Tuesday, November 25, 2008

Arak : Pas Tak Setuju .. DAP Setuju .. PKR Pening

*** UPDATE : PAS Akan Membatalkan ISU penjualan ARAK ... Kuasa Jahat Menang.. (Klik disini)

Arak adalah haram bagi Agama Islam. PAS yang memperjuangkan Islam sudah tentu akan mengharamkan penjualan yang berleluasa di Selangor. PKR yang mana ramai YB nya merupakan peniaga Kelab Malam pening kerana UMUM sudah tahu yang YB PKR ada yang merupakan toukeh kepada rumah pelacuran dan pusat hiburan.

Saya percaya, akan datang seorang yang akan meneutraliskan perkara ini, beliau akan menjadi orang tengah dan akan menghalalkan perkara yang diharamkan, sekali lagi PAS akan dipersimpangan, diantara memperjuangkan Agama ataupun Kuasa dunia.

Anwar akan datang dan meredakan keadaan ini dan akan menjanjikan yang pembentukan kerajaan PR sudah hampir. Beliau akan meminta PAS, DAP dan PKR bertolak ansur dan jangan membangkitkan isu ini dan jangan sampai bergaduh sesama sendiri.

Sekali lagi dilihat, PAS tidak akan mempertahankan perkara ini. Mereka akan mengambil sikap tolak ansur, disini rakyat boleh melihat, bagaimana untuk memperjuangkan sebuah negara ISLAM apabila perkara sekecil inipun PR tidak boleh duduk dimeja dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

DAP akan menadi jurucakap PKR, mereka akan menekan PAS dan juga akan memperjuangkan BANGSA KAFIR, mereka akan menekan orang Islam agar mengikut telunjuk orang kafir.

Anwar yang kemaruk kuasa pula akan menjual semua prinsip hidup dan bertolak ansur dengan PKR dan DAP agar menahan PAS dari menjalankan kempen pengharaman penjualan arak ini.

Diakhirnya, isu ini akan dimenangi oleh orang KAFIR, dan sekali lagi negara Melayu akan kalah dengan kuasa jahat Anwar Ibrahim.

6 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Pemuda IKS berharap rakyat Malaysia, khususnya di Selangor akan menyedari kepincangan pengurusan dan pentadbiran pihak pembangkang. Inilah masanya untuk UMNO tampil dan menegakkan kebenaran.

Pemuda IKS juga ingin menunjukkan sokongan yang padu pada barisan kepimpinan Pemuda Seputeh yang telah ditubuhkan untuk penggal ini. Berharap perjuangan kita diberkati Allah s.w.t. Akhir kata, selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

BIRO PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT said...

Salam Perjuangan....
sekadar untuk memaklumkan Blog Pergerakan Pemuda UMNO Setiawangsa (pemuda118.blogspot.com) & (pemuda118@gmail.com)

Anonymous said...

Razlan,

apa mimpi kamu jadi ketua pemuda tapi fikiran dan cetusan idea kamu jauh di tahap bangang.

Jangan bicara tentang agama sedangkan parti kamu sendiri masih meletakkan agama di tahap tidak ketentuan.

Jgn bicara agama dalam konteks yg besar, mari kita hujah dlm konteks pemuda dah memadai.

Apa yg UMNO lakukan utk banteras gejala moral di kalangan remaja islam?

Apa yang UMNO lakukan utk membendung anak-anak muda yg bergilir-gilir, saban minggu meneguk arak di disco sekitar kuala lumpur?

Apa yg umno lakukan untuk banteras maksiat berleluasa di kalangan anak-anak muda. Skrg ni nak cari awek 'virgin' dah susah, bertudung belum tentu suci.

Jawab razlan, ketua pemuda seputeh, Jawab!! jangan mudah menuding jari, apa yag kamu boleh lakukan atas kapasiti kamu hari ini utk selesaikan masalah di atas ni?

Apa yg boleh ketua pemuda seputeh lakukan? takdak..!! illekk..!! satu apa pun kamu tak boleh lakukan.

Sebaliknya...Ketua Pemuda Seputeh ini hanya retorik bicara tentang Melayu dan Agama sedangkan intipati perjuangannya masih tunggang - langgang.

Jgn retorik la Ketua Pemuda Seputeh.

Razlan said...

Salam Pemuda Islam Tanpa Parti...

Terima Kasih kerana mengingatkan tentang perjuangan ISLAM yang mana sepatutnya Tanggunjawab ini kita sebagai ISLAM kene berkerja bersama-sama ...

Insyallah kami ada menyusun aktiviti yang akan menarik kembali generasi muda ke dalam masyarakat.

tetapi yang paling penting, kita sebagai orang ISLAM .. perlu lah berani menegur apa yang tidak betul di depan mata kita ..

Dan lagi satu .. kita sebagai orang ISLAM, tidak perlulah kita menggunakan ayat yang memaki hamun untuk menegur .. Kenapa kita hilang adap hanya kerana kita tidak sehaluan didalam sesuatu perkara..

Saya maafkan saudara kerana memaki saya, dan saya harap saudara dapat bersama-sama kami didalam membetulkan generasi muda ISLAM yang telah ramai lari dari adat resam dan AGAMA ISLAM...

Insyallah .. kita akan berkerja bersama-sama...

Anonymous said...

Saya bersetuju dgn saudara Razlan,kita mesti bekerja sama untuk apa yang dihajatkan oleh saudara Pemuda Islam tanpa Parti(PITP).

Apa yg PITP kata adalah benar.Mmg tidak dapat dinafikan.

Ianya bukan tanggungjawap UMNO semata-mata,ianya adalah tanggungjawap kita sesama Islam.

Pemuda Seputeh telah memberi peluang kepada saudara Razlan untuk memimpin mereka.

Jika beliau tidak menunjukan prestasi terbaik maknanya,pemilihan akan datang beliau Pemuda Seputeh tidak perlu lagi beliau sebagai Ketua Pemuda.

Saya sendiri akan kempen untuk calonkan orang lain jika beliau mengabaikan Pemuda Seputeh.

Beliau masih baru,kita bagi dia peluang untuk berbulan madu sebagai Ketua Pemuda Bahagian.

Selepas bulan Mac 2009,pastikan saudara Razlan bekerja keras untuk merealisasikan apa yang saudara Razlan janjikan semasa musim pemilihan Pemuda Bahagian.


http://shamanuar.blogspot.com/

Anonymous said...

alangkah malunya saya apabila saudara seislam saya yang mana di dalam nickname nya terdapat perkataan islam, tetapi tidak menggamnbarkan islam sebaiknya dalam membuat teguran.
pada pandangan saya, dalam hal ini kita semua seharusnya memainkan peranan dalam membenteras gejala sebegini.bukannya UMNO atau PAS, tetapi adalah peranan setiap orang yang mengaku islam.tidak kira lah dari mana dia datang sekalipun atau parti mana yang dia wakili.
jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti sedikit sebanyak gejala sosial yang melanda anak muda dan remaja kita akan pasti dapat di kurangkan.InsyaAllah.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...