Wednesday, July 20, 2011

Pemuda WP lancar Unit Perang Siber.

Berita Harian 18 Julai2011 : KUALA LUMPUR: Unit Media Baru, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan melancarkan jentera siber bagi memerangi fitnah pembangkang di alam maya menerusi laman twiter, facebook dan blog. 

Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata program itu dilancarkan bertujuan menyediakan jentera untuk berperang di alam maya bagi menolak propaganda negatif pihak pembangkang.
"Dengan kewujudan pelbagai bentuk fitnah di alam siber, jentera siber dapat menerangkan kepada rakyat hal yang sebenar menerusi pelbagai saluran di internet," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jentera Siber Pemuda Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, di Hotel Putera di sini, semalam.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. 

Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh berkata, program jentera siber itu membabitkan 84 peserta yang terdiri daripada penulis blog dan setiap Pemuda UMNO bahagian memiliki blog sendiri. 

Katanya, Unit Media Baru ini sudah dilancarkan di enam negeri iaitu Melaka, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang. 

1 comment:

Pendekar Melayu Ulung said...

TAHNIAH PEMUDA WP !!!! :D

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...