Monday, February 28, 2011

Anak-anak Cina mempunyai tanggungjawan besar !

China Press
Perkara: antara guru dan murid?
Ruangan: bilik perbincangan rakyat m/s C16
Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)

Tajuk:
Anak-anak Bangsa Cina mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan
Nama samaran Lee Wei/ aritikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Saya pernah menjadi seorang guru di sekolah menengah kebangsaan dan
sekolah menengah Cina Swasta, saya mempunyai pandangan dan perasaan
yang perbezaan di antara kedua-dua jenis sekolah ini.

Semasa saya berada di sekolah menengah Cina swasta saya dapat rasakan
keseronokan apabila tiba masanya suasana musim perayaan kaum Cina.
Contohnya pada hari tahun baru Cina, cikgu-cikgu diberi limau sebagai
hadiah penghargaan pada musim perayaan itu, dapat diraikan dalam
majlis makan, penolong guru besar lebih mesra melayan cikgu-cikgu,
tidak kurang juga peranan guru besar sendiri yang menjadi pengacara
makan malam melayan semua guru-guru, berperwatakan tuhan rezeki
memberi angpau ke meja-meja makan guru-guru yang hadir. Saya rasa amat
seronok, dapat rasakan bahawa guru besar begitu perihatin terhadap
semua guru-guru. Dalam fikiran saya guru besar adalah orang yang
terletak tinggi di atas, mempunya kewibawaan yang tertentu, beliau
sanggup turun ke bawah sama-sama berkorban meraikan jamuan hari raya
bersama guru-guru. Dengan ini saya berbanyak berterima kasih kepada
guru besar itu.

Imbas kembali sebelum itu saya pernah mengajar di sekolah menengah
asrama penuh, guru besar di sekolah itu seperti terlalu tinggi tidak
boleh disentuh. Dia pernah mengarahkan guru-guru memberi amaran kepada
murid-murid tidak boleh bercakap sambil berjalan, murid-murid nampak
guru besar lari menyorok seperti tikus nampak kucing, semua roang
menghormati setia tabik hormat kepada guru besar itu; saya sebagai
seorang guru melihat keadaan itu, apabila masuk ke kawasan sekolah
seperti dalam keadaan berjaga-jaga seperti suasana di medan
pertempuran perang, apabila mahu bercakap kena berhati-hati dan
perlahankan suara, kerana guru besar itu ada taring, dan rasa agak
susah untuk didekati.

Tidak Ada Perbezaan Kasta Pangkat?

Saya melihat sekolah menengah Cina swasta pergaulan guru besar guru
dan murid-murid boleh saling bertepuk bahu di antara mereka,
kadang-kadang rasa tidak masuk akal. Kemesraan guru-guru dan murid
begitu akrab sekali, tidak dinafikan ia boleh merapatkan hubungan
silaturahim di antara mereka, adakah dengan cara itu murid-murid ambil
kesempatan pijak kepala guru-guru? Jika mereka lakukan kesalahan
adakah mereka tidak rasa bersalah dan rasa khuatir?

Ada sesetengah murid apabila terserampak saya, mereka akan ucapkan
perkataan "hai"; saya perbetulkan mereka dan tanya mereka kenapa
berucap hai apabila berjumpa cikgu, mereka menjawab ucapan "hai" itu
lebih mesra, saya rasa cara itu lebih baik daripada murid-murid nampak
cikgu langsung tidak bersuara untuk menghormati cikgu.

Saya pernah nampak bekas murid-murid yang telah tamat sekolah, kembali
kesekolah semasa ambil sijil tamat sekolah boleh dengan ariang
berbual-bual dengan cikgu-cikgu, pakaian mereka memeranjatkan saya,
bekas murid-murid perempuan mengenakan kasut fasion terkini, bekas
murid lelaki mewarna rambut, menunjukkan anak-anak Cina telah
ketepikan adat dan tradisi yang paling asas itu. Saya pernah timbulkan
persoalan itu di dalam kelas saya mengajar secara peribadi, tetapi
mereka rasa mengenakan pakaian seperti itu masuk ke dalam kawasan
sekolah tidak ada yang tidak kena. Adakah menghormati guru itu telah
hilang dalam mata kasar anak-anak kaum Cina dan telah terhakis dan
dilupakan.

Apa dalam fikiran saya sama ada budaya dan tradisi kita telah
ketinggalan zaman? Ataupun saya sendiri sepatutnya berubah? Ataupun
perbaiki dan perbaharui budaya dan tradisi lama itu?

Boleh beramah mesra dengan murid-murid itu satu petanda baik, tetapi
kita jangan lupa pada masa yang sama mengikut kesesuaian menasihati
mereka, supaya mereka mendapat didikan yang baik, dengan itu untuk
menjadi seorang guru itu bukan begitu mudah!

No comments:

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea

Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA...