Tarikh : 14 September 2012
KENYATAAN MEDIA
ISU : VIDEO DI YOUTUBE "Innocence of Muslims"
Merujuk kepada Video Innocence of Muslims yang sudah membawa kepada kematian 1 Orang kedutaan US dan 2 Askar US di Libya, Pengedaran Video ini seharusnya boleh di kawal daripada agen pengedarnya iaitu www.youtube.com.
Melalui OIC,Negara-negada islam sepatutnya mengeluarkan arahan kepada www.youtube.com untuk membersihkan bahan ini dari database mereka, dan sekiranya tidak berbuat demikian, seluruh negara islam boleh menyekat domain www.youtube.com daripada memasuki laman sesawang negara-negara islam.
Negara Malaysia mesti mengambil tindakan proaktif dan menjadi contoh kepada negara-negara islam yang lain untuk menyekat domain www.youtube.com dari memasuki laman sesawang negara.
Amaran serta tindakan ini harus diambil kerana kita tidak mahu mana-mana pihak dengan sesuka hati menjadi agen kepada pengedaran apa sahaja bahan yang menghina orang Islam, dan saya percaya agama lain juga tidak mahu agama mereka di hina dan dikeji.
Oleh itu, tindakan menyekat laman www.youtube.com harus diambil tindakan secara serta merta untuk menjaga keselamatan rakyat dan agama islam khususnya.Agar propaganda jahat yang mahu dimainkan oleh mana-mana pihak harus disekat dan youtube.com seharusnya bertanggunjawab kepada pengedaran ini.
Sekian,
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Pengerusi Unit Media Baru
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Assalamualikum,
Referring to the newly released video "Innocence of Muslim" which has caused the death of the American Ambassador to Libya, Mr Chris Stevens and two (2) United States (US) soldiers, We, the Seputeh UMNO youth movement strongly urged www.youtube.com to halt any distribution of this said video on its domain.
It has to be noted that the strength of the Muslim country, through OIC, is immense and this shall be used to instruct and pressure www.youtube.com to remove the above mentioned video. In addition, the Muslim countries around the world shall block the "Innocence of Muslim" from entering its domestic servers.
We would also like to urge the Malaysian Government and local authorities to take proactive action and be the first country in the world to block this heinous video from being broadcast in this country.
A stern warning and strong action needs to be taken to ensure that there would not be any party/persons who would take this opportunity to distribute the "Innocence of Muslim" or any other videos insulting the Prophet Muhammad p.b.u.h and Islam in this country.
Thank You and Regards,
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Pengerusi Unit Media Baru
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
16 September 2012
Sekat laman Youtube
16 September 2012
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia boleh bertindak proaktif menyekat akses laman Youtube daripada dilayari rakyat negara ini kerana menyiarkan klip video kontroversi yang menghina Nabi Muhammad, kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Beliau yang juga Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno berkata, tindakan itu perlu diambil kerana pemilik Youtube, Google Inc menyatakan tidak akan mengeluarkan sedutan filem Innocence of Muslims daripada laman web perkongsian video itu.
“Melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), negara Islam sepatutnya mengeluarkan arahan kepada Youtube untuk membersihkan bahan ini dari database mereka. Sekiranya tidak berbuat demikian, seluruh negara Islam boleh menyekat domain laman sosial daripada memasuki laman sesawang negara-negara Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Youtube pernah disekat selama setahun di Pakistan pada 2007 kerana menyiarkan video yang dianggap menyalahi ajaran Islam.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa Islam.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana kita tidak mahu mana-mana pihak dengan sesuka hati menjadi agen kepada pengedaran apa sahaja bahan yang menghina orang Islam, dan percaya agama lain juga tidak mahu agama mereka di hina dan dikeji.
No comments:
Post a Comment