Friday, August 18, 2017

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea


Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada kali ini. 


 


Daripada 128 orang atlet, seramai 21 orang atlet yang masih layak untuk menyertai SUKMA XIX Perak 2018 yang akan datang. 


Ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang utama kepada atlet yang mewakili negara selaras dengan visi dan misi MSWP iaitu melahirkan atlet bertaraf nasional dan antarabangsa. 

 

Penyertaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 juga merupakan pendedahan terbaik bagi atlet Wilayah Persekutuan menjelang SUKMA XIX 2018 nanti. 


Diantara Atlet Wilayah Persekutuan yang diharapkan akan membantu Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas adalah seperti Nur dhabitah Sabri daripada sukan Akuatik Terjun, Ng Eain Yow daripada sukan Skuasy dan Muhammad Rafiq Bin Ismail daripada sukan Tenpin Boling. 


Selain itu, atlet daripada sukan-sukan lain juga mampu untuk memberi saingan pada sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini seperti atlet Sukan Sepak Takraw acara Chinlone yang telah berjaya menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia. (Iskandar Zulkarnain, Nur hidayat Ar Rasyid Bin Ahmad Daud dan Putera Aidil Israfil Bin Kamaruzaman). 


MSWP akan terus memberi sokongan sepenuhnya dalam membantu Majlis Sukan Negara untuk memastikan atlet-atlet yang bertanding berada pada prestasi yang terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini. 

 

    

Friday, August 04, 2017

Isu : Sekolah Agama Rakyat Umar Abdul Aziz Masjid Negara.

4 Ogos 2017.


Pagi tadi saya sempat meninjau SRA Umar Abdul Aziz Masjid Negara. Hasil dari pertemuan dengan Ibu Bapa, saya telah meminta sdr Gulam Muszaffar untuk mengetuai dan mewakili Pemuda WP bermesyuarat bersama Ibu Bapa dan Pengarah Jawi.


 

Mesyuarat berjalan lancar dan saya difahamkan  :-


1. SRA Umar Abdul Aziz akan dipindahkan ke Bangunan Yadim sementara Masjid Negara diubahsuai.


2. SRA Umar Abdul Aziz akan kekal di Masjid Negara Selepas projek dilaksanakan selama 30 bulan dan akan dipindah semula di lokasi asal.


3. Pelajar Tahun 1 yang sebelum ini dihentikan pengambilanya, akan dibuka semula pengambilan.


Itu 3 perkara penting yang menjadj kerisauan orang-orang islam yang bermastautin di sekitar Ibu Kota.


Saya menyambut baik penyelesaian yang di buat oleh Pihak JAWI dan terima kasih kepada Pengarah Jawi yang baru Ustat Abdul Aziz yang banyak membantu agar SRA ini kekal di Buka Di Masjid Negara.


Terima Kasih kepada Datuk Sohaimi yang turun padang bersama mesyuarat di Jawi sebentar tadi.


Kita harap untuk dimasa akan datang, pihak Jawi akan lebih berkomunikasi dengan Masyarakat agar tidak ada salah anggapan terhadap Agensi Kerajaan.


Kita ada ramai pemimpin Masyarakat yang ada di WP. iaitu MPP Majlis Perwakilan Penduduk. Sekira tidak mahu berhubung dengan Pemimpin Politik, Jawi boleh menggunakan MPP untuk berbincang soal masyarakat.


Masyarakat di Malaysia ni bukanlah tidak rasional dan hampir semua perkara boleh dibawa ke meja rundingan.


Semoga SRA Umar Abdul Aziz akan terus cemerlang dan melahirkan zuriat Agamawan yang akan menyinari islam dimasa akan datang.


Sekian. 


Razlan Rafii


 

 

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...