Tuesday, April 14, 2009

Eli oh eli dah bukak pun jadi EXCO.

Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak serupa bikin.

Dalam kenyataan MB Selangor, beliau menyatakan PKR memandang serius tentang isu moral dan ternyata tidak ada kenyataan bersalah yang disabitkan terhadap Elizibert.

MB macam tidak mengakui gambar bogel itu bukannya dari Elizibert dan seorang lelaki Muslim.

MB macam tidak mahu mengakui permainan diantara Eli dan lelaki muslim itu merupakan satu isu Moral.

Inilah kerajaan PKR, walaupun mendapati ADUN mereka telah melakukan kesalahan tetapi tidak akan mengakuinya dan akan dipertahankan. Dan perkara ini, umum tahu kenapa.

Ianya adalah kerana Eli merupakan pemegang Amanah dan pemegang Dana seperti yang dilaporkan didalam Cyber.

Eli merupakan orang tengah yang mencari dana dan mendapatkan dana diantara PKR dan Soros. Sekiranya Eli tidak ada lagi dialam Kerajaan, mereka takut duit dan dana ini tidak lagi akan digunakan untuk membiayai PKR.

Bayangkan bagaimana moral dan sosial rakyat Malaysia sekiranya PKR memerintah. Semuanya boleh agaknya, Muslim, Cina, India sudah boleh nak buat perkara-perkara sulit-sulit sekiranya mahu.

Sekiranya mereka memerintah, isu seperti ini kemungkinan akan diHALALkan oleh mereka dan yang jadilah negara kita seperti Amerika dan Yahudi.

Agama sudah tidak akan menjadi satu peraturan lagi. Dan kebebasan untuk sesiapa untuk bersekedudukan diantara satu sama lain sudah tidak perlu ditakuti lagi. Mungkin yang paling penting suka sama suka.

Inilah imeg sebenar PKR. Parti yang akan mengubah Malaysia kepada negara yang tidak mempunyai peratural Moral dan Sosial. Buatlah apa sahaja yang rakyat mahu dan anggalah ianya tidak bersalah dan tidak mungkin suatu hari nanti sekiranya PKR memerintah.

Sekiranya ADUN di HALALkan bersekedudukan dengan Seorang Muslim. Apa yang nak dikata lagi oleh PKR.

Kalau Melayu PAS masih tidak Sedar... mereka pun serupa dengan PKR.

Bertaubatlah...

10 comments:

Apache said...

I.S.A kan je..membahayakan keselamatan negera nih...

Generasi Muda Tikam Batu said...

Macam bapa borek, anak rintik la.

Anonymous said...

Isu berkenaan moral > hehe ;p
jgn nak delete lak posting nih ye > jika delete maka UMNO atau saudara sendiri masih tidak mampu untuk menerima teguran ... diwar-warkan UMNO inginkan perubahan, makanya teguran dari bawahan perlulah diterima dgn hati ikhlas, kerana teguran ini ikhlas datang dari ahli yg ingin melihat UMNO maju dan berubah.

ADA POSTING SAYA DAHULU KENA DELETE.

Baiklah ... berkenaan isu main,suka sama suka n gambar bogel yg dikatakan moral (seperti statement diatas)

* Kalau MB Sel. nak akui isu moral ini maka perlu jugak kita UMNO akui isu moral bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah ... ini terjadi dikalangan ahli UMNO juga, malah beliau pernah memegang tampuk pimpinan UMNO satu ketika dulu.Tak perlu disebutkan siapa malah KP sendiri tahu (KANG KENA DELETE LAK)

Mengenai isu moral dan sahsiah jika PKR pegang ...

* Perlulah kita pertimbangkan tentang moral ditika UMNO masih memegang tampuk - statement diatas umpama bidalan "menepuk air di dulang, akhirnya terkena muka sendiri"

* Apakah hebat sangat marol kita (UMNO/KERAJAAN) ketika kita menyatakan bahawa seseorang itu bila memerintah akan ade isu moral... seperti statement saya "tepuk air didulang kena muka sendiri"

* Bagaimana pula ceritanya berkenaan isu moral politik wang, ini juga berkait ngan dosa pahala dalam ISLAM.

* Ape statement KP tentang undi tak percaya untuk Ali Rustam - bukankah ini isu moral jugak ?

Mengenai statement PAS perlu sedar ... kenalan saya didalam PAS menyifatkan > mereka (PAS) sentiasa sedar dan sentiasa mementingkan kalau berkait rapat dengan isu MORAL, DOSA dan PAHALA.

Persoalannya > adakah kita sedar ?

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan Sahabat,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Pemuda UMNO Bhg Seputeh dan En. Razlan dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan yang juga Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

Sekian,

HIDUP UMNO. HIDUP BN...

Ikhlas dari,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

D'Rimba said...

Majulah Islam untuk negara.........

Anonymous said...

pekabo lan,
firstly tahniah atas kemenangan ketua pemuda tempoh hari.tapi berdasarkan pengamatan aku sebagai orang yang terlibat dalam politik ko ada ketokohan untuk mengemudi pemuda seputeh.bakat ko diharapkan untuk membawa pemuda seputeh menjadi tiang dan seterusnya menjadi benteng kepada umno bahagian seputeh.diharapkan kejayaan mengiringi ko dalam memperjuangkan bangsa,agama seterusnya mendapatkan kembali kemenangan kita dalam pru akan datang,tahniah lan.

Razlan said...

Salam Pemberi komen ..

Revolusi Tentera Sabil...

Saudara macam setuju dan tidak merasakan bersalah apa yang telah Eli buat.

Dan saudara seumpama merestui yang bersekedudukan dengan muslim itu dibenarkan oleh saudara.

BN hari ini telah banyak menerima hakikat dan mengenekan tindakan sekiranya terdapat ahlii kabinet yang melakukan kesalahan moral, sebagai contoh Menteri Kesihatan yang lepas.

Tapi saudara memberi komen macam UMNO tidak buat apa-apa terhadap mereka yang salah.

Kita perlu mengakui, untuk kita mencorakkan sebuah masayarakat, memerlukan barisan kabinet yang bersih dan telus, BN telah melakukan nya dengan cara yang terbaik. Sekiranya terdapat perkara yang bukan benar sebenar-benarnya, bagaimana BN hendak mengambil tindakan !

Saya rasa saudara tidak memperdulikan apa yang akan terjadi kepada sosial dan moral masyarakat, dan saudara seorang yang sudah jumud pemikiranya sehinggakan sanggup mengalihkan pandangan dan secara terus menyokong Eli bersekedudukan dengan Seorang Muslim.

Saya mengajak saudara bertaubat, dan jadi lah seorang positif.. bukanya tergolong dengan orang-orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengejar Jawatan dan Imbuhan.

Saudara juga bertanggunjawab untuk memberi penerangan kepada Masyarakat sekiranya perkara itu Salah dan ianya mengadai maruah dan agama.

Dan lagi satu, janganlah kita menjadi seorang yang Mendapat Dosa Kering oleh disebabkan DENGAR-DENGAR cakap orang.

Tuduhlah sekiranya ianya terjadi di depan mata saudara ataupun tertuduh sudah mengakuinya secara Terang dan Jelas.

Insaflah ...

Anonymous said...

firstly > saya tak setuju mahupun merestui perkara yg merosakkan aqidah dan pegangan Islam... baik Eli, mahupun sesiapa !!! Dalam N luar UMNO. Sila baca balik posting saya !!!

Nak suruh orang baik, kita kena baik dulu ... leads by example.
Panjang statement saya < sebenarnya itu saja isinya.

Statement saya diatas terang dan jelas bahawa saya tidak menyebelahi mana2 pihak UMNO atau PR.

Saya cuma mementingkan kenyataan fakta ... kalau kita (UMNO) asyik nak pin-point kan seseorang walhal 4 jari masih menudingkan diri sendiri, baik berhujah dengan budak kecil.

Saya declare saya seorang ahli UMNO - golongan pemuda. Saya dan juga ratusan ribu orang seperti saya bukanlah jenis pemuda dahulu kala.

Pemuda atau orang2 dahulu = dia akan makan dengan hidangan yang disediakan,tanpa menyoalbalik.
Samalah juga dengan golongan Fanatic dan jikalau golongan Fanatic ini didatangkan malaikat dari langit sekalipun >>> mereka tetap akan menyatakan ketuanya betul 100%.

Saya dan ramai lagi golongan generasi muda baru diluar sana akan mempersoalkan ... betul tak itu???, mana pergi benda ini???, kenapa korang buat begitu???... dan kalau lah diberikan jawapan sekalipun ... jawapan itu takkan terus kami anggukkan,kami akan still membuat penilaian...DANNN

GOLONGAN KAMI LAH YANG PERLU UMNO TACKLE !!!

Persoalannya, dengan cara ape untuk mengajak kembali pemuda seperti kami berganding <<< persoalan ini yang masih belum terjawab setelah 1 tahun lebih PRU berlalu.

Golongan kami berpendidikan,alam dah terbuka luas untuk kami cari jawapan sendiri,kalau disuapkan pun kami takkan terima bulat bulat karana kami mempunyai pegangan dan prinsip sendiri ...

Persoalan kepada KP >
* Adakah KP golongan seperti kami yg belum mati hatinya,atau KP main agguk saja,walau perkara itu durjana.Ramai dikalangan UMNO seperti ini (yang old-timerlah /org tua-tua)pemuda ,... entah leee???

KP jadilah seperti Dato Mukhriz yang sanggup menghantar surat kepada bekas PM dan mengkritik secara terang2 kerana sesuatu kesalahan - ini kerana org seperti Mukhriz prinsipnya utuh,benar dikatakan benar salah tetap salah.

IM STILL UPSET WITH THE RESULT... APSAL MUKHRIZ KALAHHHHH ... biasalah, golongan kita yg bersalah (pemuda) ... tak baca buku,tak dengar berita, tak tgk TV n tak layari internet ... membabi buta jer undi ...entah2 undinya dibeli (huhu)

Razlan said...

Pertaman sekali,

Terima Kasih kepada sahabat Pemuda dan Sepejuangan...

Bagi pendapat saya, yang tidak betul memang tidak betul, hakikatnya, didalam dunia politik .. persepsi memainkan peranan penting...

Cuma, kita sebagai golongan bijak pandai, tidak perlu terpengaruh dengan fakta yang tidak betul.

Saya ingin berkongsi dengan saudara semasa saya berkempen semasa Pemuda Dahulu.

Kami berbangga dan mengucapkan syabas kepada Pemuda pada penggal ini kerana berjaya menolak Pemikiran politik sempit dimana selalu berkempen memburukkkan orang.

Alhamdulillah kami di Seputeh walau siapa pun yang menang yang utama kami telah berjaya membendung gejala ini.

Kami berjaya berkempen tanpa menggunakan hiburan, kami berjaya menghabiskan kempen tanpa kutuk mengutuk.

Jesteru itu, sekiranya kita inginkan perubahan, kita perlu bermula dengan langkah yang betul, langkah yang pertama akan mencorakkan langkah yang seribu.

Sekiranya kita melihat kemungkaran dan keburukkan didepan mata kita, kita wajib untuk menegahnya.

Saudara Sahabat Pemuda..

Sekiranya Datuk Mukriz boleh berbuat demikian, kita perlu mengucapkan tahniah dan sekiranya ianya betul dan perlu, saya juga mengucapkan syabas.

Tetapi, sekiranya semua buat macam Mukhriz, apa akan jadi dengan Organisasi UMNO. Kita mempunyai kerja dan tanggunjawab masing-masing.

Saya sebagai Pemimpin bawah, tidak perlu meninjolkan diri untuk perkara polulis.

Saya orang berkerja untuk parti, kita memerlukan orang yang fokus untuk mendidik anak muda dan merapatkan diri dengan mereka.

Pada 25hb ini, kami ada membuat program mesra bersama Pemuda di Sungai Congkak, dan insyallah akan mengumpulkan seramai 40 orang budak-budak muda.

Jadi, kita hari ini, lebih baik berhenti dari bercakap pasal keburukkan orang UMNO.

Sudah masanya, Pemimpin berkerja untuk UMNO, dan bukan untuk diri sendiri.

Ingatlah, Jawatan bukan untuk bermegah, tetapi Jawatan merupakan satu Tanggunjawab.

Anonymous said...

yes bro ...

gejala kempen buruk-memburukkan orang lain sudah tak guna lagi ...

zaman dah pun berubah, orang dah makin bijak (pemudalaaa) ...

tapi BAHAGIAN saya tak pasti lagi tahap kebijakan perwakilannya memilih...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...