Tuesday, October 30, 2018

Kerana parti, saya menulis!

Janganlah bangsaku lenyap selagi mata keluarga ku masih terbuka!!

1. Parti keramat ini, sekian lama sudah menjadi payung kepada Rakyat Malaysia secara amnya dan Melayu Bumiputera secara khususnya.

2. Selama 61 tahun berjuang demi kemakmuran Rakyat Malaysia demi mempertahankan rakyat Peribumi tanpa menindas Rakyat Malaysia yang lainya, Parti Keramat ini menjadi MISKIN HARI INI.

3. Sekian lama parti ini memberi Jawatan kepada para pemimpinnya, memberi kehidupan kepada keseluruhan ahlinya, hari ini, di khabarkan Parti ini tidak mempunya aset dan hanya tinggal sekerat dua sahaja di dalam akaun yang telah dibekukan oleh Kerajaan PH.

4. Orang Kampung, Orang UMNO menyumbang duit, bergolok bergadai demi membuat tambang Tunku dan Rombongan ke London demi mencari Kemerdekaan untuk Tanah Melayu, ini cerita realiti yang sepatutnya menjadi galasan kepada semangat setiap Pimpinan UMNO ketika berkuasa. Namun ianya menunjukkan kepada KEGAGALAN kepada apa yang sepatutnya di harapkan.

5. Pemegang Amanah kepada Aset Parti UMNO juga dikhbabarkan sudah buat-buat tidak tahu dan ada diantaranya sudah membawa lari amanah yang sepatutnya di pegang, ada juga yang telah berjoli dengan aset UMNO. Mereka ini semua Pengkhianat kepada Melayu Peribumi.

6. Bukan itu sahaja, Budaya Pemimpin UMNO yang memegang jawatan Kerajaan lebih senang menyumbang dana kepada kumpulan mereka membuatkan UMNO itu sendiri MISKIN.

7. Bapak-Bapak Menteri yang sepatutnya bekerja sebagai keluarga Besar UMNO untuk menyumbang semula kepada Parti, mereka lebih kepada nafsu untuk menyumbang kepada Kumpulan Mereka untuk dipergunakan bagi Pertandingan dalam Parti.

8. Mereka ini sepatutnya membantu Parti mencari dana untuk di simpan dikala perlu, semua sudah
lupa kerana Jawatan itu lebih penting dari Parti, mereka lupa, mereka alpa dengan Kuasa dan Jawatan yang di nikmati sehingga mementingkan Kumpulan mereka daripada masa depan Parti.

9. Nah, hari ini UMNO sudah menjadi Miskin dek kerana kepimpinan tidak mengamalkan sikap kebersamaan menyumbang kepada parti. Menangis air mata darah sekalipun, sukar untuk kita mendapat semula Harta UMNO, menangis air mata darah sekalipun, UMNO tidak akan mendapat berbillion daripada Pemimpin yang sudah kaya-raya.

10. Ada yang perlu kita berterima kasih kerana sumbangan beliau untuk melihat UMNO ini terus bernafas, namun sepatutnya, lebih ramai yang tampil kehadapan untuk membantu parti ini, jangan diharapkan Ahli untuk menyumbang, Bekas-bekas Menteri, Timbalan Menteri kumpulan yang pertama sepatutnya tampil ke depan untuk meyumbang kepada Parti Keramat ini, naikan semangat akar umbi.

Saya menulis bukan untuk menyalahkan sesiapa, namun mengaku lah kesilapan kita kerana kepentingan kita kepada Kumpulan kita melebihi kepetingan Parti.
Sekira semangat kita kuat seperti pejuang-pejuang UMNO yang sebelumnya, tidaklah UMNO terbangsat di Bumi Tanah Melayu ini!!

Datuk Razlan Rafii
31 Oct 2018

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...