Orang Cina Di Selangor akan mentakbir dari belakang dan MELAYU akan menjadi PAK TURUT di Tanah Sendiri.
Dengan perasaan yang MARAH dan KECEWA dengan tindakan KHALID yang telah menjual kepentingan KUASA Melayu kepada ORANG Cina bagi melantik Bukan Melayu sebagai Pengurus Besar di PKNS, saya melihat kita telah kehilangan HARTA yang bernilai Berbillion ringgit."
Petikan Dari Utusan ..
SHAH ALAM 28 Okt. – Pemuda UMNO Selangor merayu campur tangan Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran banyak tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kebelakangan ini dilihat semakin mengabaikan kepentingan orang Melayu.
Sehubungan itu, satu memorandum akan diserahkan kepada baginda dalam beberapa hari lagi bagi menilai semula pelantikan Abdul Khalid yang menerajui kerajaan campuran di Selangor mulai 13 Mac lalu.
Ketuanya, Abdul Shukur Idrus (gambar) berkata, antara tindakan Abdul Khalid yang dilihat mengetepikan kaum Melayu termasuk melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.
Pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan berasingan kepada Abdul Khalid berhubung pelantikan Siew Moi itu.
“Rata-rata kepimpinan Pemuda UMNO Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional merasa kecewa dan sedih dengan tindakan kerajaan negeri hari ini yang dirasakan semakin tertekan untuk meraih sokongan kaum- kaum lain hingga Menteri Besar sanggup menggadaikan maruah bangsanya sendiri.
“Tindakan itu juga memecah tradisi kepimpinan PKNS sebelum ini diterajui bumiputera, apa yang dilakukan itu seolah-olah menutup ruang dan memperkecilkan pengalaman dan kredibiliti pegawai-pegawai berketurunan Melayu.
“Golongan bumiputera kini dilihat seolah-olah langsung tidak berkelayakan memegang jawatan itu sedangkan ramai sedia maklum PKNS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” katanya di sini hari ini.
Semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya, sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.
Ekoran itu, enam persatuan kakitangan PKNS hari ini menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.
Dalam pada itu, Abdul Shukur berkata, Pemuda UMNO negeri juga mempersoalkan jangka masa pelantikan selama setahun yang disifatkan sebagai tidak rasional dan ‘main-main’ tanpa mengambil kira kemampuan Siew Moi untuk memajukan PKNS dalam tempoh yang singkat itu.
“Kami rasakan tiada apa yang terbaik boleh dilakukan dalam tempoh singkat itu, macam satu keputusan terdesak dan tidak serius atau sekadar tangkap muat tanpa memikirkan PKNS memerlukan ketua yang bijak merancang kemajuan dan kecemerlangannya secara berterusan,” ujarnya.
6 comments:
Apa nak buat.Org Melayu juga sepatutnya dipersalahkan dlm hal sebegini.
Bukannya tak ada Adun Melayu dari PKR atau PAS dlm pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Apakah sebenarnya yg diperjuangkan oleh mereka-meraka ini?
Pangkat atau sememangnya untuk menjatuhkan Kerajaan pimpinan org UMNO?
Sanggup menjual maruah bangsa demi kepentingan peribadi.
Jadikan ini satu iktibar kepada org-org Melayu terutamanya ahli-ahli UMNO.
Maruah dan harga diri lebih penting daripada kepentingan peribadi.
TERBARU:Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.
Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.
APA ORG UMNO BUAT??
SIBUK DGN PEMILIHAN HINGGA LUPA TANGGUNGJAWAP UTK MEMPERTAHANKAN HAK2 ORG MELAYU.
LEPAS SATU ISU KE SATU ISU YG LAIN.
MERAKA NI TIDAK LAGI MENGHORMATI LAGI ORG MELAYU.
Komen sket pasal DS Naib nak hapuskan DEB??
Jangan cerita la pasal perjuangan MElayu kalo tak berani nak lawan boss!!
Perjuangan utk duit poket ko bolehlah!!
Saya tak ada apa2 kepentingan dlm politik.Tempoh hari dlm pemilihan saya tidak terpilih.Nama kecewa tak ada langsung cuma saya ralat tidak dapat lagi membantu Pemuda diperingkat Bhg.
Ini bulan soal tidak mahu lawan boss.Kita diakar umbi hanya mampu utk meluahkan perasaan.Org atasan seperti Ketua Pemuda atau Ketua Bahagian akan membawa perkara ini keatas.
Soal DEB itu.Kenapa kita perlu kekalkan?Sbb utama Melayu masih ketinggalan.Saudara MR pernah terfikir tak? kalau kita sendiri tidak mahu membantu diri utk maju.Jgn harapkan semua kpd kerajaan.Cth:Kita telah diberi sebiji kek.Kek dipotongkan.Tak nak makan pun kena disuapkan pulak.
Kaum India.Meraka ada target.Setiap keluarga yg ada anak,target mereka.mesti ada Peguam,Doktor dan Jurutera.
Kita org Melayu bukan semua ye.Anak ponteng sekolah pun tak heran.Meraka tahu anak ponteng pergi ke cyber cafe.Siapa yg perlu betul kan siapa.
Kalau saudara MR ckp saya perjuangkan utk duit poket sendiri.Salah tu. Saya sekarang selesa dgn kerjaya saya.Saya bersyukur dgn apa yg saya ada.Insyaallah bila ada rezeki lebih.Saya ingin berniaga sendiri.
Jadi, apa bezanya kenyataan DS Najib dengan kenyataan Lim Guan Eng?
DS Najib ingin menghapuskan DEB secara beransur-ansur manakala Lim GUan Eng ingin DEB dikaji semula ...
Tapi, UMNO Pulau Pinang sibuk buat demo bila Guan Eng sentuh pasal DEB. Tapi tak de pulak bahagian UMNO lain yg buat demo bila DS Najib kata nak hapuskan DEB?
Kalo betul2 nak bela nasib Melayu mesti berani. Tak kira lah kalo terpaksa lawan boss sekalipun!
Bayangkan kalo tetiba DS Anwar yg cakap supaya DEB dihapuskan secara beransur2?
Dah sah2 pencacai UMNO ni semua buat demo konon2 nak bela nasib Melayu!
Itulah yang paling saya tak faham tentang orang2 UMNO. Dah banyak kali ... kenyataan yang lebih kurang sama dikeluarkan ...
Tapi kalo ianya dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, semua setuju tanda sokong.
Tapi bila keluar dari mulut pembangkang, melenting konon2 nak bela nasib Melayu ...
syarikat bumiputera di Pulau PInang, baru2 ini megeluh di dalam berita mengatakan mereka tidak lagi mendapat kontrak/tender dari kerajaan negeri.syarikat bumiputera di PP kini hanyalah bergantung kepada kontrak/tender dari kerajaan pusat.
inilah kesan yang saya merasakan amat besar dan menjejaskan periuk nasi orang melayu kita apabila parti yang dipegang oleh bukan bumiputera berkuasa.harap sahabat saya yang dari berlainan parti dapat memikirkan hal ini.
saya tidak pasti adakah 'tender terbuka' seperti yang dicadangkan oleh lim guan eng sudah dilaksanakan di PP ataupun tidak, yang pasti ialah kesan nya pada syarikat bumiputera.fikir2 kan lah..
Post a Comment