Wednesday, February 16, 2011

Surat Khabar Berbahasa Cina terus menerus mengkritik Tun Mahathir.

"Sejarah membuktikan Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin yang tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak sekiranya kepentingan Melayu di cabar, oleh disebabkan itu, mereka telah mengambil jalan untuk memburukkkan kredibiliti Tun M dan akan terus menerus mengkritik menggunakan lidah pengaran akhbar cina, siapakah perkauman ? Utusan atau Nanyang Siang Pow?"


Nanyang Siangpau
Perkara: pandangan Tun Mahathir?
Ruangan: Opinion Yuan Lun m/s A16
Tarikh: 15 Februari 2011 (Selasa)

Tajuk:
Kritis Bahasan Mahathir
Koh See Kien/ Pengkritik semasa

Pada 12 haribulan ini bekas perdana menteri dalam artkel dilema Melayu
memberi pandangan dan berakhir seperti berikut, dalam perbahasan itu
ada 2 perbahasan yang dikatakan amat penting, yang pertama kerana
orang-orang Melayu berpecah menyebabkan orang-orang Melayu perlu dapat
sokongan dari kaum lain untuk menyokong kerajaan dan kerajaan baru
boleh berkuasa, yang kedua DEB disalahguna oleh orang-orang tertentu,
tetapi ia perlu diteruskan jika tidak orang-orang Melayu akan kalah
dan tercicir.

Sebenarnya 2 perkara itu memang perlu dibahaskan pada hari ini, dan ia
bukan sahaja terhenti dengan isu-isu itu begitu sahaja.

Kerana selepas Merdeka pada tahun 1957, orang-orang Melayu berpecah
kepada 3 kumpulan, kumpulan yang terbesar ialah UMNO, kedua Pas
seterusnya kumpulan orang-orang Melayu yang bersayap kiri, tetapi pada
PRU tahun 1959 dan 1964, Perikatan menang besar, kedudukan UMNO
semakin hari semakin kuat, dan tidak diperhatikan oleh Mahathir
sendiri yang tidak mengsyaki berlaku perpecahan dalam orang-orang
Melayu dan pada masa itu bliau tidak kritik orang-orang Melayu telah
berpecah dalam politik.

Pada PRU tahun 1969, Perikatan hadapi kekalahan yang tidak diduga,
parti pembangkang menang besar, pada masa itu Mahathir juga kalah
dalam PRU, menimbulkan kemarahan beliau dan mengkritik Tunku Abdul
Rahman mengatakan pemerintahan Tunku kurang baik. Selain daripada
hampir kehilangan kerajaan Pulau Pinang, pada masa itu juga Perikatan
kehilangan kuasa majoriti 2/3 di Parlimen.

Seterusnya berlaku yang tidak diingini peristiwa 13 Mei tumpah darah
antara kaum, negara dalam keadaan perintah berkurung.

Apabila Mahathir membuat asakan, Tunku terpaksa serahkan kuasa pada
timbalannya Tun Abdul Razak. Pada tahun 1972 Mahathir dibenar masuk
semula UMNO (kerana pada peristiwa 13 Mei Tunku tarik keahlian
Mahathir dari UMNO; pada tahun 1971 Tunku besara dan berundur diri).

Perpecahan Orang Melayu Goyangkan UMNO

Selepas peristiwa 13 Mei, kekuatan orang-orang Melayu berkisar pada
tampuk kekuasaan UMNO, walaupun pada masa itu Pas kuat tetapi Pas
telah dimasukkan ke dalam kerajaan campuran, sehingga pada tahun 1977
Pas keluar dari Perikatan dan tidak lagi sebagai ancaman besar kepada
UMNO walaupun sudah keluar.

Sebaliknya setibanya zaman Mahathir, UMNO terima dua cabaran besar,
yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan Semangat 46 pada tahun
1989, pada tahun 1990 mencabar Mahathir mahu merampas kepimpinan
kerajaan.

Pada masa itu akhirnya Mahathir menang besar, Tengku Razaleigh Hamzah
hanya dapat membantu Pas menang kembali kerajaan Kelantan, pada masa
itu Mahathir tidak anggap orang-orang Melayu telah berpecah dan boleh
goyangkan dasar kepimpinan UMNO, (pada tahun 1996 Semangat 46
dibubarkan dan mereka kembali kepada UMNO, sekali lagi Mahathir menang
besar dalam arena politiknya).

Kedua, pada tahun 1998 Mahathir lucutkan jawatan timbalannya Anwar
Ibrahim, seterusnya berlaku Anwar Ibrahim tubuhkan PKR pada tahun 1999
bertanding di PRU.

Walaupun pada masa itu PKR tidak menang besar, tetapi telah membantu
Pas menang dan merampas kerajaan Terengganu (mereka menang 27 kerusi
Parlimen di Terengganu), menyebabkan Mahathir terpaksa susun semula
stategi Barisan Nasional, termasuk mengatakan Malaysia sudah pun
menjadi negara Islam.

Mahathir juga anggap jika bukan Anwar pecahkan UMNO, tidak mungkin Pas
boleh menang besar. Beliau persalahkan orang-orang Melayu tidak
bersatu dan mempersoalkan kenapa orang-orang Melayu tidak hormati
kerajaan dan politik yang berdemokrasi ini?

Tuduhan Hamba Abdi Yang Terlalu Fanatik

Tahun 2004 pemerintahan Abdullah dengan semangat berkubar-kubar dan
mendapat kuasa yang begitu luarbiasa besar, tetapi dalam pilihan raya
tahun 2008 berlaku kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,
kehilangan 5 kerajaan negeri (selepas itu dapat rampas kembali
kerajaan negeri Perak); bukan sahaja kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen,
malah menjurus kepada model dwi kuasa politik telah terbentuk di
negara ini.

Sekali lagi Mahathir terus menuding Abdullah, mahu Abdullah letak jawatan.

Pada tahun 2011 Mahathir tidak begitu senang terhadap pemerintahan
Najib, dengan lantang mahu orang-orang Melayu bersatu padu, jika tidak
orang-orang Melayu perlu bergantung sokongan dari kaum lain untuk
terus memerintah.

Jika orang-orang Melayu terus berpecah, orang-orang Melayu akan jadi
hamba abdi di negara ini.

Kata-kata seperti itu sangat fanatik, kerana sama ada Mahathir suka
atau tidak suka, Malaysia adalah negara terdiri daripada berbilang
kaum, kerajaan itu disokong oleh pelbagai kaum adalah memang adat dan
lumrahnya, jika tidak kenapa pada masa dahulu kerajaan Perikatan
ditubukan dan sekarang ini dinamakan Barisan Nasional?

Kenapa dikatakan jadi "Hamba Abdi" pula? Adakah Mahathir tidak anggap
pada tahun 1999 beliau perkukukan kuasa politiknya tidak terlepas
daripada dapat sokongan dari berbilang kaum? Kenapa sekarang ini pula
beliau berkata pada masa itu orang-orang Cina sokong Barisan Nasional
kerana mahu selamatkan harta benda dan asset orang-orang Cina, ini
adalah tomahan yang berat sebelah dan berpandangan tidak adil serta
cuba menyusahkan perasaan orang-orang Cina.

Sebenarnya apa sebab orang-orang Cina sokong kerajaan pada masa itu,
disebabkan kerana orang-orang Cina masih belum tahu matlamat dan tuju
hala parti pembangkang yang sebenar, hanya anggap parti pembangkang
itu sebagai duplikasi daripada model Tengku Razaleigh Hamzah, sebab
itu parti pembangkang tidak dapat sambutan agrasif dari kalangan
orang-orang Cina.

Cuma apabila setibanya PRU tahun 2008 orang-oranag Cina mahukan
perubahan secara terdesak barulah berlakunya Tsunami politik itu.

Cabaran Najib hari ini ialah konsep Satu Malaysia beliau, sama ada ia
dapat dilaksanakan ataupun tidak dan tahap apa pula yang boleh dicapai
yang boleh menggerakan politik dalam negara yang berdemokrasi ini,
Najib tidak langsung menggunakan apa yang dibahaskan oleh Mahathir
berkaitan isu bahasan "Perkauman", dan Najib bukan orangnya yang
berterusan mahu laksanakan program MEB selamanya untuk mendapatkan
sokongan.

Dengan itu apa yang dibahaskan oleh Mahathir seperti telah mundur
kebelakang, menafikan kedudukan Model Ekonomi Baru dan mengkritik
rancangan tersebut.

2 comments:

Malay Delima said...

salam perkenalan...sy telah link kan blog anda di blog sy..sy harap anda dapat paut kan blog sy di blog anda


TQ

http://malaydelima.blogspot.com

Anonymous said...

layarilah www.freemalaysiakini.com , sebarkan kepada blog anda

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...