Thursday, December 09, 2010

Apa Istimewanya Namewee ?


Namewee, Nama yang terkenal kerana gelagat budak jahat yang menghina Negara dengan mengubal lagu Negarakuku pada suatu ketika dahulu.

Belum lagi habis isu itu dilupakan oleh masyarakat, beliau berkarya lagi dengan menghina TNB dan menghina Melayu dengan lirik “Melayu Balik hutan Jadi Sakai”.

Selepas itu, beliau membuat satu lagi video klip yang menghina Guru Besar dengan dengan perkataan-perkataan lucah.

Semua ini tidak terbukti perbuatan beliau suatu kesalahan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap beliau, dan terbaru, Menteri yang menjaga undang-undang memaklumkan tidak ada kes terhadap Namewee.

Semalam (9hb Disember 2010) beliau telah datang berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Budak ini telah dilayan ISTIMEWA sekali lagi apabila dapat melepasi Pengawal Parlimen tanpa mengikut protocol berpakaian di Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt Bulat tanpa tali leher dan memakai tutup kepala serupa dengan wajah RAPs beliau.

Pribadi yang suka mengutuk orang lain dan mengkritik kerajaan bukannya satu tiket membenarkan beliau melanggar peraturan di Parlimen. Kenapa pihak yang bertanggunjawab boleh membenarkan beliau memasuki Parlimen tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan?

Yang menerima kunjungan pula, seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen yang mahir dengan selok belok tatacara dan etika parlimen. Kemungkinan selepas ini Menteri berkenaan akan memberi alasan bahawa beliau tidak memasuki Dewan, tetapi umum tahu kalau hendak memasuki banggunan Parlimen sudah tentu ada etika dan peraturan perpakaian dan kene memakai tali leher dan berkemeja lengan panjang, sekiranya tidak, pengawal akan melarang sesiapa pun dari memasuki Bangunan parlimen.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa pelik, apakah istimewanya orang bernama Namewee ini sehinggakan boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalang beliau.


Sekian,
Mohd Razlan Bin Muhmmad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.

4 comments:

Zaini said...

Namawee "dibebaskan" oleh pihak kerajaan demi menjaga hati pengundi-pengundi Cina.
Andai kata saya yang melakukan perkara yang sama Namawee lakukan, mungkin kini saya ditahan di bawah ISA.

Kamarul Dzaman said...

buka minda. tenang. dan fikir. orang-orang macam Namewee ni lah yang mampu buka mata rakyat tentang sikap hodoh rakyat sendiri. Sayang, pihak terlibat memandang rendah dan terus anggap semua ni penghinaan lah, lucah lah, merepek lah. Dengar kata-kata dalam lagu itu, ada benarnya. Ada benarnya tuan. Kita je sebagai rakyat tak pernah ambil satu perkara positif pun. Semua fikir negatif. Contoh mudah, cerita GADUH. kena banned, kononnya ada perkauman. Tolonglah, buka youtube, tgk cerita tu, ada mesej. Orang-orang macam ni nak sampaikan mesej nak suruh rakyat sedar. Bukan leka dengan rentak muzik mereka. Fikir. Anda orang bijak pandai, berpangkat. Sepatutnya boleh berfikir.

Anonymous said...

lepas ni sapa sapa budak melayu nak masuk parlimen ikut aje cara namewee pasti ok

Wake UP! said...

Istimewanya ialah Namewee tu belaan komunis. Nazri pulak sleeper communist.

Nazri and Namewee the cuckoo.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...