Wednesday, March 31, 2010

Model Ekonomi Baru.

1 April 2010. Jaminan kerajaan tidak akan ada bangsa yang akan dipinggirkan didalam Program Model Ekonomi baru dilihat memberi "jaminan" kepada semua bangsa untuk dibawa bersama didalam pembanggunan negara dalam.

Perdana Menteri memberi jaminan itu semasa melancarkan Model Ekonomi Baru pada dua hari lepas.

Sungai Buluh akan dijadikan Hub baru dan tanah di sekitar Jalan Ampang di tengah-tengah ibu kota yang dimiliki oleh kerajaan akan dibanggunjan oleh pihak swasta untuk memacu pembanggunan ekonomi negara.

Sebelum ini, pihak GLC yang memiliki tanah anugerah kerajaan pun tidak dapat membawa semangat perkongsian ekonomi dimana kebanyakkan mereka mahukan keuntungan yang besar tanpa melihat kemampuan sesebuah bangsa, lantas bangsa yang mudur akan tetap mundur oleh disebabkan GLC tidak faham akan tanggunjawab mereka.

Apabila penglibatan pihak swasta secara terus dijalankan didalam Model Ekonomi Baru, Pemuda Seputeh khuatir apabila pembanggunan berpaksikan keuntungan akan memingirkan lagi bangsa yang mundur.

Agihan 30% Ekuiti Bumiputera tidak akan dapat dicapai, dan keadaan ini akan lebih meruncing sekiranya pihak kerajaan tidak mempunyai formula yang sesuai didalam memberi penghakupayaan kepada Bumiputera untuk berdaya saing didalam dunia Perniagaan Bandar.

Pihak Kerajaan sudah semestinya sedar akan kemunduran bangsa Melayu yang menginap di Bandar. Kemiskinan di bandar semakin meruncing sehinggakan ramai orang Melayu yang tidak mampu memiliki rumah ataupun kedai didalam bandar.

Ini merupakan sedikit sahaja formula didalam MEB yang dapat dikupas yang melihatkan kita akan semakin mundur dan tidak dapat berdaya saing dengan bangsa lain kerana kemajuan berpaksikan kepada keuntungan.

Selagi pihak GLC tidak dapat memahami kenapa dan mengapa mereka diberi keutamaan didalam pelaburan untuk membangunkan nergara, dan selagi mereka tidak paham akan konsep Dasar Ekonomi baru sebelum ini, akan wujud bangsa yang miskin akan tetap miskin, dan kaya akan terus kaya meniggalkan bangsa yang lain.

Dan sekiranya GLC paham semangat ini 10-20 tahun dulu, saya percaya pihak swasta tidak akan ada masalah untuk membawa bersama semangat Kongsi Ekonomi ini didalam merebut dan meraih keuntungan, dan tidak adalah kaum yang akan terpinggir didalam penglibatan mereka didalam menjuarai pembangunan Negara.

Jesteru itu, kami berharap agar pihak kerajaan memikirkan dan meletakkan mereka-mereka yang bersemangat DEB dan Kongsi Ekonomi untuk memacu pembanggunan di Sungai Buluh dan juga melantik pihak Swasta yang mempunyai kuasa agihan ekonomi yang STABIL didalam pembanggunan di sekitar Jalan Ampang.

Dengan kuasa dana yang besar, kuasa beli dan pembanggunan yang besar, Bangsa yang miskin akan lebih cepat ketinggalan ...

Thursday, March 18, 2010

GLC tak paham perancangan...

Pendedahan oleh Pisau.net berkenaan tanah yang dimiliki oleh TNB dijual kepada YTL untuk dibangunkan menunjukkan GLC masih lagi tidak dapat memahami kenapa orang Melayu hari ini semakin terpingggir di Bandar.

Tahun lepas, di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, usul "MENDESAK AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG MENDAPAT TANAH DARI DBKL ATAU KERAJAAN UNTUK MEMBANGUNKAN PERUMAHAN KOS RENDAH/SEDERHANA/MEWAH DAN LOT-LOT KEDAI AGAR MEMIKIRKAN KEPENTINGAN DEMOGRAFI ORANG-ORANG MELAYU DI BANDAR."

Usul ini telah dibangkitkan atas kesedaran daripada kemiskinan bandar yang semakin meruncing dan melihat Melayu semakin terpinggir dan tidak mendapat tempat di dalam bandar.

Pendedahan Tanah KTM diambil oleh YTL...

Tanah KTM Di Ambil; Melayu dan Umno Bodohkan Diri Atau Diperbodohkan

Filed Under ( , ) by pisau.net

Kerajaan terpaksa membayar RM37juta untuk tanah KTM seluas 94.5 hektar untuk pampasan penduduk di Kuala Sepetang yang kebanyakannya adalah berbangsa cina.Jumlah yang cukup besar untuk satu kawasan yang boleh dikatakan sebagai kategori pendalaman.

Tetapi bagaimana pula harga tanah KTM yang diambil oleh bekas Presiden MCA di Jalan Syer Bukit Tunku,

Kemudian tanah di KTM di Sentul yang dilepaskan kepada YTL apa faedahnya melayu dapat?Bolehkah Presiden MCA berikan jawapan?

Kenapa dan mengapa Melayu atau pun Umno membodohkan diri atau diperbodohkan hingga tidak perasan tanah KTM sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu?

Tanah KTM di Sentul yang dimajukan oleh YTL adalah didalam kawasan Parlimen Batu yang diwakili oleh PKR dan bukan Melayu.

Jika benar konsep samarata yang diamalkan oleh juak haprak PKR ini,mengapa tidak dipertahankan hak tanah itu yang punyai kepentingan orang melayu atas tanah KTM?Mengapa dia tidak berani pertahankan?Oh terlupa ahli parlimennya berbangsa cina,ada dia peduli? Lantaklah ,YTL sapa punya?

Orang melayu di Parlimen Batu hanya sekadar penonton tidak tahu apa, hanya sekadar beranggapan "oh tanah itu YTL ambil tak mengapalah".


Apa yang tak kena di sini, duit?rasuah?sudahlah tanah KTM dibelasah oleh YTL,kemudian YTL dapat pula projek DBKL untuk membina jejambat bernilai puluhan juta dari Lebuh Mahameru ke Sentul terus untuk akses ke hartanah yang dibangunkan dan secara automatik YTL mengaut lagi keuntungan kenaikan hartanah bernilai puluhan juta .Berapa kali untung dah ni?

Umno Wilayah buat apa? dah abis cerdik atau bodoh pemimpin UMNO ni?

Inilah nasib Melayu,Jika UMNO sendiri yang dipimpin oleh mereka yang hanya pentingkan diri sendiri,tanpa memikirkan soal bangsa sendiri,lebih baik jangan duduk diatas sana, lebih baik letak jawatan,terasa mereka mereka ini tidak layak untuk memimpin parti yang perjuangkan orang melayu.Pemimpin seperti ini dibutakan dengan wang ringgit hingga tidak tahu tanah tergadai dilahap syarikat korporat haram jadah:klik sini

Tak guna jika UMNO atau Perkasa terpekik terlolong sana sini perjuangkan hak orang melayu tetapi tanah tergadai didepan mata,bukannya salah siapa,tetapi salah diri sendiri!!!!

Kemudian Pisau ingin CEO MBSB jawab,mengapa tanah KWSP yang dahulunya milik MBSB yang dimajukan telah diberikan kepada YTL,kemudian hartanah disitu dijual dengan harga lebih dari setengah juta, dimana pembelaan untuk orang melayu bandar?akhirnya orang melayu hanya layak tinggal rumah pangsa yang sempit sepertimana berlaku di Sungai Besi.

Siapa yang mengadai tanah orang melayu?adakah CEO KWSP atau MBSB sendiri bukan melayu? melayu gadai tanah melayu,kemudian salahkan bangsa lain? boleh begitu?

Dalam isu ini berapa kali syarikat korporat haram jadah :klik sini seperti YTL mengaut keuntungan,berapa kali melayu yang diatas sana melahap puluhan juta?

UMNO dan Perkasa hal sebegini haruslah diberi perhatian,jika ada pemimpin UMNO yang terlibat dedahkan saja,usah disimpan melaun penyangak yang mengadai hak bangsa sendiri.Orang sebegini tidak layak bergelar pemimpin bangsa melayu.



Pisau kata "Nak harapkan PAS atau melayu haprak dalam Pakatan jauh sekali,so mereka mereka ini tidak layak untuk berbicara soal hak orang melayu."


Tuesday, March 02, 2010

Tarif elektrik perlu dikaji

27 Feb - (SINAR HARIAN) SALAK SELATAN - Isu kenaikan tarif elektrik yang dijangka akan dibincangkan di peringkat Kabinet diharap tidak membebankan rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, rakyat kini sudah menanggung beban akibat pelbagai kenaikan dan yang terbaru, kenaikan harga gula dan kini, tarif elektrik.

“Saya amat berharap kajian segera dan mendalam dapat dibuat agar sebarang kenaikan kelak tidak akan membebankan rakyat. “Selain itu, kerajaan perlu semak semula perjanjian bersama Independent Power Producers (IPP) kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai bahan api yang mencukupi dan kita tidak memerlukan IPP,” katanya. Beliau berkata, isu IPP ini juga dibangkitkan dalam Mesyuarat Agong UMNO yang lalu, namun masih lagi tiada jalan penyelesaiannya.

Katanya, kerajaan harus menyemak semula semua perjanjian tersebut demi kepentingan rakyat. Oleh sebab itu, Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh menentang sekeras kerasnya sebarang kenaikan harga tarif elektrik yang bakal membebankan rakyat dan meminta supaya kerajaan membuat kajian dengan teliti dengan mempamerkan hasil kajian kepenggunaan IPP terhadap TNB dan rakyat.

Monday, March 01, 2010

Hari ini .......

Hari ini, aku berjuang,
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah air,

Hari ini, juga aku berjuang,
Berjuanglah demi anak, bini dan keluarga.

Hari ini, aku terus berjuang,
Demi Maruah dan Harga diri,

Dan hari ini, pasti terus berjuang,
Demi mereka yang menindas, mengkhianati dan irihati.

Hari ini, aku akan pastikan terus berjuang,
Demi kerja, rezeki dan sesuap nasi,

Hari ini, aku berjuang... dapatkah aku PERTAHAN ?

Seputeh Juara Bolasepak Piala Ketua Pemuda WP

Sekalung tahniah kepada semua yang telah menganjurkan kejohanan Bolasepak merebut Piala Ketua Pemuda UMNO WP terutama Biro Sukan Pemuda WP yang diketuai oleh saudara Azmi Badaruddin. Kejohanan ini telah diadakan pada 28 Feb 2010 di padang bolasepak PULAPOL.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato Razali Ibrahim dan telah menyaksikan sebanyak 12 pasukan mewakili Bahagian masing-masing.

Dari pertengahan tahun lepas, perancangan dan persediaan telah dibuat oleh semua bahagian-bahagian untuk mempertahankan maruah masing-masing.

Kali ini bukan nasib yang jadi penentu, tetapi skill dan kemahiran yang tinggi telah menentukan juara yang sebenar.

Dari awal lagi Seputeh telah mendapat tentangan dari segi psikology dari segala sudut untuk menjatuh atau melemahkan semangat mereka. Akan tetapi kata-kata semangat dari Ketua pemuda, naib Ketua Pemuda dan juga Pengerusi Sukan ditambah dengan ketua Penerangan telah membuatkan seluruh pasukan Seputeh bersemangat

Perlawanan akhir yang telah menyaksikan pertandingan oleh bahagian Seputeh dan Batu merupakan perlawanan ulangan. Seputeh telah dikalahkan oleh Batu pada perlawanan Persiapan, dan kali ini, Batu telah dikalahkan oleh Seputeh dan seterusnya telah menjadikan Seputeh Juara pada kali ini.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...