Tuesday, November 11, 2008

Memilih Panglima Perang UMNO Untuk PRU13

"Disiarkan di laman Web Pemuda Malaysia"

Permilihan kali ini adalah penting didalam perjuangan sebenar UMNO. Pada hari ini juga kita melihat calon-calon begitu agresif untuk bekerja di seluruh pelusuk negara bagi memastikan mendapat pencalonan.

Kerja kempen yang dijalankan oleh setiap calon perlu dilihat dari segi positif.

Pemuda sudah tidak boleh retorik, Pemuda tidak boleh lagi mentakbir menggunakan “remote”, Pemuda mesti mengenali akar umbi dan mesti mengetahui permasalahan akar umbi.

Pada penggal ini, pemimpin yang dipilih merupakan Panglima perang bagi UMNO untuk PRU13 nanti. Sekiranya Panglima perang tidak mengetahui apakah masalah sebenar golongan muda, UMNO akan menghadapi masalah yang besar di dalam PRU13.

Panglima perang sudah semestinya memerlukan tentera yang boleh berjuang dan bekerja di bawah satu nada dan arahan.

Dengan penawaran lebih dari 100 orang yang inginkan jawatan EXCO pusat, ini memberikan perwakilan boleh memilih tentera yang boleh menjalankan tanggugnjawab dan menerima arahan dari Panglima perang.

Permilihan kali ini merupakan satu tanggunjawab yang besar, oleh itu, para perwakilan sepatutnya memainkan peranan yang penting bagi menentukan Tentera dan Panglima dipilih bedasarkan perjuangan yang akan dibawa.

Wang ringgit kali ini tidak boleh diambil kira untuk kita memilih pemimpin, sekiranya golongan muda masih lagi memilih pemimpin hanya berdasarkan wang ringgit, nescaya kita tidak akan memperolehi Panglima perang yang kuat dan membela UMNO pada PRU13.

Pencarian Panglima perang UMNO mesti dilihat dari segala sudut, dan yang paling penting, panglima itu mestilah mempunyai idea bagaimana untuk manarik kembali golongan muda.

Jalankanlah tanggunjawab sebagai perwakilan sebaik mungkin, satu undi anda akan menentukan nasib UMNO akan datang.

Mohd Razlan. (razlans.blogspot.com)

3 comments:

Pemuda IKS said...

Misi Pemuda IKS:
Memperjuangkan agenda serta pelan tindakan UMNO Bahagian Batu untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu dari pihak PKR.

Visi Pemuda IKS:
Menerapkan budaya ilmuwan, meningkatkan ekonomi, memantapkan pendidikan, menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu serta mempertahankan hak dan tanah orang-orang Melayu di Parlimen Batu.

Ayuh Pemuda, bangunlah!
Cepat pesat dan majukan negerimu!
Marilah kita menunaikannya!
Moga peroleh kejayaan!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Anuar @ Sham Shariff said...

Assalamualaikum,

Sememang nya benar dan bernas apa yang dikatakan oleh Saudara Razlan.
Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ibarat memilih Panglima Perang untuk PRU13.
Kerana golongan-golongan umur Pemuda yang ramai mengundi pembangkang semasa PRU yang lepas.
Tetapi masalah yang paling besar didalam Pemilihan pucuk pimpinan baik di peringkat cawangan dan bahagian,wang ringgit menjadi agenda utama kepada perwakilan.
Politik wang pada pendapat saya adalah amat menjijik kan.
Zaman sudah berubah.Pemimpin yang menawarkan diri untuk memimpin perlu membayar untuk terpilih menjadi Ketua.Menawarkan khidmat untuk berkhidmat kepada pemuda tetapi terpaksa menawarkan wang ringgit.
Jika ini masih berlaku,harapan untuk pemuda menjadi panglima perang yang benar-benar berkesan amatlah tipis.
Sekian buat masa ini komen saya.

Wassalam

piut panglima kasim said...

pemuda batu dah state out misi & visi. harap pemuda seputeh bleh set up wawasan, tujuan, misi , visi & isi untuk UMNO kembali gagah

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea

Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA...