Begitu banyak kebaikkan didalam plan ETP tetapi pihak pembangkang hanya melihat membangkitkan isu ini kerana mereka sengaja mahu memutar belitkan pembanggunan yang dirangcang oleh Kerajaan BN dengan niat jahat.
Dalam masa yang sama, Pihak DBKL menyahut baik saranan ini dan menerima baik cadangan pihak kerjaan pusat dan berjanji akan melaksanakan plan ini dengan nada yang yakin selagi pihak-pihak empunya kelab hiburan tidak melanggar undang-undang yang telah diperuntukan.
Niat Kerajaan untuk memusatkan pusat-pusat hiburan ini semestinya mahu memenuhi keperluan mereka yang bukan beragama islam yang sememangnya mahukan riadah diwaktu malam, dan juga mahu pelancong yang melancong di negara kita dapat menikmati waktu malam yang berkualiti.
Keselamatan para pengunjung dan pelancong sudah pastinya dapat dikawal kerana pihak kerajaan akan memastikan terdapat CCTV dan petugas keselamatan yang cukup untuk mereka merhibur tanpa ganguan dan tindakan jenayah.
Untuk kita memberi keyakinan kepada masyarakat bandar, pihak DBKL seharusnya memantau preimis-preimis yang menjalankan pusat hiburan tanpa lesen yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Kualau Lumpur. Walaupun di setiap Parlimen mempunyai Petugas DBKL yang memantau kewujudan premis hiburan ini, tetapi tindakan menunggu komplian telah memberi kekuatan kepada peniaga pusat hiburan membuka sesuka hati.
Penguatkuasaan undang-undang penting sekiranya mahu rakyat yakin dengan kewujudan tempat-tempat hiburan di tengah-tengah ibu kota adalah jalan keluar dari kewujudan pusat hiburan di pinggir bandar dan kawasan penempatan.
Agensi-agensi lain seperti Polis, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Imigresen juga seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk memantau dan membenteras kewujudan pusat-pusat hiburan tanpa lesen sekirtar ibu kota.
Hub Hiburan juga tidak boleh disempitkan dengan hanya kepada tempat-tempat hiburan seperti Disko, kelab-kelab malam, live band dan lain-lain aktiviti malam, ianya amat luas seperti mewujudkan Taman Tema Disneyland, Universal Studio dan lain-lain lagi yang dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.
Akhir sekali, niat kerajaan untuk memacu ekonomi dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi seharusnya diikuti oleh penguatkuasaan dan disiplin pemantauan yang berterusan agar dimata masyarakat, apa yang hendak di laksanakan di masa hadapan adalah untuk kebaikkan rakyat Malaysia.
Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.
Berikut adalah kenyataan DBKL.
28/10/2010
DBKL sedia jayakan hasrat ETP
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik cadangan yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan ibu negara sebagai destinasi pelancongan berunsur Asia.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, cadangan mewujudkan Pusat Malaysia Truly Asia di Kuala Lumpur juga dianggap sebagai satu usaha positif.
Menurutnya, usaha tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan kedudukan negara dalam industri pelancongan dunia, melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menawarkan peluang pekerjaan baru.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya tiada halangan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab aktiviti malam termasuk melanjutkan waktu operasi perniagaan sehingga pukul 5 pagi.
"Bagi warga kota, malam bukan perkara luar biasa dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan pelbagai aktiviti pada malam hari.
"Pihak kami tiada halangan (melanjutkan waktu operasi) selagi ia mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan bendera daripada Ketua Pegawai Eksekutif Present Malaysia Production Sdn. Bhd., Norzam Zaman yang mewakili Persatuan Pancaragam Dunia.
Penyerahan itu adalah simbolik pelantikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah pada pertandingan Festival Pancaragam Dunia pada Julai tahun depan.
Turut hadir, Pengarah Festival, Jimmy Wong serta Pengurus Operasi, Wan Johari Wan Osman.
Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah festival pancaragam dunia itu mampu menjadikannya sebagai pentas terbaik dalam memperkenalkan negara ke mata dunia.
Katanya, adalah tidak lengkap bagi sesebuah bandar raya tanpa penganjuran acara-acara kesenian dan festival seumpama itu kerana ia mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun luar negara.
"Ini merupakan kali kedua pihak DBKL bekerjasama menjayakan festival seumpamanya. Melihat kepada tarikan yang ada pada acara ini, kita tidak teragak-agak untuk terus memberi kerjasama seterusnya mengisi kalendar aktiviti Kuala Lumpur," ujarnya.
Festival yang bakal berlangsung pada Julai 2011 itu bakal menghimpunkan 4,000 peserta pancaragam dari seluruh dunia.
Pada pertandingan itu nanti, Malaysia akan menghantar 15 pasukan pancaragam.
1 comment:
Sewjauh manakah bersedianya DBKL? Tidakkah saudara terfikir dalam keadaan sekarang, dengan bilangan kelab malam dan disko/dangdut sedia ada, apakah kesannya ke atas akhlak dan moral masyarakat?
Saban hari kita mendengar/membaca berita di media massa membicarakan tentang keruntuhan moral dan akhlak baik golongan remaja mau pun golongan tua. Kes buang bayi, di tangkap berkhalwat, berzina, minum arak, dadah dan segala macam penyakit sosial yang kian parah melanda masyarakat Malaysia dewasa ini.
Malangnya, begitu ramai kaum Melayu yang terjebak ke kancah kehinaan ini. Di mana penguatkuasaan?
Malangnya, bukan benar-benar encari jalan bagaimana menyelesaikan kemelut sedia ada, kini kita ingin menambah pula baja kepada penyakit sedia ada. Siap yang berfikiran sempit sebenarnya?
Post a Comment