Sunday, November 11, 2018

Rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada DAP.



Dalam memperjuangkan sesuatu perkara, kita ada pilihan untuk melaksanakanya.

Ular yang meyusur akar tidak akan hilang bisanya, itu yang DAP lakukan saban hari, mereka tidak akan meletakan kepentingan Individu sebagai keutammaan, bukan mahu memuji, tapi mereka mempunyai fokus yang lebih telus dan teratur untuk memastikan apa yang mereka idamkan sekian lama menjadi kenyataan.

Budaya dan cara kerja DAP sekian lama sudah nampak hasilnya.

Rakyat Malaysia perlu memuji perilaku Bangsa Cina yang semakin hari semakin bersatu didalam menentukan hala tuju Malaysia, mereka lebih fokus kepada pembangunan Negara dan lebih gigih didalam menentukan Malaysia maju ke hadapan mengikut acuan yang DAP telah tetapkan.

Rakyat Malaysia juga perlu akui bahawasanya Orang Bumiputera dan Melayu bukan lagi dominan didalam membuat acuan didalam Negara Malaysia. Mereka telah terlepas kuasa Pentadbiran dan juga Kuasa Ekonomi didalam Malaysia.

Tok Batin, Pengerusi Surau, Ketua Kampung, Ketua-ketua puak di seluruh Malaysia tidak boleh lari daripada berbangsa Melayu ataupun Bumiputera, namun di Pekan-pekan, Bandar besar bandar kecil malah di seluruh pelusuk Negara, semuanya bukan lagi milik Peribumi, jelas apabila apa sahaja projek pembanggunan yang kepunyaan Kerajaan bukan lagi milik Pribumi, ianya milik bangsa Cina, dan ini perlu di beri pujian kerana bangsa Cina adalah bangsa yang telah berjaya didalam Negara Malaysia.

DAP sudah memulakan kerja mereka sebaik sahaja mereka mendapat kuasa Kerajaan, mereka tahu kegagalan kaum Mejorioti yang memerintah Negara sebelum ini tidak dapat menerapkan apa yang sedang mereka rancangkan, jestertu itu DAP tidak perlu melayan perkara-perkara yang membuang masa mereka, mereka terus fokus kepada merencanakan pembangunan Negara.

Lim Guan Eng bersama-sama kumpulan mereka serta Tony Pua terus fokus kepada menyusun kerja-kerja di GLC bagi membolehkan semua kaum terus melaksanakan Kontrak tanpa sekatan seperti dahulu.

Projek MRT dan Projek-projek Mega JKR telah siap di rencanakan tanpa Pejabat Perdana Menteri Sedar, namun itulah yang perlu kita beri pujian kepada DAP kerana telah berjaya menyusun semua kontraktor melalui Persatuan Perniagaan Cina mereka, mereka tidak perlu menunggu Perdana Menteri, kerana mereka faham apabila Perdana Menteri memberi tugasan sebagai Menteri Kewangan dan mereka tahu peranan mereka.

Orang Pribumi tidak perlu sakit hati dan iri hati tentang kejayaan yang mereka kecapi ini, DAP sudah sekian lama berusaha untuk mendapat apa yang mereka idamkan hari ini.
Hari ini, Orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh lari dari menjadi pekerja kepada DAP, baik dari kerja makan gaji di Kerajaan, Agensi Kerajaan GLC sehinggalah Swasta, dan ini perkara yang sama-sama perlu dibangakan oleh Malaysia.

Peranan DAP ini bukan akan berhenti disini, selagi Orang Melayu sibuk bergaduh untuk menentukan siapa Pengerusi Masjid, siapa Ketua Kampung, Siapa Tok Batin, mereka fokus kepada permilihan Datuk Bandar kerana mereka faham, ekonomi adalah segalanya, Bangsa yang mundur ekonomi akan menjadi hamba dimana-mana mereka berada.

Tahniah Kepada DAP kerana membangunkan Negara.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Aktivis Malaysia.
12 November 2018

Tuesday, October 30, 2018

Kerana parti, saya menulis!

Janganlah bangsaku lenyap selagi mata keluarga ku masih terbuka!!

1. Parti keramat ini, sekian lama sudah menjadi payung kepada Rakyat Malaysia secara amnya dan Melayu Bumiputera secara khususnya.

2. Selama 61 tahun berjuang demi kemakmuran Rakyat Malaysia demi mempertahankan rakyat Peribumi tanpa menindas Rakyat Malaysia yang lainya, Parti Keramat ini menjadi MISKIN HARI INI.

3. Sekian lama parti ini memberi Jawatan kepada para pemimpinnya, memberi kehidupan kepada keseluruhan ahlinya, hari ini, di khabarkan Parti ini tidak mempunya aset dan hanya tinggal sekerat dua sahaja di dalam akaun yang telah dibekukan oleh Kerajaan PH.

4. Orang Kampung, Orang UMNO menyumbang duit, bergolok bergadai demi membuat tambang Tunku dan Rombongan ke London demi mencari Kemerdekaan untuk Tanah Melayu, ini cerita realiti yang sepatutnya menjadi galasan kepada semangat setiap Pimpinan UMNO ketika berkuasa. Namun ianya menunjukkan kepada KEGAGALAN kepada apa yang sepatutnya di harapkan.

5. Pemegang Amanah kepada Aset Parti UMNO juga dikhbabarkan sudah buat-buat tidak tahu dan ada diantaranya sudah membawa lari amanah yang sepatutnya di pegang, ada juga yang telah berjoli dengan aset UMNO. Mereka ini semua Pengkhianat kepada Melayu Peribumi.

6. Bukan itu sahaja, Budaya Pemimpin UMNO yang memegang jawatan Kerajaan lebih senang menyumbang dana kepada kumpulan mereka membuatkan UMNO itu sendiri MISKIN.

7. Bapak-Bapak Menteri yang sepatutnya bekerja sebagai keluarga Besar UMNO untuk menyumbang semula kepada Parti, mereka lebih kepada nafsu untuk menyumbang kepada Kumpulan Mereka untuk dipergunakan bagi Pertandingan dalam Parti.

8. Mereka ini sepatutnya membantu Parti mencari dana untuk di simpan dikala perlu, semua sudah
lupa kerana Jawatan itu lebih penting dari Parti, mereka lupa, mereka alpa dengan Kuasa dan Jawatan yang di nikmati sehingga mementingkan Kumpulan mereka daripada masa depan Parti.

9. Nah, hari ini UMNO sudah menjadi Miskin dek kerana kepimpinan tidak mengamalkan sikap kebersamaan menyumbang kepada parti. Menangis air mata darah sekalipun, sukar untuk kita mendapat semula Harta UMNO, menangis air mata darah sekalipun, UMNO tidak akan mendapat berbillion daripada Pemimpin yang sudah kaya-raya.

10. Ada yang perlu kita berterima kasih kerana sumbangan beliau untuk melihat UMNO ini terus bernafas, namun sepatutnya, lebih ramai yang tampil kehadapan untuk membantu parti ini, jangan diharapkan Ahli untuk menyumbang, Bekas-bekas Menteri, Timbalan Menteri kumpulan yang pertama sepatutnya tampil ke depan untuk meyumbang kepada Parti Keramat ini, naikan semangat akar umbi.

Saya menulis bukan untuk menyalahkan sesiapa, namun mengaku lah kesilapan kita kerana kepentingan kita kepada Kumpulan kita melebihi kepetingan Parti.
Sekira semangat kita kuat seperti pejuang-pejuang UMNO yang sebelumnya, tidaklah UMNO terbangsat di Bumi Tanah Melayu ini!!

Datuk Razlan Rafii
31 Oct 2018

Wednesday, September 26, 2018

Pemimpin Melayu Sering diperbodohkan oleh DAP!

Ahli Perlimen DAP Kepong, menyokong Menteri Wilayah Persekutuan untuk menutup Sekolah Tahfiz, sementara Menteri WIlayah pula menyangkal dakwaan beliau mengarahkan DBKL menutup Sekolah Tahfiz.

Antara Peristiwa baru-baru ini, DAP Chauvinist!

1. ADUN DAP - "Menulis Surat dalam Bahasa Mendarin"
- Memohon Maaf kepada Sultan Johor.

2. Naib Presiden DAP - "Melayu Pendatang"
- meminta Maaf kepada semua.

3. Pengerusi DAP Perak - "LKY tunggu Mahathir main mahjung"
- Meminta maaf

Ada banyak kenyataan dan tindakan DAP yang menjurus kepada niat kebencian kepada Perlembagaan Negara.

Didalam perlembagaan Negara jelas menyatakan sistem Raja, mereka banyak kali menindakan perkara ini.

Perlembagaan menyatakan Bahasa Melayu Bahasa Rasmi, DAP juga sering kali mencabar perkara ini, saban hari mereka berusaha untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura, dimana Bahasa Melayu hanya di dalam Perlembagaan tapi bukan di praktikan didalam Penggunaan rasmi Kerajaan Singapura.

Melayu jangan lupa peristiwa-peristiwa ini, ada banyak lagi hakisan yang dibuat oleh DAP yang tersusun untuk memberi tekanan kepada Pemimpin Melayu.

Setiap bulan, akan ada peristiwa yang mereka susun untuk mencabar Perlembagaan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sokong-tutup-pusat-tahfiz-di-kepong-1.884246



Monday, September 24, 2018

Jangan tekan Penjawat Awam yang tidak bersalah!


Gambar Hiasan....
1. Diantara sebab Perlantikan Pegawai Menteri lewat di proses oleh JPA adalah tidak mempunyai Kelulusan dalam Bahasa Malaysia,ini melibatkan ahli @dapmalaysia yang mahu kerja di Kerajaan Malaysia, @IsmailBakar60 @chedet_cc #Rakyat

2. Ahli-ahli @dapmalaysia ramainya tidak bersekolah di Sek Kebangsaan mahupun Jenis Kebangsaan, mereka ini belajar UEC dan tidak faham Bahasa Malaysia, bagaimana nak kerja dengan Kerajaan Malaysia, tak ada sijil Bahasa ? @IsmailBakar60 @chedet_cc

3. Ada juga pegawai Menteri yang minta Gred lebih tinggi biasa, ada minta Jusa B terus, pun tak apa, sebab Dr Mahathit  ada kuasa, tapi masih ada proses dalam menyiapkan kertas kerja dan mesyuarat Lembaga, @IsmailBakar60 perlu jelaskan, agar Penjawat Awam tidak disalahkan! #rakyat

4. Ini Malaysia baru katanya, dan @IsmailBakar60 sudah berjanji akan mengikut peraturan dan menjaga penjawat awam dan tidak mahu ulangi sejarah dulu, tunjukkan keberanian berkata benar. @chedet_cc #Rakyat

5. Dan, sebenarnya, biasa kalau gaji lewat 3-4 bulan kalau masuk Kerajaan, bukan libatkan Pegawai Menteri, semua penjawat awam tahu proses ni, dan tiada niat mereka nak Sabotaj Kerajaan @IsmailBakar60 @chedet_cc #rakyat 

Twiter saya kepada Tun Dr Mahathir.

Friday, September 21, 2018

PTPTN - Kesilapan besar dasar pendidikan Perdana Menteri.


PTPTN sudah wujud semenjak tahun 1997. Ia adalah kegagalan dasar Dr Mahathir didalam mewujudkan sistem pendidikan yang kopentatif didalam negara.
Sebelum wujud dasar ini, selain dari Ibu Bapa, Kerajaan, GLC dan syarikat swasta sering kali dijadikan tempat untuk mengadu bagi anak-anak melanjutkan pelajaran.
Belajar pandai-pandai nak, nanti boleh apply biasiswa, boleh apply JPA ataupun Petronas, itulah ungkapan sering kali di berikan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka, namun sekarang ianya bukan lagi seperti itu, Bermula saat itu. Kerajaan sudah mula lari dari tanggunjawab Pendidikan serupa juga GLC dan juga syarikat-syarikat besar.
Pada waktu PTPTN ini diwujudkan, lambakan kolej swasta tanpa ada kawalan dibuka macam cendawan, Kroni-kroni Dr Mahathir membuka kolej swasta ini tanpa memikirkan kualiti pembelajaran, apa yang mereka tahu adalah mendapatkan database lepasan SPM dari Kementerian Pelajaran dan mempromosikan Pembelajaran dengan PTPTN.
Dr Mahathir juga adalah pemimpin yang bertanggunjawab bewujudkan masyarakat BERHUTANG, anak-anak seawal berumur 17 tahun sudah di ajar berhutang, anak-anak ini tidak boleh disalahkan kerana mereka belum tahu menguruskan kewangan dalam jangka hayat yang muda, sebab itulah, keluar sahaja duit awalan PTPTN, apa yang mereka buat adalah, Beli Motosikal, Beli Hanphone, dan pelbagai keperluan untuk mereka, bukan untuk perkara asas untuk Belajar!
Selepas sahaja tamat pengajian, mereka sukar mendapat pekerjaan disebabkan mereka tidak ada kualiti, kolej swasta yang hanya mahu mencari untung, bukan mahu melahirkan graduan yang pandai lagi bijaksana, dan ini adalah hakikat sebenar di bawah yang sering kali Pemimpin seperti Dr Mahathir terlepas pandang.
Tidak dapat dinafikan ramai anak muda yang berjaya dengan PTPTN namun jumlah itu tidak jauh beza dengan jumlah sebelum kewujudan PTPTN.
Kegagalan Dr Mahathir adalah apabila memilih jalan Menswastakan Pendidikan Negara !
Masih ingat lagi, pada masa-masa itu, Semua Universiti awam mengalami kenaikan yuran mendadak, peningkatan sehingga 10 - 20 kali ganda semata-mata dengan wujudkan PTPTN.
Kemana kos pendidikan ini pergi kalau bukan ke kantong hutang pelajar ? Sementara Kerajaan menikmati keselesaan budget yang kurang untuk mengurus Universiti, Universiti pula mengambil untung didalam mendidik.
Dan masalah yang Dr Mahathir tinggalkan kepada Kepimpinan selepas itu adalah untuk melayan permintaan rakyat yang kompleks dengan Pembangkang yang sering memanupulasi keadaan sehingga rakyat lupa akan tanggungjawab sebenar Kerajaan.
Dr Mahathir hari ini menjawat Jatawatan Perdana Menteri sekali lagi, beliau malu dengan masyarakat yang beliau sendiri wujudkan, dan ini semua tidak lagi terlewat sekira beliau sedar akan kesilapan beliau apabila menukar dasar Pendidikan Negara pada tahun 1997.
Jangan lagi menyalahkan rakyat, rakyat hanya mengikut dasar apa yang terhidang kepada keadaan yang dicipta oleh Kerajaan.
Ini adalah diantara kegagalan Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Datuk Mohd Razlan Rafii
21 September 2018.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...