Thursday, February 05, 2009

Hadiah kepada Sultan .. Sempena Jubli Perak..

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

5.00pm
MB Perak tidak mahu meletakkan jawatan. Beliau mengajak rakyat perak untuk meyokong Beliau.

"Jangan kita menjadi seorang yang tidak hormat kepada Sultan, sekiranya rakyat bersama beliau, maksudnya rakyat ini sudah tidak menghormati Sultan"

MB Perak ni memang sudah tidak peduli kepada ketua Agama Islam di Negeri Perak, semenjak beliau memerintah lagi habis kepentingan Melayu dirompaknya.

4.30pm ..
Tahniah dan syabas kepada rakyat Perak.

Kerajaan BN telah memberikan hadiah yang tidak ternilai apabila kita kini menghampiri untuk membina sebuah kerajaan Perak yang Pro Melayu.

Kerajaan terdahulu dilihat tidak memberikan tumpuan kepada kebajikan orang-orang Melayu sehingga Sultan Azlan memberikan amaran didalam beberapa ucapan.

Walau apapun, selama 11 bulan kerajaan PR memerintah Perak, telah banyak hasil bumi dan hak orang Melayu telah di rompak oleh bangsa pendatang.

Semua yang telah terjadi ini seharusnya dijadikan landasan kepada orang-orang Melayu, dan sekiranya kita masih lagi tidak sedar, akan banyak lagi kepentingan orang Melayu akan di rompak.

Marilah kira berdoa agar negeri-negeri lain dapat kembali kepada pangkuan BN. Insyallah

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

1 comment:

Anonymous said...

salam...
ermmm........
agaknya la kan...apalak kata penulis blog ni pasal org PKR erk..
diaorg ni insaf dan menyertai b.n.
diaorg ni bkn pemimpin wang...
dah ada akal sbb buat bnda btl...
yg dh kuar b.n msuk blk dan dicop pemimpin wang plk cmner lak komen penulis...
ni la semua suasana politik malaysia...dr dulu kini dan selamanya mcm nie jelah...
tp kn...
cmner lak gan kuala trenganu...
apa kata saudara usulkn...
sesiapa yg dh menang bertanding tdk blh lompat parti...sebaliknya patut letak jawatan dan tmpat itu d kosongkan...
dan undi semula....
pd pikiran sy itu lbh bagus dr apa yg ada skrg...

wasalam....

Zaman sudah berubah!!

  Kalau bersabung, pastikan menang, jangan kita menang sorak kampung tergadai. Maruah Presiden tidak pernah kami abaikan, senantiasa menjadi...