlan.

Sudah ku ceritakan didalam penulisanku...

Kepimpinan UMNO sudah hilang kredibiliti .... Sudah ku ceritakan tentang .. Mencari Kepimpinan Yang Pro Melayu .. Sudah ku ceritakan tentang Melayu yang masih di takuk lama ...

Hati orang melayu sudah terguris ... Mereka berpecah belah ... bangsa lain ketawa girang .... melihat perpecahan ini boleh diambil peluang ...

Penang telah diambil ... selama ini kita pertahan ... sudah terlepas ... Bagaimana nasib anak-anak melayu disana .. masihkah mendapat peluang yang terbuka ... bahkan semasa pemerintahan Gerakkan pun sudah kita terpinggir.. inikan lagi dengan pemerintahan DAP yang menolak ketuanan Melayu ..

MT-MT ... apa kamu nak buat ... adakah masih dilena diulik mimpi ... masih kah kelu lagi lidah untuk berkata-kata .. kamulah pemimpin dan hulubalang Melayu yang boleh berbicara ... bercakap .. dan buat keputusan .... jika tidak .. jangan bangsa Melayu dijual lagi ... letakan sahaja jawatan ...

Ketua-ketua Bahagian .. apakah didalam hati kamu .. adakah masih lagi bermain politik mengampu .. masihkah tidak terdengar lagi rintihan hati anak-anak cucu kita yang akan datang ...

Ahli-Ahli ... nak lagi ke imbuhan sekiranya ada program .... nak kee hulll lagi semasa permilihan ... pemimpin lebih hulll lebih boleh laa menang tanpa mengira watak ..

Aduh ... masih adakah lagi anak-anak petani atau kurang kewangan di Universiti-universiti nanti ... mampukah petani-petani kita bertani lagi .. aduhhh ... tanah rizab bagaimana .... ni MARA untuk siapa lepas ni ..

Kemanakah arah kita orang-orang UMNO ...

<<<<<>>>>>>

Monday, March 03, 2008

Kekalkan Kepimpinan Bijak

Oleh Mohd Razlan (Utusan Keluaran 29 Feb 2008)

SAYA sering kali ke luar negara dan melihat keadaan politik di negara lain. Malah jika dibandingkan dengan negara-negara yang maju, boleh dikatakan tidak ada sebuah parti politik seperti Barisan Nasional (BN) yang berjaya memerintah dengan laporan prestasi yang begitu baik dan terbukti mampu menunaikan janji-janjinya.

Mungkin ada juga kelemahan dan kekurangan tertentu pada kerajaan kita, tetapi pada saya itu hal biasa.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Britain, Jepun dan Jerman, pentadbiran negara mereka juga ada sedikit sebanyak kekurangan.
Tetapi jika diamati, kerajaan BN merupakan kerajaan yang paling dinamik dalam mengatasi masalah dan cabaran serta mempunyai budaya penambahbaik terbaik.

Maknanya sentiasa ada usaha kuat dan menyeluruh bagi meningkat prestasi terutama mengurangkan kadar kemiskinan, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperhebatkan sistem penyampaian.

Atas kekuatan dan tradisi itu, BN terus diberi mandat memerintah negara sejak merdeka lagi.

Kita juga harus bersyukur negara ditadbir dengan cekap oleh para pemimpin kita. Mungkin kita mengambil mudah hal ini tetapi jika kita mengkaji keadaan di kebanyakan negara, baru kita sedar betapa kepimpinan yang cemerlang amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.

Bayangkan jika kita mempunyai para pemimpin yang tidak cekap dan kurang wibawa, Malaysia yang sedang laju di hadapan akan tiba-tiba merudum ketinggalan dalam persaingan global.

Lihatlah keadaan kebanyakan negara Afrika dan sebahagian negara Asia yang masih agak mundur walaupun mereka merdeka lebih awal dan hampir sama usia kemerdekaan dengan Malaysia.

Sejak zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diikuti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia terus makmur dan aman biarpun berdepan pelbagai ujian dari semasa ke semasa.

Dengan kata lain, Malaysia mempunyai penanda aras kepimpinan yang baik sejak dahulu lagi. Hasilnya kita juga mempunyai banyak polisi yang berkelas pertama yang berorientasikan rakyat dan ia dibuktikan lagi dengan kemampuan pelaksanaan.

Contohnya, Malaysia masih mampu memberi subsidi yang banyak kepada rakyat pada ketika kebanyakan negara lain sudah lama mengurangkan dan menghentikan subsidi.

Di bawah BN, Malaysia sentiasa diterajui kepimpinan yang rasional, sederhana dan mengutamakan keharmonian.

Tiada Perdana Menteri dari kalangan BN yang ‘merompak’ kekayaan kaum lain untuk kepentingan masyarakat majoriti Melayu. Tiada penghapusan etnik dan pelanggaran hak minoriti.

Malah kaum minoriti di Malaysia mempunyai nasib yang jauh lebih baik berbanding minoriti di negara lain termasuk di rantau ini. Rumah ibadat dan kuil cukup banyak, tetapi keadaan itu tiada di AS, Britain, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara lain.

Hasil kepimpinan BN, nilai toleransi bersama kaum-kaum telah dipupuk sejak saya di bangku sekolah lagi.

Keamanan yang kita kecapi ini, bukannya suatu yang datang tanpa
perancangan dan usaha. Kepimpinan yang bijak dalam mengurus tadbir negara selama ini perlu dikekalkan menerusi kerajaan BN.

Saya percaya kemampuan BN memerintah dengan membawa kejayaan secara seimbang, menimbulkan iri hati parti pembangkang.

Sebab itu, parti-parti pembangkang mencari apa sahaja cara untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap BN. Salah satunya menerusi manifesto yang tidak realistik dan tidak praktikal.

Janji-janji parti pembangkang untuk melaksanakan dasar dan manifesto mereka tidak meyakinkan. Malah kerjasama dan pakatan sesama mereka, begitu rapuh.

Dasar di antara parti-parti pembangkang pun tidak sama dan bertentangan sesama sendiri. Dengan dasar yang bertentangan ini, saya tidak tahu bagaimana cara mereka hendak memerintah Malaysia.

Pada hari ini, saya sekeluarga sudah boleh menaiki pesawat komersial untuk bercuti. Saya dan keluarga mampu pergi ke banyak destinasi walaupun kami adalah dari kalangan keluarga yang sederhana.

Esok lusa, saya mengidamkan dapat membawa anak-anak menjelajah Asia dengan menaiki kereta api laju pula. Banyak lagi yang saya idamkan untuk keluarga dan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan, memiliki rumah dan simpanan untuk hari tua.

Banyak impian untuk anak-anak dapat dicapai menerusi kepimpinan BN. Sudah tentu saya lebih meyakini kerajaan berpengalaman dan cekap seperti kerajaan BN.

Janganlah kita merencatkan momentum kestabilan dan kemajuan yang ada hanya kerana mahu berpolitiking cara lama.

Saya tidak tahu tentang minat dan selera orang lain dalam pilihan raya umum ini. Tetapi pada saya, impian adalah untuk melihat Malaysia berjaya dalam persaingan yang kompleks dan untuk memastikan masa depan lebih baik untuk anak dan cucu.

Maka pilihan raya umum ini amat bermakna kepada saya dan saya sekeluarga tahu, apa yang kami mahukan.

– RAZLAN RAFII,
Salak Selatan,
Kuala Lumpur.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...