Wednesday, June 11, 2008

Komen untuk Kamarulzaman Kamdias


"KAMI YANG MAKAN GAJI NI LAH YANG BERUNGKUS LUMUS BUAT KERJA MASYARAKAT"



Artikel Saka Bangsa : http://sakabangsa.blogspot.com/2008/06/minyak.html

Brother Kamaruzaman Kamdias,

Mejoriti rakyat Malaysia adalah golongan Pekerja. Mereka ramai yang makan gaji.

Subsidi banyak yang diberikan adalah untuk mengawal harga daripada naik, tetapi mengawalan ini tidak menunjukkan kawalan yang boleh dikawal.

Harga makanan tetap akan naik walaupun pihak kerajaan memberikan subsidi.

Dan ini banyak memberikan golongan Peniaga Durian Runtuh, mendapat subsidi daripada kerajaan dan tetap menaikkan harga, Mereka yang kaya, akan tetap kaya.

Kami, rakyat yang makan gaji, tidak akan dapat merasainya sekiranya gaji kami tidak naik, elaun minyak kami tidak naik.

Kami sebagai rakyat makan gaji akan ditekan dengan Minyak dan juga Makanan dan keperluan harian yang lain.

Adakah Kerajaan pikir perkara ini sehingga sampai ketahap kami?

Semua memikirkan tentang Subsidi yang diberikan agar perkara ini boleh dibendung diperingat Pengeluar, tetapi adakah kita boleh pastikan ianya dikembalikan balik kepada rakyat yang makan gaji?

Kami dibawah ini tetap akan merasa kenaikkan semua barangan kerana isu minyak.

Jadi kami mendapat hadian dari kerajaan dalam konteks yang lebih daripada golongan peniaga.

Kenaikkan harga-harga dari peniaga dan kenaikkan harga dari kerajaan(minyak).

Kami memerlukan jaminan dan pemikiran yang lebih bijak bagi golongan KAMI YANG MAKAN GAJI.

Tepuk Dada Tanya Selera ...

Brother Kamarulzaman Kamdias, lepas ni nak belanja kedai mamak pun dah main ratus-ratus tau ....

KAMI YANG MAKAN GAJI ..


razlans.blogspot.com

2 comments:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Adakah kerajaan sudah fikir dari semua aspek tindakan drastik menaikkan harga minyak atau ia cuma tindakan yang ingin dilihat 'menang-menang untuk semua' tetapi realitinya tidak?

Razlan said...

saudara nadzri,

saya pun kurang pasti bagaimana perkara ini dikaji didalam menentukan kenaikkan harga minyak.

Tapi, minggu lepas, Ketua Pemuda Pas juga tidak dapat berdebat bagi menyatakan apakah tindakaan sepatutnya dilakukan oleh kerajaan didalam isu minyak selain kenaikkan yang tinggi ini...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...