
Wujudnya media maya membolehkan semua manusia yang menulis dianggap wartawan dan juga editor, dimana seseorang individu boleh berkongsi dengan masyaratkat pandangan dan pendapat dari apa sahaja sudut.
Wujudnya media baru juga merupakan satu yang membimbangkan(Tun Dr Mahathir), mana tidaknya, sebelum ini semua media yang terhidang didepan mata sudah di EDIT untuk membolehkan pembacanya dibawa ke satu arah yang positif.
Sekarang, semua bahan bacaan yang dihidangkan kepada bacaan umum tidak perlu lesen ataupun KDN megawasinya, dan terpengaruh seseorang itu terhadap bahan yang ditulis bergantung kepada tahap kecenderungan pembaca itu.
Malang bagi Kerajaan Malaysia hari ini adalah kerana tindakan yang lambat untuk menguasai media baru ini, ianya telah memberi peluang kepada pihak pembangkang menguasai medan maya.
Sehingga hari ini Kerajaan Malaysia masih lagi tidak mempunyai Media Berita Maya yang betul-betul memihak kepada kerajaan dan berpengaruh, jesteru itu, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan dan hidangan pemikiran mereka lebih kepada bahan yang menghentam kerajaan (seperti Malaysikini).
Pemberita maya hari ini seharusnya mempunyai tanggunjawab untuk menghidangkan bahan yang baik-baik, kita semua bertanggunjawab didalam membina satu tamadun yang lebih baik dari masa ke semasa, malangnya ada segelintir pihak yang berpengaruh menggunakan media maya membawa dan mengajar masyarakat Malaysia kearah yang negatif dan extrimis, ada juga yang sanggup menjual maruah negara ke luar negara semata-mata mahukan pengaruh dan nama di kenali.
No comments:
Post a Comment