Sunday, November 09, 2008

Jangan Tabur Racun Di dalam Pemuda!

Salam Pembaca sekalian, terutama di Seputeh.

Saya amat kecewa dengan tindakan "Penulis Hantu" yang telah memberi komen di Wilayahkini. Tindakan penulis-penulis yang tidak menggunakan nama sendiri dan tidak gentleman ini telah menghilangkan keharmonian di Seputeh.

Kita telah berkempen tanpa menyentuh hal Pribadi dan perkara ini adalah ketetapan diantara calon-calon yang bertanding. Alhamdullilah ianya sampai ke hujung dan tidak kedenganran bunyi-bunyi menyentuh hal peribadi.

Kenapa perlu kita mempersoalkan perkara-perkara yang sendiri kita tidak tahu? Kenapa perlu kita pecahkan lagi penyatuan diantara kita.

Untuk kita mentakbir satu kumpulan yang besar memang ada permasalahan yang timbul, tetapi ianya boleh di bawa berbincang dan bukannya menjadi orang yang "Membaling batu sembunyi tangan".

Penulis tersebut sanggup menuduh dan menulis dan mengaibkan orang, saya percaya orang ini merupakan seorang yang tidak bermoral. Orang ini membuat tuduhan yang melulu dan tidak mengetahui apakah akibat daripada menulisan beliau.

Jadilah seorang yang bertanggunjawab, janganlah kita mengaggap seseorang itu buruk dan mengangap diri kita baik, sekiranya kita membuka aib orang, jangan kita takut pula ALLAH membuka Aib kita.

Kamal Azman Damiri adalah Ketua Pemuda Seputeh, dan beliau telah berkhidmat semenjak umur 18 tahun lagi, jasa dan tenaga yang di abdikan didalam perjuangan UMNO tidak boleh dipertikaikan.

Masalah yang dihadapi oleh kita sekarang, selalu menoleh kebelakang, dan selalu melihat kerosakan dan kekurangan orang, tidak pernah kita melihat kebaikkan dan pengorbanan sesorang.

Jadi, saya nasihatkan, kita pikirkan kehadapan, dan jangan kita menabur racun didalam Pergerakkan Seputeh. Orang Melayu sudah masanya bergerak kehadapan dan tidak memikirkan perkara yang boleh membantutkan Pembanggunan Sosial Orang Melayu.

Marilah kita berfikir sejenak dan memikirkan apakah yang akan kita lakukan di masa hadapan, buangkanlah sifat yang membenci diantara kita.

Wasalam ...

4 comments:

Anonymous said...

kerana tiada moral lah 'penulis hantu' bersikap begini. jika mereka ini benar faham apa yang perlu di berikan perhatian di Seputeh, mereka2 ini tidak akan mengutuk dan memburuk2 kan orang lain..yang sepatutnya ialah cuba memberikan idea dan cadangan yang bernas agar kita sama2 dapat membangunkan Seputeh. tapi biasa lah..memang ada segelintir orang melayu kita. 'yang jatuh lagi dikutuk, yang naik disanjung2'.

Anonymous said...

cube lah utk memilih menjadikan diri kita semua menyumbang kpd sesuatu yg baik, menegur cara berhemah, bicara cara sopan & memberi cara beradab. dlm keadaan politik yg makin berani dicemari ini, saya menyeru pd semua ahli sayap2 & pergerakan UMNO semua agar kita kembali bersatu dlm memperkasakan parti agar kita dihormati.

Anonymous said...

salam,

saya amat bersetuju dgn auraputih.
inilah yg dikatakan apabila terlalu mengikutkan nafsu hati yg marah semua yg keluar bukannya dtg dari hati yg luhur dan suci.kalau kita bercakap ikut akal tidak akan keluar ayat kutuk-mengutuk atau memburuk-burukkan sesama kita.saya percaya pemuda2 seputeh semuanya bijak2 cuma terkadang "tergelincir". Disini kita semua perlu memainkan peranan utk saling ingat-mengingati bukan niat utk mengajar.marilah kita bersama-sama terus ke hadapan agar pemuda seputeh dikenali sebagai pemuda yg berhemah,tinggi budi pekerti bukan sebaliknya.

P/s gerakkan hati,hati gerakkan
pandanglah aku, akulah dia

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Berharap saudara Razlan bersabar dengan tindakan pengulas-pengulas "jahanam" di Wilayahkini. Pemuda IKS di Bahagian Batu pun menerima tamparan yang sama di Wilayahkini.

Dah elok Wilayahkini tu jadi tempat tukar-tukar pendapat dan pandangan, datang kutu-kutu babi nih, jadikan tempat kutuk orang. Yang paling bes, semua penakut! Bacul! Goyang nak letak name. Dah la tabur fitnah pada kaum sendiri, ini imej org Melayu yang sepatutnye semakin hari semakin educated? Barai sial.

Cerite terbaru, ade mangkuk hayun mane ntah, die senaraikan nama-nama Ketua Pemuda Cwgn, die kutuk sorg-sorg. Lgsg Pemuda Bhg Batu buat repot polis. Masak la mamat yang buat tu. Dapat trace IP die, bungkus!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...