Berikut adalah laporan lengkap polis yang telah dibuat oleh Pergerakaan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada 29 ogos jam 11am di
balai polis brickfields.
Berkenaan dengan Pengerusi DAP yang mempertikaikan arahan SULAN Selangor.
"Kita tidak memerlukan seorang rakyat Malaysia yang masih tidak mahu
belajar adat resam orang Islam, lebih-lebih lagi Beliau ini seorang
pemimpin masyarakat. Kalau sudah hanpir 53 tahun kita merdeka masih
lagi bodoh dan tidak mahu belajar, kami mendesak beliau keluar sahaja
dari malaysia"
"DAP, saya ingatkan jangan nak gunakan agama Islam untuk meraih
sokongan, jangan sesekali menggunakan agama islam sebagai alat kamu
untuk menagih undi dari orang Islam"
"Saya mendesak agar KDN dapat menyiasat perkara ini dengan lebih
dalam, sudah pastinya dengan laporan media, akan timbul perdebatan dan
pertengkaran di perata-rata kawasan oleh disebabkan ada puak-puak yang
akan mempertahankan tindakan dan menyokong tindakan MP Serdang ini,
oleh itu, kesalahan dan pencerobihan sudah dilakukan, berita pun sudah
dihebahkan, Maaf sahaja tidak cukup kerana kami orang islam sudah
terasa dihina dengan keji" - Mohd Razlan.
Laporan Polis :
Saya telah pada 28/8/2010 melayari internet dan telah membaca entri
laman Malaysian Insider di www.themalaysianinsider.com mengenai
perbuatatn YB Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dan berucap
di ruang sembahyang Surau Al-Huda di Serdang dan kenyataan Pengerusi
DAP Selangor Ean Yong Hian yang mempertikaikan tindakan Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching
diatas tindakan beliau berucap di ruang sembahyang surau tersebut.
Seperti sedia maklum, orang bukan Islam dikategorikan sama seperti
perempuan yang dalam keadaan hadas besar dan diharamkan untuk memasuki
ruang sembahyang di masjid-masjid atau surau-surau demi untuk menjaga
kebersihan dan kesucian tempat ibadat tersebut. Perbuatan YB Teo Nie
Ching ini jelas tidak menghormati adap tatasusila dan hukum Islam,
terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini, dengan memberi ucapan
dalam keadaan tidak menutup aurat dan bersih dari hadas besar, dimana
ianya boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.
Oleh yang demikian, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Seputeh, dengan ini membuat laporan ini supaya satu siasatan dilakukan
untuk menentukan sama ada tindakan YB Teo Nie Ching itu adalah sengaja
untuk mencetuskan kemarahan umat Islam dan sama ada ianya satu cubaan
untuk menghasut orang ramai kepada satu pertikaian agama
Laporan ini juga dibuat agar satu lagi siasatan dilakukan terhadap Ean
Yong Hian yang membuat kenyataan mempertikaikan tindakan MAIS memberi
amaran kepada YB Teo Nie Ching. Ini adalah kerana perbuatan beliau
dilihat sebagai cubaan untuk mempolitikan perkara tersebut yang mana
ianya boleh mencetuskan ketegangan aga ma
Kami melihat bahawasanya kedua-dua individu yang disebutkan diatas
telah melakukan pencerobohan hak-hak agama dan pencerobohan hak-hak
Raja-Raja Melayu yang melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
yang telah dijamin dibawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan
kami melihat terdapat juga unsur-unsur hasutan yang boleh menimbulkan
keadaan huru hara dan perbalahan agama diantara kaum Melayu dan umat
Islam dengan bangsa-bangsa lain.
Dengan laporan di atas, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Seputeh mengesa pihak polis melakukan siasatan dan membawa mereka yang
terlibat ke muka pengadilan.
Inilah laporan saya.
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
1 comment:
cik abang oi,hina masa bila?fatwa kebangsaan telah keluar pada mac 2010 bahawa kalau diberi kebenaran pihak masjid/surau,maka orang bukan islam boleh masuk.Lepas tu,mazhab shafie pulak kata benda yg sama,kalau dapat kebenaran tak menjadi masalah.pasal keadaan berhadas beasr pulak,tu untuk wanita islam sahaja la......yb tu bukan islam.tu la,lain kali jgn ponteng kelas fardhu ain......skrg nak tunjuk pandai...porah
Post a Comment