Thursday, July 27, 2017

SPRM - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Ikrar Benteras Rahsuah.
 
Agensi Sukan Negeri WP adalah yang pertama melaksanakan Ikrar Benteras Rahsuah bersama-sama dengan NGO dan Persatuan Sukan dalam WP.

Ikrar ini adalah untuk menyokong kempen memerangi Rahsuah oleh SPRM bersama dikalangan masyarakat dan agensi sukan di dalam WP.

Sebelum majlis ikrar ini diadakan, kursus pentadbiran bantuan Sukan dijalankan bagi memberi ilmu bagaimana sesebuah persatuan itu dijalankan dengan penuh amanah.

SPRM juga memaklumkan bahawasanya sebuah Persatuan atau NGO adalah terletak didalam peraturan Badan Awam, iaitu tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan.

Diharapkan agar semua yang terlibat dapat memahami dan sama-sama menjaga kepentingan kerajaan dan akhirnya rakyat keseluruhan akan mendapat manfaat dari setiap dana yang disalurkan.

Razlan Rafii
     

Wednesday, July 26, 2017

Pemuda Armada Tidak Beradap

Tindakan Pemuda Umno menghalang sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) semalam yang mahu menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertujuan menjaga maruah dan imej parti mereka, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii hari ini.


Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan "kejadian Adam Adli" - merujuk kepada tindakan aktivis bekas pelajar yang menurunkan bendera dengan imej Najib, di luar ibu pejabat Umno semasa bantahan menuntut kebebasan akademik lebih luas pada Disember 2011.

622aa65e1b8714fd8583c737c991d863.jpg

“Kita faham mereka serpihan ahli Umno yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC.


“Jadi perasaan mereka itu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.


“Kita Pemuda Umno, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air,” kata Razlan pada sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.


“Cukuplah sekali Adam Adli bertindak biadap menurunkan bendera Umno - Sang Saka Bangsa di perkarangan Menara Dato Onn, Ibu Pejabat Umno satu ketika dahulu.”

Dalam kejadian semalam, kira-kira 30 anggota ARMADA yang pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke PWTC bagi menyampaikan jemputan itu dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan kejadian tolak-menolak.


“Mereka datang dengan membawa plakad provokasi. Sekiranya berniat sekadar menghantar surat mahupun memorandum dengan aman, tak perlulah sampai bawa pelbagai sepanduk biadap.

650a105352c6237646f7a92a512d9026.jpeg

“Nak hantar memorandum, biarlah kena dengan adabnya.,” kata Razlan, sambil menambah bahawa tidak perlu berbuat demikian jika niat sebenarnya hanya menyampaikan jemputan.


Pada masa yang sama, Razlan juga menafikan bahawa Pemuda Umno bertindak agresif dan menumbuk seorang ahli exco BERSATU.

“Sebenarnya mereka tidak ditumbuk, hanya berlaku tolak-menolak iaitu perkara biasa sahaja dalam mana-mana demonstrasi secara aman mahupun sebaliknya.

“Malah mereka pun sudah minta maaf dan mengakui tiada yang ditumbuk,” kata Razlan, sambil menambah Pemuda Umno tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

Polis semalam mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada kira-kira jam 4 petang dan anggota Pemuda BERSATU kemudiannya membuat laporan di ibu pejabat daerah Dang Wangi.


Exco Pemuda BERSATU Ashraf Mustaqim Badrul Munir juga mendakwa bahawa dirinya ditumbuk semasa kejadian itu.


Sumber Malaysiakini


 

   

Monday, July 03, 2017

Zaman sudah berubah!!

 

Kalau bersabung, pastikan menang, jangan kita menang sorak kampung tergadai.

Maruah Presiden tidak pernah kami abaikan, senantiasa menjadi keutamaan untuk kami pertahankan.

Ingin maklum kepada YB Datuk Seri Tajuddin Rahman, sejarah tidak pernah menipu dimana pernah satu ketika Presiden Parti di tertawakan dengan lakonan Kangkong, dan dihina di DUN Pulau Pinang, kami Pemuda WP tidak pernah ragu-ragu  merusuh depan bangunan DAP tanpa memikir risiko yang bakal diterima demi parti keramat. 

Dan begitu juga pernah maruah Agama kami di tertawakan, kami tidak berpeluk tubuh melihat ianya berlalu begitu sahaja. Kami bangkit bantah dan bantah setiap kali isu agama diperlekehkan.

Bukan itu sahaja yang telah dilakukan, malah setiap kali ada pertembungan penghinaan terhadap Pemimpin parti, tidak ada erti peluk tubuh dari Pemuda UMNO. Kami sekali lagi bangkit dan pertahankan.

Cuma nak ingatkan juga kepada Pemimpin Parti yang seangkatan, tengok anak-anak muda ini ibarat anak sendiri, beri mereka peranan, beri mereka tanggungjawab. Jangan sampai bertongkat masih lagi mahu jawatan.

Anak muda hari ini bukan hanya cukup apabila diperjuangkan hak mereka dengan kata-kata, anak mudah hari ini nak melihat hasil, nak melihat pemimpin Muda mereka selesaikan masalah dan menjadi jambatan kepada permintaan dan kehendak zaman ini.

Zaman dan pendekatan sudah berubah; dahulu kita beri Bola sepak, beri net takraw ataupun buku tangkis, sudah cukup untuk mengamit sokongan mereka, zaman sekarang, pemimpin Muda kena perjuangankan Perumahan, Pekerjaan, pembelajaran dan macam-macam lagi.

Sayugia; DNA Pemuda juga berubah mengikut peredaran masa dan aspirasi golongan tanpa meninggalkan DNA hakiki pemuda yang sedia menjadi anak jantan dan barisan hadapan dalam mempertahankan institusi UMNO. 

DNA baru pemuda lebih luas peranannya yang sekarang ini menjadi platform permudahcara; pencetus idea; pemangkin tindakan untuk kepentingan generasi muda.

Lihat sahaja dari sudut penyelesaian untuk Generasi Muda, ini bukan zaman syok cakap tapi bahana yang datang tanpa kita sedar.

Oleh itu, saya nak ingatkan kepada Pemimpin semua, sudah masa beri peluang dan tanggunjawab serta peranan ini kepada Orang Muda, ni dah dekat nak PRU, pikir macam mana nak angkat mereka seperti mana bapa-bapa pemimpin terdahulu buat kepada anda semua.

Sekian,

Datuk Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP
2 July 2017.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...