Thursday, April 04, 2013

4 Tahun genap sebagai Perdana Menteri

Semalam pembubaran parlimen oleh Yab Perdana Menteri Malaysia dilakukan dengan penuh erti,hari rabu yang baik, dan genap 4 tahun Najib menjadi Perdana Menteri.

Cakap-cakap pembangkang yang menuduh kerajaan Barisan Nasional takut membubarkan Parlimen sebelum ini ternyata hanya satu mainnan mulut ibarat Pemtanbiran negara satu sandiwara mereka.

Najib menegaskan, untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat, beliau memerlukan 4 tahun untuk ianya dilaksanakan, ternyata ianya benar apabila kita melihat perubahan transformasi yang dilaksanakan terhadap pelbagai sektor sudah membuahkan hasil.

Walaupun sehingga hari ini, pihak pembangkang terus menerus dengan perancangan untuk menghuru harakan negara, Najib bersama kabinet beliau terus dengan road map asal mereka bagi memastikan rakyat mendapat tranformasi yang terbaik selama tempoh pemerintahan beliau.

Bersama kita mengkaji apakah yang rakyat perolehi dalam jangka masa 4 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Usah kita terikut ikut permainan Pembangkang yang mahukan kuasa melebihi segalanya

Pagi-pagi lagi anak saya sudah bertanya, "ayah selepas bubar ni Dato Najib masih PM?" dengan ringkas saya menjawab.... "Dato Najib masih Perdana Menteri sehingga hari Pembuangan UNDI, insyallah kita masih memerintah sekiranya rakyat masih memberi kepercayaan"


No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...