Selamat berkumpul demi Survival Orang Melayu. |
Menjadi satu tanggunjawab kepada semua ahli UMNO untuk menghadirkan diri untuk Mesyuarat Cawangan yang telah di tetapkan bermula pada 1 April 2012.
Pada tahun lepas, ramai yang menjangkakan itu adalah mesyuarat yang terakhir untuk penggal 2009-2011, nampaknya bermula dari 1 April inilah yang benar-benar mesyuarat terakhir sebelum menamatkan pemilihan penggal akan datang.
Dan mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum kita berjumpa dengan tarikh Pilihanraya Umum yang dijangkakan akan berlangsung mungkin pada Jun, September, Disember dan yang terakhir Mac 2013.
Perhimpunan akar umbi di seluruh pelusuk negara mesti kita semarakkan dengan kehadiran seramai mungkin ahli UMNO. Kita juga seharusnya menggalakkan mereka membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk bersama dengan mengikuti mesyuarat agar mereka dapat merasakan bahang Pilihanraya yang akan datang.
Gagasa 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak ada yang menguris hati dan sanubari orang Melayu, ianya adalah menerapan dan mengkayaan penghayatan pengertian Perlembagaan Negara Malaysia.
Perpecahan diantara Melayu tidak akan menguntungkan mana-mana bangsa, tetapi sudah tentu akan merugikan bangsa Melayu.
Orang Melayu yang menjadi tunjang kepada pemerintahan Malaysia tidak mustahil akan menjadi bangsa yang diperintah sekiranya mereka tidak pandai untuk Bersatu.
Di Mesyuarat kali ini, pemimpin seharusnya memainkan peranan mereka untuk kembali bersama menunjukkan KEBIJAKSANAAN orang Melayu dengan melaungkan Gelombang Bersatu, dan ianya bukan hanya boleh dibuat sekadar bercakap, ianya mesti disusuli dengan tindakan, mempelawa secara ikhlas puak-puak yang berpecah belah.
Pemimpin yang bijak sepatutnya tahu memainkan peranan bagaimana untuk menyatukan masyarakat, pemimpin yang otaknya di lutut sudah tentu akan merosakan bangsa kerana sengaja tidak mahu menyatukan bangsa.
Pada orang kiri kanan, juak-juak atau mereka yang menjadi penasihat kepada puak-puak pemimpin, jangan pula kamu menjadi halangan kepada Penyatuan. Jadilah penasihat yang bijaksana melihat masa depan bangsa daripada kamu menjadi pemusnah kepada penyatuan bangsa.
Jadikanlah Perhimpunan akar umbi kali ini perhimpunan yang amat penting demi survival orang Melayu.
Selamat Bersidang.