" ini lah petikan dari Awang Selamat yang senantiasa kritis dan senantiasa akan membela hak yang tetap hak, bangsa lain mungkin sudah lupa atau buat-buat lupa, tetapi ORANG MELAYU tetap ingat walaupun sampai ke mati..
Tetapi .. pelik tapi benar, ada kalangan orang MELAYU yang LUPA, konon moden, konon free, konon demokrasi... dan banyak KONON lagi"
MEI 31 - Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya.
Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
“Orang Melayu menerusi Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain’’.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.
Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
“Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
“Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain? – Mingguan Malaysis
8 comments:
“Orang Melayu menerusi Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain’’.
inilah tanda kebodohan melayu UMNO dibawah ym tunku abdurahman.
Lebih bodoh lagi sekiranya melayu sanggup berkompromi untuk kepentingan pribadi dan mengadai hak yang kita tinggal hanya sedikit ini...
lebih bodoh lagi orang yang bersekongkol dengan anasir seperti Anwar dan PAS kerana sanggup memberikan hak yang sedikit ini kepada bangsa lain ...
Bukan bermaksud kesilapan kita .. kita akan buat silap lagi ..
Tapi DODOH sangat kah MELAYU PKR DAN PAS yang bersekongkol dengan DAP dan BANGSA LAIN hanya untuk kepentingan PERIBADI ..
YM TUNKU memberi kerana KEMERDEKAAN ..PKR DAN PAS .. hanya untuk TEMBOLOK SENDIRI ..
BODOH KAH SAUDARA KERANA TIDAK MENUNJUKKAN IDENTITI .. MEMANG BODOH...
"Orang Melayu MENERUSI Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara"
"YM TUNKU memberi kerana KEMERDEKAAN .."
Nampaknya tepatlah telahan saya perhati PEMUDA-PEMUDA UMNO yang ada hari ini sudah kehilangan punca. Memang bodoh kerana kurang membaca. Masih mau mempertahankan kebodohan pemimpinnya
Dari ketuanya hinggalah ke akar umbi. Mungkin tidak semua tetapi majoritinya adalah dalam mentaliti yang sama.
Nampak gayanya dengan adanya barisan pemimpin Pemuda macam saudara nampaknya UMNO tidak akan kemana-mana.
Kasihan UMNO...
Tuntutan mereka (kaum cina dan india) adalah spt aliran air sungai yg mengalir deras ke muara. manakala kedudukan orang melayu pula spt rumah yang berada di tebing sungai. adakah kita hanya akan melihat sahaja aliran sungai ini merebahkan rumah kita tanpa tindakan?
melayu kini tidak punyai apa2 lagi hatta kuasa sekalipun....
dengarkanlah bait2 kata lagu WARISAN....
perjuangan kita sebagai melayu dan islam perlu di'alignment'kan dan di'setting' serta di'refurbish' semula agar kepentingan melayu, islam dan pribumi tidak terhakis oleh anak bangsanya sendiri....
kita sememangnya tidak akan dapat menghapuskan 100% manusia yg berperangai spt si kitol dan raja mendaliar....
jgn akhirnya nanti hanya tinggal 4 raja shj - raja spade, kelawar, lekuk dan diamond!!!!!
"Orang Melayu MENERUSI Umno bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara"
pada saya itulah menunjukkan toleransi dan perpaduan yang cuba diserapkan oleh UMNO dalam MAlaysia.kerana kita tahu bangsa lain datang ke TAnah MElayu untuk berkerja mencari rezeki dan hidup.maka pemimpin kita pada masa itu merasakan adalah perlu bagi mereka diberikan sedikit hak dan keistimewaan. dan adakah itu satu tindakan yang salah ??? itu menunjukkan UMNO sangat bertimbang rasa dan sangat mementingkan perpaduan.
namun, apa yang salah pada masa ini ialah apabila mereka ini yang telah diberikan hak dan keistimewaan dulu telah cuba untuk mengemukakan tuntutan yang tidak wajar.siapa kah dalang nya ???
tidak perlu lah saya sebutkan kerana kita semua maklum siapakah dia kerana saya merasakan dialah PENGKHIANAT BANGSA...
"pada saya itulah menunjukkan toleransi dan perpaduan yang cuba diserapkan oleh UMNO dalam MAlaysia.kerana kita tahu bangsa lain datang ke TAnah MElayu untuk berkerja mencari rezeki dan hidup.maka pemimpin kita pada masa itu merasakan adalah perlu bagi mereka diberikan sedikit hak dan keistimewaan. dan adakah itu satu tindakan yang salah ??? itu menunjukkan UMNO sangat bertimbang rasa dan sangat mementingkan perpaduan"
Saya tidak salahkan UMNO tetapi saya sedih dengan ahli UMNO yang mempertahankan tindakan pemimpinnya sehinggakan hari ini orang Melayu bagai merayu menyembah kepada bangsa lain supaya ingat akan kontrak soSIAL.
tahutak saudara kontrak itu hanya datang dari 3 pemimpin yang tidak ada sejarah perjuangan yang mantap dalam sejarah Malaya direstu oleh britsh hanya kerana dengan kontrak bodoh itu kepentingan british terjaga.
Bangunlah PEMUDA UMNO...gua amat sedey la sama u all.
tak sangka ada orang kita mengganggap kontrak sosial yang telah termaktub dalam persetujuan bersama sebagai satu perkara yang bodoh.
sedia maklum, kita mempunyai pandangan dan prinsip masing, namun harus kita ingat jangan kerana mempertahankan prinsip dan pegangan yang x tahu betul asas nya, maruah agama dan bangsa tergadai.kalau kita hilang semuanya, masa tu tiada guna nya sebuah kerajaan sekalipun.
aku rasa ko ni kurang membaca la auraputih, ko ni pompuan ke laki?
Post a Comment