Diatas artikel ...http://wilayahkini.blogspot.com/2008/04/inilah-sikap-dan-perwatakan-sebenar.html
Saudara Pengarang,
Maaf.. apa maksud perwatakan sebenar Syed Ali ni, sehinggakan ruangan ini menunjukkan ada agenda tersembunyi?
Apabila EGM telah di adakan, sepatutnya semua peringkat perlu terima dan perhubungan UMNO Wilayah olah la secara bijaksana.
Janganla kita asyik nak bergaduh dan menghentap secara peribadi. Pemimpin Bahagian adalah Pemimpin akar UMBI. Itu semua tahu, dan saya percaya usul yang diluluskan mempunyai asas kuat pada pendapat perwakilan UMNO Bahagian Cheras.Umno hari ini sepatutnya perlu lebih terbuka untuk mendengar permasalahan akar umbi.
Kalah BN (6 Negeri)pada PRU 12 oleh kerana kita tidak mendengar pendapat dan luahan akar UMBI. Jadi, tidak salah dan tidak ada tercalar sekiranya kita Ahli-Ahli UMNO terutama Pemimpin BESAR mendengar dan mengkaji setiap pandangan akar UMBI.
Maaf sekiranya saya menegur komentator didalam ruangan ini. Dan pendapat saya, perkara yang dibenarkan oleh sistem parti, semua perlu akur dan menerima dengan baik dan mengkaji.
Pemilihan semakin hampir, biar kita berdebat sebelum permilihan, selepas ini, jangan kita berpecah lagi.Melayu sudah cukup dengan masalah Sosaial, ekonomi dan ketuanan, siapa pula akan membela nasib melayu sekiranya UMNO tidak kuat.
Jadi, saya berdoa, segala sengketa ini dapat diselesaikan apabila habis sahaja pemilihan bula Disember nanti.
Sesiapa sahaja yang Memimpin, tidak kira Cawangan, Bahagian ataupun MT, sekiranya kita gagal menyatukan orang-orang Melayu kembali, janganlah mengangap diri kita sebagai Pemimpin !
sekian ...
Tuesday, April 29, 2008
Thursday, April 24, 2008
Pencarian Pemimpin Pemuda Bermula ...
Oleh Mohd Razlan
Tanggal 17 July 2008 menjadi hari permulaan bagi UMNO untuk mencari pemimpin bagi mengantikan atau mengekalkan kepimpinan Cawangan, Bahagian ataupun Malaysia.
Pencarian pada kali ini dilihat akan menjadi titik penentuan hala tuju UMNO akan datang bagi menghadapi PRU ke 13.
Kekalahan UMNO pada PRU yang lepas memberikan impak yang negatif kepada masyarakat. Bagaimana pemimpin akan memastikan masyarakat boleh menerima kembali UMNO, ini terpulang kepada visi dan misi yang ditawarkan.
Bagi bakal-bakal perwakilan, ada beberapa perkara yang diharap dapat dibincangkan semasa pertemuan ini.
1. Bagaimana visi dan misi Calon
2. Apakah sumbangan mereka semasa 4 tahun yang lepas.
3. Bagaimana mereka mengatasi masalah yang dihadapi UMNO sekarang.
4. Bagaimana pendapat mereka tentang pemimpin sekarang dan akan datang.
5. Bagaimana mereka melihat perpaduan Melayu sekarang, dan apakah yang menyembabkan orang Melayu hilang keyakinan kepada UMNO.
6. Apakah pandangan Calon tentang Penerapan Islam di Malaysia.
7. Apakah pandangan mereka tentang Pemuda keseluruhanya.
Soalan diatas adalah perkara asas yang sering kali dibincangkan semasa perjumpaan.
Jawapan-jawapan yang diberikan selalunya akan merupakan kata-kata indah sehinggakan sanggup menjanjikan bulan dan langit.
Didalam perjuangan, perlu kita ingat, tidak ada yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Sekiranya wang ringgit yang menjadi faktor, maka pencarian pemimpin selalu akan mengakibatkan UMNO hilang golongan pelapis yang mempunyai daya juang yang tinggi.
Para perwakilan perlu pandai untuk meletakkan diri mereka kepada Pemimpin, memang benar sahabat didalam politik hanya sementara, akan tetapi tidak boleh dinafikan sahabat yang bersama-sama menaikkan seorang pemimpin itu sering kali tidak akan dilupakan dan akan dibawa bersama didalan perjungan pemimpin tersebut.
Kepimpinan Pemuda merupakan pelapis dan tanggunjawab Pemuda adalah untuk memastikan golongan pemuda yang akan datang lebih berkaliber dan berkualiti, seperti PRU yang lepas, undi kepada pihak pembangkan lebih kepada saluran golongan muda. Ini boleh dikatakan Pemuda dan Puteri tidak melakukan kerja dengan sempurna, itulah sebabnya golongan ini melarikan diri daripada perjuangan parti.
Pemimpin Pemuda mesti mempunyai pengetahuan yang luas dan lebih terbuka. Keterbukaan ini adalah untuk memastikan kita boleh berdebat dengan golongan muda yang mempunyai pemikiran terbuka. Semangat Melayu yang nampak kurang didalam hati mereka memberikan Pemimpin satu dugaan dan cabaran bagi mereka menterjemahkan perjuangan sebenar UMNO.
Para perwakilan diharap dapat menterjemahkan Undi mereka kepada perjuangan sebenar UMNO. Undi yang satu akan memastikan UMNO mempunyai pelapis yang boleh membawa Melayu ketahap yang lebih tinggi. Ingatlah, setiap undi adalah tanggunjawab, jadi janlankanlah tanggunjawab yang diberikan sebaik mungkin.
Selamat berjuang ...

"Bakar Lemang - untuk diagihkan kepada Rumah-Rumah di kawasan Taman Salak Jaya, acara dijalankan sehari sebelum Hari Raya Puasa tahun Lepas"
Wednesday, April 02, 2008
UMNO Perlu Bangkit Perkasa Agenda Melayu
"Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Taman Salak Jaya, Jawatankuasa Pemuda Cawangan menyampaikan sumbangan kepada Iman Muda Surau Al-Khariah"
Utusan Keluaran 1 April 2008.
TERNYATA orang-orang Melayu sudah alpa dan lupa tentang keistimewaan yang mereka peroleh sebelum merdeka sehingga sekarang. Hak keistimewaan ini dirangka dengan baik untuk melindungi hak pribumi yang bertujuan memberikan imbangan ekonomi di Malaysia.
Di zaman kolonial dahulu, penjajah telah sengaja mengasingkan penempatan Melayu di kampung-kampung, India di estet-estet dan Cina di bandar-bandar.
Orang Cina telah mendapat keistimewaan di bandar-bandar dengan berniaga dan telah menguasai ekonomi.
Justeru, dasar untuk mengimbangi taburan ekonomi telah ditetapkan. Dengan agihan ini, boleh dilihat hasilnya, semua kaum boleh memperoleh dan menikmati taburan ekonomi dengan lebih baik.
Malah ramai orang India yang berjaya sebagai usahawan dan golongan profesional seperti peguam dan doktor. Nisbah golongan profesional itu lebih tinggi berbanding profesional Melayu. Bilangan orang India terkaya juga rasanya mengatasi usahawan Melayu.
Sebelum ini, kita melihat kaum Cina sahaja yang mampu membeli kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah, tetapi sekarang, kehidupan yang selesa telah dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini.
Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudiannya digantikan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah banyak membantu memperbaiki imbangan ekonomi antara kaum, tetapi realitinya ramai orang Melayu termasuk di bandar-bandar masih ketinggalan jauh di belakang.
Salah satu contohnya rumah kedai terutama di bandar-bandar besar masih lagi tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Biarpun dengan harga diskaun tujuh peratus, realitinya usahawan biasa Melayu tidak mempunyai wang yang mencukupi apatah lagi tanpa diskaun seandainya DEB dihapuskan. Dengan tekanan kos kehidupan yang tinggi, ramai orang Melayu telah memilih untuk menyokong pembangkang.
Jurang kita masih jauh jika hendak dibandingkan dengan kaum Cina. Kita masih lagi memerlukan keistimewaan ini terutama dalam ekonomi dan pendidikan.
Semasa semua kaum memperjuangkan agenda pendidikan kaum mereka, orang- orang Melayu pula menafikan perkara ini sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan.
Ini jelas apabila dalam kempen DAP, mereka memperjuangkan hak orang Melayu perlu dikongsi bersama-sama dan pada masa yang sama mereka inginkan sekolah jenis kebangsaan dipertahankan.
Saya percaya, dengan adanya Internet, kita boleh menilai dengan lebih terbuka apakah yang diperjuangkan oleh DAP dan apakah implikasinya kepada orang Melayu khasnya. Untuk kita mengekalkan hak keistimewaan ini, UMNO mesti balik kepada asal. UMNO perlu menggilap idealisme dan sudah tentu memperkasakan agenda Melayu.
Sepanjang empat tahun lepas menyaksikan UMNO semakin longgar cengkaman terhadap orang Melayu.
UMNO juga dilihat tidak begitu menonjol sebagai sebuah gerakan parti dalam membela orang Melayu pada ketika ini. Peranan itu seolah-olah hanya dimainkan oleh kerajaan sedangkan parti-parti komponen lain bertindak seiringan secara ketara. Mereka menggunakan instrumen kerajaan dan pada masa yang sama lebih bersungguh-sungguh menggerakkan usaha parti tanpa berselindung.
Apa pun, konsep BN memberi keadilan kepada semua dengan mengekalkan keistimewaan kepada bumiputera perlu dikekalkan. Jika pelaksanaan semua program kerajaan dan BN dapat berjalan dengan berkesan, saya percaya tidak akan ada kaum yang terpinggir terutama orang Melayu di luar bandar yang masih ramai yang miskin.
Saya juga masih yakin BN akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yang terbaik kepada rakyat pelbagai kaum melalui konsep perkongsian kuasa.
– RAZLAN RAFII
Kuala Lumpur.

Tuesday, April 01, 2008
Kepimpinan Pemuda 2008-2011
** Setakat hari ini (7 May 2008) hanya Mukhriz dan Khir Toyo menyatakan pendirian secara terbuka akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dengar kata Ketua Putra juga berminat, sekarang tengah tinjau-tinjau market*****
** Pemuda Pahang telah mengambil ketetapan untuk mencalonkan MB nya sebagai KP Malaysia. Ikuti kisahnya di link AgendaDaily"
Oleh Mohd Razlan.
‘‘Sudah tentu saya kena tunggu bos saya, Datuk Hisham membuat keputusan ke mana dia akan pergi (bertanding) sebelum saya buat keputusan,’’ Mukhriz Mahathir.
‘‘Saya sedang meninjau sokongan serta pandangan di peringkat akar umbi sama ada mereka mahu saya bertanding jawatan ini atau sebaliknya.
‘‘Kalau tiada sokongan, bagaimana saya nak bertanding dan jika ada, maka tidak ada masalah jika saya bertanding jawatan ini,’’ Khir Toyo
Disebalik kenyataan akhbar yang dibuat oleh 2 orang tokoh yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kedengaran juga nama Dato Norza untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda.
Tidak ketinggalan pula Jawatan Naib Ketua yang sekarang dipegang oleh KJ. Kedengaran Ketua Pemuda Johor dan Setiusaha Politik Kementerian Kewangan berhajat untuk bertanding jawatan ini.
Dua jawatan tertinggi ini akan memberi tekanan kepada Hishammudin dan juga KJ, mereka masih lagi tidak membuat kenyataan untuk bertanding dimana-mana jawatan atau untuk mengekalkan jawatan mereka.
Dengar Hishammuddin akan pergi bertanding jawatan Naib Presiden, tidak pula kedengaran tentang KJ.
Dengan gelombang Politik yang mahukan perubahan diperingkat Tertinggi, maka kelebihan kepada KJ sudah hilang, yang mana dahulunya kekuatan beliau bergantung dengan Presiden Parti. Suatu masa dahulu Dato Seri Hishamuddin seolah telah ditolak apabila ada Bahagian yang memberikan sokongan kepada KJ sebagai Ketua Pemuda.
Pertembungan didalam kedua-dua jawatan ini tetap akan berlaku pada pemilihan yang akan datang. Pertembungan ini akan lebih dilihat kepada Team Pak Lah dan Team Mahathir.
Kepimpinan Pemuda yang akan datang sepatutnya berpegang teguh dengan pendirian pemuda yang terus mendesak untuk memastikan tindak-tanduk kepimpinan diatas sentiasa betul dan tidak lari dari perjuangan.
Ini boleh dipastikan dengan memilih pendapat dan pandangan sendiri mengapa dan kenapa kita ingin menjadi Ketua. Pemuda tidak perlu tunduk dengan apa sahaja desakan dan semestinya terus tegas dengan pendirian kita.
Kesilapan yang telah kita lakukan didalam mengambil jalan selamat untuk tidak menegur Kepimpinan yang sedia ada perlu dihakis, keputusan untuk menunjukkan perpaduan daripada menyatakan pendirian Pemuda perlu dibuang.
Minyak, Tol, Harga Barangan, dan projek-projek Mega yang dijalankan, Pemuda perlu ada pendirian tentang semua ini, bukan semata-mata menyokong tanpa melihat implikasi kepada Pemuda dan Warga Muda keseluruhanya.
Kepada mereka-mereka yang berhajat untuk meminpin Pemuda yang akan datang, lihatlah diri dan cerminkan lah diri, adakah kita mampu dengan kekuatan kita untuk berhadapan dengan Pimpinan untuk menyatakan pendirian Pemuda.
Pemuda Mesti balik kepada asas perjuangan, asas untuk membela jenerasi muda menjaga ekonomi negara bagi dinikmati sama rata dikalangan orang-orang Melayu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...