Oleh Mohd Razlan (Utusan Keluaran 29 Feb 2008)
SAYA sering kali ke luar negara dan melihat keadaan politik di negara lain. Malah jika dibandingkan dengan negara-negara yang maju, boleh dikatakan tidak ada sebuah parti politik seperti Barisan Nasional (BN) yang berjaya memerintah dengan laporan prestasi yang begitu baik dan terbukti mampu menunaikan janji-janjinya.
Mungkin ada juga kelemahan dan kekurangan tertentu pada kerajaan kita, tetapi pada saya itu hal biasa.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Britain, Jepun dan Jerman, pentadbiran negara mereka juga ada sedikit sebanyak kekurangan.
Tetapi jika diamati, kerajaan BN merupakan kerajaan yang paling dinamik dalam mengatasi masalah dan cabaran serta mempunyai budaya penambahbaik terbaik.
Maknanya sentiasa ada usaha kuat dan menyeluruh bagi meningkat prestasi terutama mengurangkan kadar kemiskinan, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperhebatkan sistem penyampaian.
Atas kekuatan dan tradisi itu, BN terus diberi mandat memerintah negara sejak merdeka lagi.
Kita juga harus bersyukur negara ditadbir dengan cekap oleh para pemimpin kita. Mungkin kita mengambil mudah hal ini tetapi jika kita mengkaji keadaan di kebanyakan negara, baru kita sedar betapa kepimpinan yang cemerlang amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.
Bayangkan jika kita mempunyai para pemimpin yang tidak cekap dan kurang wibawa, Malaysia yang sedang laju di hadapan akan tiba-tiba merudum ketinggalan dalam persaingan global.
Lihatlah keadaan kebanyakan negara Afrika dan sebahagian negara Asia yang masih agak mundur walaupun mereka merdeka lebih awal dan hampir sama usia kemerdekaan dengan Malaysia.
Sejak zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diikuti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia terus makmur dan aman biarpun berdepan pelbagai ujian dari semasa ke semasa.
Dengan kata lain, Malaysia mempunyai penanda aras kepimpinan yang baik sejak dahulu lagi. Hasilnya kita juga mempunyai banyak polisi yang berkelas pertama yang berorientasikan rakyat dan ia dibuktikan lagi dengan kemampuan pelaksanaan.
Contohnya, Malaysia masih mampu memberi subsidi yang banyak kepada rakyat pada ketika kebanyakan negara lain sudah lama mengurangkan dan menghentikan subsidi.
Di bawah BN, Malaysia sentiasa diterajui kepimpinan yang rasional, sederhana dan mengutamakan keharmonian.
Tiada Perdana Menteri dari kalangan BN yang ‘merompak’ kekayaan kaum lain untuk kepentingan masyarakat majoriti Melayu. Tiada penghapusan etnik dan pelanggaran hak minoriti.
Malah kaum minoriti di Malaysia mempunyai nasib yang jauh lebih baik berbanding minoriti di negara lain termasuk di rantau ini. Rumah ibadat dan kuil cukup banyak, tetapi keadaan itu tiada di AS, Britain, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara lain.
Hasil kepimpinan BN, nilai toleransi bersama kaum-kaum telah dipupuk sejak saya di bangku sekolah lagi.
Keamanan yang kita kecapi ini, bukannya suatu yang datang tanpa
perancangan dan usaha. Kepimpinan yang bijak dalam mengurus tadbir negara selama ini perlu dikekalkan menerusi kerajaan BN.
Saya percaya kemampuan BN memerintah dengan membawa kejayaan secara seimbang, menimbulkan iri hati parti pembangkang.
Sebab itu, parti-parti pembangkang mencari apa sahaja cara untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap BN. Salah satunya menerusi manifesto yang tidak realistik dan tidak praktikal.
Janji-janji parti pembangkang untuk melaksanakan dasar dan manifesto mereka tidak meyakinkan. Malah kerjasama dan pakatan sesama mereka, begitu rapuh.
Dasar di antara parti-parti pembangkang pun tidak sama dan bertentangan sesama sendiri. Dengan dasar yang bertentangan ini, saya tidak tahu bagaimana cara mereka hendak memerintah Malaysia.
Pada hari ini, saya sekeluarga sudah boleh menaiki pesawat komersial untuk bercuti. Saya dan keluarga mampu pergi ke banyak destinasi walaupun kami adalah dari kalangan keluarga yang sederhana.
Esok lusa, saya mengidamkan dapat membawa anak-anak menjelajah Asia dengan menaiki kereta api laju pula. Banyak lagi yang saya idamkan untuk keluarga dan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan, memiliki rumah dan simpanan untuk hari tua.
Banyak impian untuk anak-anak dapat dicapai menerusi kepimpinan BN. Sudah tentu saya lebih meyakini kerajaan berpengalaman dan cekap seperti kerajaan BN.
Janganlah kita merencatkan momentum kestabilan dan kemajuan yang ada hanya kerana mahu berpolitiking cara lama.
Saya tidak tahu tentang minat dan selera orang lain dalam pilihan raya umum ini. Tetapi pada saya, impian adalah untuk melihat Malaysia berjaya dalam persaingan yang kompleks dan untuk memastikan masa depan lebih baik untuk anak dan cucu.
Maka pilihan raya umum ini amat bermakna kepada saya dan saya sekeluarga tahu, apa yang kami mahukan.
– RAZLAN RAFII,
Salak Selatan,
Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
3 comments:
asalamualaikum. saya sungguh kasihan melihat komen saudara, saudara sendiri tidak tahu apa erti perjuangan sebenarnya. mengapa saundara menjadi ahli umno? saudara menuduh pembaca blogger lain tidak berfikiran waras kerana menentan BN. apa sebenarnya sumbangan BN terhadap Malaysia?
Razlan,
saya membaca komen anda yang ternyata tidak ikhlas.
dari pengalaman saudara yang duduk megah di kerusi UMNO tu, berapa orang Melayu yang telah datang kepada saudara untuk meminta pertolongan kerana dirundung malang dan bukan untuk cari peluang perniagaan?
berapa pula ke parti lain untuk meminta pertolongan?
berapa orang yang hadir mesyuarat sekiranya tidak disuap dengan duit atau bukan tahun pertandingan?
bukan kah UMNO telah menjadi parti pesta. bila berpesta baru nampak ramai.
bukankah UMNO sudah tidak relevan kecuali dari kewujudannya yang bertujuan mengeyangkan perut orang yang tidak pernah mencurah kederat hanya makan ikut atas angin atau makan komisyen.
bukankah hari ini orang masuk UMNO fasal nak kaya. tolong orang Melayu tu sekadar menutup mulut orang Melayu yang dianggap bodoh dan tuli.
Tun sendiri mengaku, mengikut apa yang telah diberi oleh kerajaan bagi memenuhi hasrat mengimbangi kedudukan ekonomi orang Melayu, orang Melayu masih terus mundur kerana orang Melayu tak mahu susah dan mahu senang cepat.
Satu kombinasi yang Allah tak akan izinkan.
UMNO sebenarnya mempunyai tugas yang mudah, hanya menyebarkan maklumat tentang kemudahan ini semua agar sampai kepada orang yang benar-benar mencurahkan kederat dalam membina kehidupan mereka.
apa yang terjadi, bila peluang ni sampai ke pengetahuan orang UMNO maka orang UMNO yang tak biasa meniaga pun ambil kesempatan dan bagi peluang tersebut kepada kroni.
klau tak cukup syarat pun 'adjust' supaya boleh dapat.
yang akhirnya mengakibatkan segala peruntukan itu hanya bagai mencurah air di daun keladi.
Saya percaya saudara Razlan pun begitu.
Yang benar-benar mencurahkan kederat hanya mempunyai doa dan iradat Allah sahaja untuk berlindung dan memohon pertolongan.
Bagai mana dalam keadaan ini boleh dikatakan UMNO itu baguih sangat.
tolong jawab mai.
walau macam mana pun, saya pun ahli UMNO.
Tuan anonumous ... apakah koteks perjuangan bagi saudara ?
Saudara Bersuara,
Semasa saya memberi komen ini, BN telah menang dengan mejoriti mudah, sejarah paling teruk semenjak memerintah Malaysia.
Jadi, ulasan saudara saya tidak iklas, ternyata tidak benar bagi pendapat saya. Didalam artikel saya, saya menulis lebih kepada Bangsa Melayu.
Pada hari ini, Kita sudah hampir kehilangan Kekuasaan kita di TANAH MELAYU.
Retorik atau tidak penulisan saya, itu hanyalah anggapan bagi seorang yang melihat dan membenci kepada UMNO dan pihak pemerintah.
Saya menceritakan tentang Kepimpinan Yang Pro Melayu, saya menceritakan tentanh Paranjothy yang kurang ajar, saya menceritakan Generasi ULUL ALBAB.
Ini adalah perkara mikro yang Kepimpinan UMNO sekarang yang terlepas pandang.
Selangor, perak, penang dan kedah telah diperintah oleh Pembangkang, kita lihatlah, bagaimana Pembangkang dapat mempertahankan DANA pelajaran untuk anak-anak Melayu yang banyak di YAYASAN Negeri, DANA ini khususnya diberikan kepada anak-anak melayu dan banyak lagi kepentingan untuk orang-orang melayu...
Dengan kekalahan ini kita sama-sama berdoa bersama agar tidak hilang KETUANAN Melayu di NEGARA sendiri.
Saudara org UMNO dan saya orang UMNO, Sekiranya saya berjuang untuk wang riggit, sudah lama saya hilang semangat ...
Post a Comment