"Seharusnya Pemimpin-pemimpin UMNO insaf dan sedar serta mengerti erti Pengorbanan seperti adik-adik ini, dan kembali memulihkan UMNO"
Salam Y.B BhgTun,
Rosaknya UMNO sekarang sedikit sebanyak disebabkan oleh Pemimpin Kanan itu juga, tidak ada generasi yang dilahirkan sendiri tanpa ada pelahirnya.
Sekarang isu Ketua cawangan untuk mengambil ahli yang menyokong diri beliau sudah selesai apabila perlembangaan UMNO di gubal.
Kita percaya banyaknya kecacatatan disebabkan Pemimpin yang terdahulu tudak memberi ruang dan peluang kepada generasi seterusnya menjadi Pemimpin, oleh itu ramailah golongan profersional dan pemimpin yang berkualiti tertinggal kebelakang. Inisemua disebabkan oleh Kempimpinan yang tamakkan kuasa sehingga tidak mahu tunrun dari tahta. Sehinggakan ada Ketua Cawangan dah memegang cawangan sehinggakan 40 tahun.
Sekiranya nak dibangkitkan masalah yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu kepada kami, memang betul lah dah jadi kanser UMNO ini. tetapi kami percaya ianya sudah ada ubatnya, pendekatan YAB DS Najib juga sudah diterima rakyat.
Nasihat saya kepada Pemimpin Kanan itu, janganlah nak persalahkan UMNO, ianya tidak salah, yang salah Pemimpn-pemimpin terdahulu. Sudah masanya mereka semua berjuang untuk bersama-sama pulihkan UMNO. Gunakanlah wang ringgit, tenaga dan buah pikiran untuk memulihkan dari luar, bukan menambahkan kerosakkan didalam UMNO sehingga terkuburnya UMNO.
Saya percaya pemimpin itu juga banyak menerima faedah dari menjadi Pemimpin UMNO.
Ikhlas Dari Pemimpin Kerdil