Tuesday, May 05, 2009
Inclusive.
Inclusive. itulah idaman dan arahan Perdana Menteri kepada Pemimpin UMNO, baik di peringkat tertinggi dan juga peringkat rendah.
Hari ini UMNO mesti merangkumi semua lapisan masyarakat, baik yang kaya, miskin, pandai, kurang pandai, golongan profersional, bukan profersional dan sebagainya.
Kenapakah YAB Perdana Menteri mendesak agar ianya menjadi kenyataan, adakah selama ini UMNO hanya untuk segolongan tertentu sahaja? Apakah yang disebabkan boleh terjadinya UMNO untuk golongan tertentu?
Beranikah MT membuka keahlian kepada semua orang Melayu, tidak mengira status mereka?
Beranikah Ketua-ketua cawangan membuka dan merelakan ahli yang tidak dikenali (dikawal) didalam cawangan mereka?
Saya percaya sekiranya kita tidak dapat meresapi dan menjiwai apakah sebabnya YAB mendesak agar UMNO perlu inclusive, kita akan menghadapai maslah yang paling besar pada PRU13 nanti.
UMNO perlu distrukturkan kembali, banyak cawangan yang diwujudkan mempunyai kepentingan politik, ada cawangan yang namanya diatas jalan, ada yang memakai lorong dan berbagai-bagai.
Semua ini wujud kerana agenda politik Ketua-ketua bahagian yang mahu mengekalkan kuasa, Cawangan sudah tidak realistik. Perlukah kita mengubahnya?
Perlukah keahlian UMNO hari ini mengikut kawasan alamat rasmi mereka? perlukah kita bubarkan cawangan-cawangan bunian ini?
Inilah sedikit sebanyak isu yang perlu ditangani oleh MT.
Inclusive kah UMNO sekiranya tidak mengubah dasar dan struktur Cawangan dan Keahlian UMNO?
Pandangan peribadi saya, sudah masanya kita menjadikan UMNO untuk orang MELAYU, jesteru itu, kemaskini semua cawangan, keahlian perlu terus tanpa mendapat kelulusan dari Ketua Cawangan dan pastikan keahlian mereka mengikut alamat.
Permudahkan kemasukkan Ahli, Fokus kepada penerapan Jati Diri dan kenalkan Perlembagaan parti sebaik sahaja ada ahli baru, sematkan semangat KEBANGSAAN dan CINTAKAN MELAYU kepada semua ahli, dan ONE MALAYSIA(supaya kita tidak lupa satu hari nanti UMNO untuk orang MELAYU).
sekadar pandangan ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
1 comment:
jangan buat minit belakang bonet kereta sudahla..jangan-jangan ada yang dah buat kot...
Post a Comment