Wednesday, November 15, 2006

Modal insan – mewujudkan masyarakat ulu-albab.

Oleh Md Razlan

Alhamdulillah, Tahniah kepada Wilayah persekutuan dan Bahagian seputeh khususnya yang telah membawa usul untuk mewujudkan Sekolah Tahfiz sains.

Selari dengan dasar parti untuk mewujudkan masyarakat Ulu Al-bab, ini diterjemahkan dengan tindakan. Kami di wilayah persekutuan telah lama memikirkan bagaimana untuk memupuk masyarakat yang berupaya untuk berfikir dan mengalisa dengan ungul.

Sekolah takfiz sain adalah jalan untuk mewujudkan masyarakat yang maju di dunia dan akhirat. Kita perlu melahirkan anak-anak melayu yang tahfiz alquran dan selari dengan akedemik.

Mengikut kajian, mereka yang hafal Al-Quran lebih cerdik dan pandai kerana kedua-dua otak mereka berfungsi.

Diharap untuk mewujudkan Sekolah Menengah Agama Wilayah(Tahfiz Sains) akan menjadi kenyataan di dalam masa terdekat ini.

Insyallah ….

30%, bolehkah menjadi kenyataan ...

Oleh Md Razlan

Hari pertama perhimpunan agong kali ini menyaksikan sayap-sayap membawa usul-usul yang telah di bahaskan di Bahagian-bahagian.

Agenda perjuangan melayu tetap menjadi topik utama di dalam perbahasan usul, kepentingan-kepentingan anak melayu dari segi sosial dan ekonomi tetap di bahaskan bagi membentuk Melayu yang Unggul dan cemerlang.

Jika diterjemahkan dengan perlaksanaan serta pengawasan yang betul, saya percaya, matlamat yang kita impikan untuk ekonomi orang melayu akan menjadi kenyataan.

Untuk CEO-CEO GLC yang tidak bersemangat kemelayuan, sudah masanya mengisafi dan perlu balik kepada asal dari mana mereka datang. Budaya koperat yang dibawa dari negara-negara luar perlu diselitkan dengan semangat kemelayuan. Kami berharap anda semua dapat menterjemahkan perjuangan ini dari segi perlaksanaan, demi membantu anak-anak dan cucu-cucu melayu.

Ini bukan sahaja kepada kebajikan atau bantuan semata-mata, tindakan ini mestilah selaras dengan perlaksanaan.

Konsep Ali baba yang berluluasa di dalam UMNO kali ini tidak di bahaskan, ini bermakna kebanyakkan kerja-kerja telah di buat sendiri oleh orang melayu dan ini boleh memastikan negara kita mencapai ekuiti 30%.

Seperkara lagi yang perlu kita lihat, adalah Chairman-chairman, atau director-direktor yang dilantik untuk menuduki kerusi-kerusi syarikat Non-bumi atau syarikat multinasional yang mengunakan kedudukan mereka untuk medapatkan kontak-kontak yang besar di Kerajaan.

Kebiasaan mereka ini dijadikan patung dan akan menggunakan touch mereka apabila tender-tender sudah sampai ke peringkat terakhir. Pengawasan perlu dibuat, statistic bagi setiap syarikat bagi mengetahui jumlah pekerja yang berkerja di dalam syarikat itu perlu diketahui. Untuk mengelakkan kebocoran yang ketara.

Bank-bank yang lebih percayakan syarikat luar dan juga syarikat Berhad untuk membuat kerja-kerja Aplikasi computer dan juga perkakasan, perlu melihat dan memberi kepercayaan kepada Melayu.

Kita tinggal 16 tahun saja lagi, dan segala kebocoran perlu kita tangani dan kuasa yang ada sekarang perlu kita maksimumkan.

Sekian …

Monday, November 13, 2006

Usul, perbahasan dan perlaksanaan .....

Oleh. Md Razlan

Selamat Bersidang dan selamat berbahas kepada semua ketua-ketua, timbalan-timbalan dan naib-naib serta para perwakilan. Semoga pada tahun ini akan membuahkan hasil yang baik untuk kita terus meneraju Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Gamat atau tidak dewan perbahasan pada kali ini, marila kita saksikan bersama-sama, isu-isu Tun dan Pak lah di jangka akan hebat diperkatakan, tetapi janganlah sampai memburukkan pemimpin kita.

Tahun lepas Kak Rafidah lepas siksa apabila menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh para perwakilan, dan tahun ini akak kene jugalah menyediakan jawapan-jawapan untuk persolan yang akan di bangkitkan, terutama isu AP, saya jangkakan akan ada perwakilan membangkitkan isu ini.

Saudara Khairy, tahniah pada tahun lepas, tetapi tidak tahu tahun ini, dengar di bawah sibuk untuk membawa isu-isu saudara, tapi ini semua isu yang mudah,, yang penting agenda melayu dan juga agenda negara perlu diutamakan.

Para perwakilan, jangan dok syok dengan gosip politik je, tetapi kita lupa dengan dasar yang perlu kita bahaskan. Seronok dengan isu di atas, lupa kita dengan agenda yang lebih penting.

Ekonomi, tahap ekonomi orang melayu bagai mana, apakah langkah-langkah dan dasar-dasar yang perlu kita desak untuk pihak MT membuat perubahan, boleh kah kontractor Melayu berdaya saing sedangkan kontraktor bangsa lain dah jauh kedepan. Masih adakah Ali Baba di kalangan orang-orang UMNO. Berapa ramai graduan melayu yang masih menganggur, dan apakah langkah-langkahnye, Bagaimana kita nak mengetahui di mana tahap kemajuan perlaksanaan yang telah kita bahaskan tahun lepas. pikirkan.

Agama, agama islam dipermainkan oleh agama lain, mubaligh-mubaligh agama lain sepatutnya tidak boleh menghasut umat agama islam. Adakah kerjaan-kerajaan negeri membuat tindakkan kepada perkara-perkara ini. Isu halal kita macam mana, dah ditetapkan ke logo halal kita, dah di pastikan ke tahap Halal kita. Adakah saudara-saudara membuat kajian untuk membahas kan isu-isu ini.?

Sosial, Adakah penguatkuasaan baik sekarang, polis atau jabatan penguatkuasa yang lain dah cukup ke, bagaimana dengan mat rempit, bosia dan juga masalah GRO yang meluas di kalangan anak-anak melayu. Masih banyak ke mesin-mesin judi di kedai-kedai. Kes buang anak macam mana, dan banyak lagi, pikirkan dan bahaskanlah dengan cerdik dan pandai.

Ishh , banyak isu ni, tapi dengan harapan yang tinggi menggunung, luahan dan pandangan akar UMBI, saya harap pihak Majlis Tertinggi akan dapat mendengarnye dan melaksanaan dengan bijak. Terutama sekali kepentingan Melayu yang ada dari dulu perlu kita kekalkan, yang dah tergadai, perlu kita pikirkan bagaimana untuk mengambilnya kembali.

"Kita pastinye sudah silap jika kita telah membuat silap, tetapi jika kita tidak membetulkan kesilapan itu, ianya akan jadi dua kesilapan"

SELAMAT BERSIDANG.....

Monday, November 06, 2006

Isu Pembelajaran dalam bahasa.

Oleh Md Razlan

Isu ini dibangkitkan lagi, dibangkit kerana anak melayu terpingir di dalam pembelajaran. Semua ini telah di duga dan pihak kerajaan yang lepas tetap dengan kaedah mereka.

Kepentingan orang melayu dari segi pelajaran dan bahasa telah banyak di rebek oleh mereka-mereka yang terlupa dan alpa tentang kepentingan orang melayu. Menteri-menteri yang bertanggungjawab mungkin terlalu agresif untuk membuat perubahan hingga terlupa faktor-faktor asas.

Graduan-graduan melayu yang dilahirkan oleh Universiti-universiti tempatan dan luar bukanlah tidak berdaya saing, bahkan sebelum ini, tidak ada index yang mengatakan graduan kita terpingir kerana gagal di dalam penguasaan bahasa ingris. Mereka tidak mendapat kerja kerana peluang kerja tidak ada, peluang kerja yang di monopoli pihak swasta adalah di kuasai oleh bangsa lain. Sudah pasti peluang yang ada di agihkan kepada bangsa mereka sendiri.

Saya selalu bekerja dengan bangsa-bangsa lain, yang mana daya pemikiran mereka jauh lebih rendah kalau di banding dengan graduan melayu, tetapi mereka-mereka tetap mendapat kerja dan tidak mengangur.

Jadi janganlah kita nak mengubah dasar yang tidak ada kene mengena Kerana Anak Melayu Menggangur.

Antara perkara yang boleh dipikirkan oleh pihak kerajaan untuk membantu anak-anak melayu :-

1. Memperbanyakkan peluang-peluang kerjaya di GLC.
2. Melatih graduan-graduan di dalam penggunaan bahasa ingris dengan lebih koprehensif.
3. Mengubah silibus pembelajaran kepada lebih menarik, tidak hanya belajar grammer, summary, mengarang, lebihkan kepada kuiz dan lain-lain)
4. Menaiikan tahap bahasa Melaysia kepada bahasa yang Utama di Malaysia, bukan sekadar dari segi nama sahaja, ianye mestikah lebih kepada perlaksanaan, sebagai contoh, semua jabatan-jabatan kerajaan dan GLC mesti mempraktikkan bahasa malaysia, semua tender-tender, surat menyurat mesti menggunakan bahasa Malaysia.
5. Menter-menter sendiri perlu bangga dengan penggunaan bahasa Malaysia.

Apabila kita buat ini semua, nescaya tidak akan timbul isu-isu graduan dan sistem pembelajaran kita tidak kompetatif.

**** Kenapa saya menggunakan Bahasa Malaysia, kerana ada individu yang telah lupa mengubah sistem pembelajaran Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu, ini secara langsung akan menglenyapkan Indentiti Bahasa Malaysia yang sekian lama kita pupuk!.

Sunday, November 05, 2006

Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan (WP)

Oleh MD. Razlan

5 Nov 2006, PWTC - Konvensyen UMNO semalam telah meluluskan 76 resolusi yang perlu dipikirkan oleh pihak Majlis Tertinggi bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.

Konvensyen ini terbahagi kepada 4 bengkel iaitu, Ekonomi, Pendidikan, Agama Dan Sosial. Tahniah untuk semua pejuang-pejuang UMNO WP kerana berjaya meluahkan pendapat dan idea-idea bagi menjayakan konvensyen ini.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi pihak MT untuk meneliti dan memahami kesemua resolusi ini dan di olahkan dengan perlaksanaan bagi mengatasi masalah yang terdapat di Wilayah. Alhamdullilah Dato Sri Najib telah memberikan jaminan, " walaupun berapa banyak resolusi yang diberi, kami di pihak MT akan memberi jaminan, akan mengkaji"

Antara resolusi yang telah diluluskan adalah mewujudkan Sekolan Agama Tahfiz Sains Di Wilayah Persekutuan, Meletakkan JAWI di bawah Kementerian WP, Mengadakan tempat perniagaan ala Bintang Walk di sekitar Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman.

Saya inigin meminjam kata-kata seorang ahli bengkel yang mana mengatakan, "Kami datang umpama pesakit, dan yang di atas seperti doktor, doktor pakar, jesteru itu, saya berharap Doktor dengarlah kata pesakit, kalau nak jadi Doktor Pakar, kene dengar dan tahu masalah peskit, baru laa boleh jadi Doktor Pakar"....

Masalah yang begitu banyak di utarakan diharap dapat di olah dengan baik oleh MT, masalah dasar kerajaan yang telah di ubah tanpa memikirkan kepentingan orang melayu perlu diperbaiki. Seperti masalah Meritokrasi dan masalah pendidikan anak-anak melayu yang kita berkongsi dengan bangsa-bangsa lain, yang mana, sebelum ini tidak ada desakkan oleh kaum lain, ini di adakan hanya ingin mendapat nama dan dipikirkan logik untuk meningkatkan kewibawaan anak-anak melayu, tetapi, sedarkah apabila mereka ini membuka kepada anak bangsa lain, mereka telah mensia-siakan anak bangsa mereka sendiri.

UMNO memerlukan pemimpin yang paham dan sedar akan perjuangan UMNO dan juga dasar-dasar yang dibuat dulu demi memelihara kepentingan orang Melayu. Janganlah orang Baru di dalam UMNO hanya memikirkan untuk membuat perubahan tanpa mengambil kira kenapa dan mengapa dasar itu dibuat.

MARA perlu memikirkan kenapa dan mengapa diwujudkan, UDA perlu balik kepada pangkal jalan, GLC perlu memikirkan bagaimana membantu anak-anak melayu mempunyai keupayaan untuk bersaing di dunia Global, jangan hanya memikirkan keuntungan, tanpa memikirkan dari mana asal usul kewujudanya.

Dengan harapan yang tinggi, resolusi ini akan dapat di kaji dan dilaksanakan demi untuk melihat anak bangsa terus releven di negara sendiri, jangan sampai Melayu di berikan Second Class citizen di negara sendiri.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...