Dari segi politik dan ekonomi negara kita, sudahkah benar-benar telah merealisasikan konsep semangat satu Malaysia? Jika benar ia telah tercapai, kenapa rakyat Malaysia oleh kerana perbezaan warna kulit mendapat layanan yang berbeza-beza?
Tidak perlu bincangkan pasal wasasan, kita cuba lihat politik perumahan sudah memadai, dari kos rendah sehingga kos juataan ringgit, dari orang miskin sehingga kepada orang yang kaya raya, kenapa hanya bumiputera mendapat hak keistimewaan dan perhatian, jika anda bukan bumiputera, minta maaf sahajalah, anda miskin macam mana sekalipun jangan berfikir dan berharap mendapat belaian subsidi.
Tanggapan saya benar-benar konsep semangat satu Malaysia itu sepatutnya tidak mengira warna kulit, pihak kerajaan sepatutnya membantu semua rakyat yang memerlukannya. Memang sepatutnya membantu kumpulan yang lemah, tetapi orang yang sudah jadi jutawan pun masih diberi perlinduangan dan bantuan, itu sudah tidak munasabah dan masuk akal langsung!
Sebenarnya apa yang disarankan oleh Najib konsep satu Malaysia itu sebaliknya saya rasa kesepian dan murung, slogan itu dilaungkan sudah begitu lama, hulurkan tangan pun sudah pelbagai cara, jika ditanggalkan slogan itu tidak ada apa lagi yang dapat ditinggalkan.
Sebagai pengerusi UMNO, akbar-akhbar Melayu yang dikuasai oleh UMNO, mereka langsung tidak beri peluang dan air muka kepada kaum lain, mereka cuba semarakkan sentimen melalui tulisan-tulisan mereka; Perkasa pula sering mencabar dan mendukung hak kaum bumiputera; Najib yang menerajui kabinet kadang-kadang membuat orang salah faham dan salah tanggapan, sering mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan konsep satu Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment