Kekalahan adalah adat pertandingan, diantara 3 calon, sudah pasti 2 akan kalah, diantara 65 calon sudah pasti 45 yang kalah. Jesteru itu, anggaplah ianya suatu kuasa Allah yang menentukan, dan kita sebagai manusia hanya sekadar boleh merangcang.
Agenda penyatuan dan kembalikan kepercayaan rakyat perlu kita realitikan. Semua yang bertanding mengikut kem-kem yang berbeza-beza perlu akur dan terima ianya sebagai suatu yang ketentuan olehNYA. Inyallah sekiranya diberkati, akan kita diangkat ke tempat yang sepatutnya.

Sekiranya nama kita telah di tulis di Luh Mahfus, percayalah ianya akan menjadi kenyataan dan sebagai seorang hamba Allah, kita hanya perlu berusaha kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita perolehi.
Saya menerima kekalahan ini degan hati yang terbuka, dan saya menyeru juga semua sahabat yang diluar parti dan juga didalam parti untuk menerima dan MESTI kita rapatkan saf kita untuk berperang musuh yang lebih besar, iaitu Pakatan Rakyat.
Musuh orang Melayu dan si Kitol ini perlu kita nyahkan dari arena politik negara. PAS yang bersekongkol dengan DAP perlu kita goyangkan agar orang Melayu didalam PAS sedar dan insaf akan bahana yang akan di berikan oleh Allah sekiranya kita bersengkonkol dengan orang Kafir yang Menghina Agama Islam.
Marilah kita bersama-sama berkerja dan kembalikan keyakinan rakya kepada UMNO, kepada Pemuda UMNO. Kita sebagai Pemuda perlu mempertahankan Institusi ini dengan sebaiknya. Itu merupakan ikrar Calon-calon Ketua Pemuda, dan jadikan ianya realiti.
Bersatulah Kembali.