Thursday, May 07, 2009

Langsung tak bertamadun ....

7hb Mei 2009 - Kita mengucapkan tahniah kepada semua barisan ADUN BN dan Bebas di Perak kerana dapat mengawal emosi dan perasaan semasa sidang DUN Perak yang penuh EMOSI sebentar tadi.

Dan kita juga mengucapkan syabas kepada barisan ADUN PR yang bertindak sebagai MANUSIA yang tidak bertamadun. Tidak menghormati demokrasi dan langsung tidak malu.

Mereka menjerit dan melalak macam manusia yang hilang akal dan hilang kawalan didalam dewan, malu dan hina kita rasa sebagai rakyat Malaysia apabila melihat peristiwa ini, dahulu rakyat Malaysia selalu tertawakan Ahli Parlimen Taiwan yang sering bergaduh dan bertindak sebagai genster, tetapi, sekarang budaya tidak bertamadun ini telah dibawa oleh PR.

Banyangkan bagaimanakah keadaan Malaysia sekiranya budaya seperti ini yang dibawa, dan orang seperti ini yang memerintah Malaysia?

Malaysia yang dikenali sebagai Negara yang mempunyai rakyat yang lemah lembut dan penuh sopan dan budibahasa telah di tukar sekelip mata di mata dunia oleh disebabkan tindakan ADUN PR yang macam budak-budak dan manusia yang kurang akal.

Sudah pasti akhbar di seluruh dunia akan membawa berita ini di pelusuk dunia bagi memaparkan kejadian ini, lagi-lagi Agensi berita luar yang tidak senang dengan Malaysia dan pro Anwar.

Malu-malu, sudah pastinya Malaysia sudah dianggap seperti Taiwan, hilang sudah identiti yang lemah lembut dan sopan satun kita.

Apa lagi yang hendak digadaikan oleh Manusia PR ini?

3 comments:

Apache said...

ISA kan jek..senang cerita..kurang hajor

Anonymous said...

Siapa yg tak bertamadun ni??

Melantik Speaker dewan macam melantik Ketua Darjah???

Speaker Dewan diheret keluar betamadun ke tu?? Pakai undang2 apa ni?? Undang2 Rimba??

Ingat rakyat bodoh?? Zaman dulu boleh la kalo nak cover apa yg BN buat ...

Skang ni semua rakyat dah tahu ...

Macamana polis boleh masuk dewan?? Siapa yg tarik keluar Sivakumar sedangkan dah ada arahan mahkamah tak boleh dekati dewan 500 meter??

Sedarlah sket dari mimpi ... tulisan ko ni layak masuk bakul sampah!!

Anonymous said...

takya tangkap masuk ISA.
bubarkan DUN ... bagi rakyat tentukan siapa wakil mereka ... UMNO terang2 dakwa parti kuat bibawah Tok Jib ...

so jgn takut ... hidup UMNO bubar DUN.

jgn sampai kalah n then malu > ;p

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...