Monday, November 30, 2009

Jawapan Kepada Blog Tun M Bertajuk UMNO


"Seharusnya Pemimpin-pemimpin UMNO insaf dan sedar serta mengerti erti Pengorbanan seperti adik-adik ini, dan kembali memulihkan UMNO"


Tulisan Asal http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html

Salam Y.B BhgTun,

Rosaknya UMNO sekarang sedikit sebanyak disebabkan oleh Pemimpin Kanan itu juga, tidak ada generasi yang dilahirkan sendiri tanpa ada pelahirnya.

Sekarang isu Ketua cawangan untuk mengambil ahli yang menyokong diri beliau sudah selesai apabila perlembangaan UMNO di gubal.

Kita percaya banyaknya kecacatatan disebabkan Pemimpin yang terdahulu tudak memberi ruang dan peluang kepada generasi seterusnya menjadi Pemimpin, oleh itu ramailah golongan profersional dan pemimpin yang berkualiti tertinggal kebelakang. Inisemua disebabkan oleh Kempimpinan yang tamakkan kuasa sehingga tidak mahu tunrun dari tahta. Sehinggakan ada Ketua Cawangan dah memegang cawangan sehinggakan 40 tahun.

Sekiranya nak dibangkitkan masalah yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu kepada kami, memang betul lah dah jadi kanser UMNO ini. tetapi kami percaya ianya sudah ada ubatnya, pendekatan YAB DS Najib juga sudah diterima rakyat.

Nasihat saya kepada Pemimpin Kanan itu, janganlah nak persalahkan UMNO, ianya tidak salah, yang salah Pemimpn-pemimpin terdahulu. Sudah masanya mereka semua berjuang untuk bersama-sama pulihkan UMNO. Gunakanlah wang ringgit, tenaga dan buah pikiran untuk memulihkan dari luar, bukan menambahkan kerosakkan didalam UMNO sehingga terkuburnya UMNO.

Saya percaya pemimpin itu juga banyak menerima faedah dari menjadi Pemimpin UMNO.

Ikhlas Dari Pemimpin Kerdil

6 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Bro,
Jika u "baca" selapis apa yang dimaklumkan oleh Tun, u akan lemas dengan emosi, sebagaimana posting u. Lihat dari angle yang berlainan. Apa mesej sebenarnya?. Apa dasar kepada nota makluman Tun itu ?. etc. Jika u dapat menelah jawapanya, u akan nampak lebih bijaksana sebagai pemimpin pelapis masa depan. Disitulah kekuatan fikrah seorang pemimpin politik, apatah lagi yang muda seperti saudara. Ikhlas.

Razlan said...

Salam Shbt Ryzal,

Sememangnya sering kali apa yang ditulis oleh Tun mempunyai perkara di sebalik tulisan .. bukan sahaja penulisan malah Ucapan beliau pun sering kali ditungu dan menjadi kajian setiap apa yang terkeluar dari mulut tun..

Tetapi ini hanyalah pendapat saya yang kerdil ini, sering kali kita di kelompok pemikiran yang sama .. berhujah menggunakan modal yang sama .. tidak kah kita sedar akan kesilapan yang berulang kali kita buat? bacaan saya.. penulisan ini adalah untuk membangkitkan isu yang seharusnya pihak UMNO melihat secara serious.. bukan main2..

Lemas dalam emosi merupakan module pemikiran yang dicipta oleh Raja Politik Malaysia ..

Sudah lama dah kita menggunakan Module ini, apasalahnya pemikiran kita terpesong sedikit dan mencari kelainnan untuk berhujah dan mengekalkan hujah itu sehingga titisan terakhir .. :)

Cheersss

Anonymous said...

kadang kala pemimpin lepas dan atasan lupa apa yg dihadapi oleh pejuang biasa, gurkha dan ahli biasa di bawah. dalam keadaan sekarang sepatutnya mesej kita kpd rakyat lebih tersusun bukan celaru. setuju dgn razlan, jgn kita sampai jd ahli tasawwuf yg cakap kita hanya difahami oleh kita saja, sedangkan yg dibawah jd celaru dan haru biru disebabkan kenyataan kita.. pemimpin lepas kena fikir, sama ada perbuatan mereka melemahkan lagi semangat (demoralise) dan mengecewakan ahli dan gurkha di bawah atau membantu mereka di bawah..

Anonymous said...

apo bondo no ni bang..lemas lemas ni..:-)

Anonymous said...

rasanya dah betul dah apa cuba disampaikan oleh razlan tu , apa yang cuba dibangkitkan oleh tun kami pemuda dibawah ni pun pening , baca boleh baca tapi apa kesimpulannya ?????

Razlan said...

Kesimpulannya, kita mesti mengetahui kenapa kita berjuang didalam Parti UMNO.

Nampaknya, orang yang menceritakan kepada TUN itu tidak cukup keyakinan diri apabila membuat keputusan untuk menyokong UMNO.

:)

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...