Assalamualaikum YAB Dato Sri Presiden,
Deras kedenganran di kedai-kedai kopi akan berlaku perubahan kabinet didalam Kerajaan YAB Dato Sri.
Saya suka berkongsi pandangan saya agar YAB Presiden dapat membuat perubahan ini dengan nasihat dari pelbagai sumber semoga ianya akan menjadi Kabinet Impian Rakyat 1Malaysia, Insyallah.
Saya berpendapat, politik sekarang lebih terbuka dari sebelum ini, hari ini rakyat memerlukan output yang lebih effektif dan effisien jika dibandingkan dengan zaman peperintahan Tun Mahathir dan Pak Lah.
Politik hari ini adalah politik Result Oriented. Setiap Kementerian yang diwujudkan mesti menzahirkan kerja-kerja masyarakat dan pembaharuan dasar yang boleh dirasai oleh rakyat 1Malaysia.
Jesteru itu, pandangan dari pelbagai pihak diperlukan, pemimpin yang sedia ada yang mempunyai rekod yang baik perlu dikekalkan. Pemimpin yang mempunyai rekod yang kurang memuaskan mesti dilucutkan dari kabinet Dato Sri.
Permilihan ini bukan sahaja boleh dibuat atas dasar Jawatan didalam Parti masing-masing. Piawaian yang utama adalah KEBOLEHAN seseorang Menteri itu mengendalikan dan mengurus kementerian beliau dengan baik dan IDEA YANG BARU dan mereka DITERIMA OLEH RAKYAT.
Piawaian kedua - memberi keutamaan kepada mereka yang memegang jawatan didalam Parti. Dan ini sudah semestinya dibuat setelah melihat piawaian pertama diambil kira agar ianya tidak menjadi pemusnah kepada langkah yang utama, iaitu Rakyat didahulukan(Pendapat Rakyat)
Piawaian ketiga - Golongan Profersional eloklah dikurangkan didalam lantikan Sebagai Menteri Penuh, mereka ini boleh diletakkan sebagai Timbalan Menteri ataupun Penasihat kepada Menteri di setiap Kementerian. Ini akan mengembalikan sepenuhnya keyakinan ahli politik.
Untuk mengibangi percanganhan pendapat dan kemurungan sesetengah golongan, mereka perlu tahu dan akur dengan setiap langkah yang diambil adalah berpaksikan kepada kepentingan Rakyat 1Malaysia. Pada masa yang sama, jentera parti dan kepercayaan ahli politik tidak diketepikan.
YAB Dato Sri Presiden, saya amat berharap YAB dapat menggunakan pelbagai sumber dari agensi kerajaan untuk memberi laporan tentang pembaharuan dasar di setiap kementerian bagi setiap Menteri.
Dizaman dunia tanpa sempadan ini, setiap pergerakkan dan kenyataan boleh diulek untuk memburukkan atau membaikkan seseorang individu itu, jesteru itu, pemilihan yang berpaksikan kepada Result Orriented akan dapat mengatasi agenda buruk media Pembangkang.
Saya mengharapkan Kabinet yang baru ini akan lebih berkaliber dan membawa perubahan dari segi Dasar kerajaan. Dan seterusnya rakyat akan merasakan kebaikkan dari semua dasar-dasar yang dibuat di setiap Kementerian. Insyallah.
Terimalah Pandangan dari Pemimpin Kerdil ini...
Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
2 comments:
Budak Kodiang cadangkan Dato jo direhatkan dulu. Nampak dia kepenatan dan tak ada masa sekarang ni.Kasihan dekat dia sampai tak dan nak buat apa di kubang pasu
DS Najib harus merombak kabinet selepas kemelut dlm MCA selesai supaya dapat dilantik menteri yg diterima oleh rakyat dari MCA. Ong Tee Kiat must go sebab skandal PKFZ. Chua Soi Lek must go sebab skandal seks. Tiong Lai boleh diterima sebab dia buat kerja yang baik di Kem Kesihatan. Cuma dia telah disogokkan dgn kereta alphard sbg umpan utk mencemarkan dia. Cuba siasat orang yg memberi itu. Apa motifnya?
Post a Comment