Sunday, December 18, 2011

MT UMNO : Saifuddin kene tanggunjawab!


Salam,

Saya mewakili Pemuda UMNO Bahagian Seputeh merasa terguris dan kecewa dengan tindakan segolongan Mahasiswa yang bertindak kurang ajar menurunkan Bendera Gambar YAB Dato Seri Najib di PWTC.

Pertamanya mereka sudah melakukan jenayah dengan menceroboh bangunan PWTC dan laporan polis seharusnya dibuat kepada mereka atas pencerobohan itu.

Kedua, ternyata golongan ini telah digunakan untuk kepentingan politik pembangkang dimana Tian Chua turut serta berdemo dengan mereka.

Ketiga, tindakan mereka ternyata tidak dapat dikawal oleh pengerusi penganjur dan ianya amat memalukan golongan Mahasiswa seluruh Malaysia, saya percaya ramai Mahasiswa tidak bersetuju nama mereka terpalit dengan tindakan segelintir ini.

Keempat, saya menyarankan Dato Saifuddin agar bertanggunjawab di atas kejadian ini. Beliau yang menerima memorendum di PWTC dan sedang beliau berucap,kejadian menurunkan bendera ini terjadi. Eloklah memanggil semua yang terlibat dan meminta mereka semua memohon maaf secara terbuka sekiranya tidak, eloklah berundur.

Ternyata usaha untuk memberikan kebebasan kepada Mahasiswa gagal kerana golongan ini senang di pengaruh dengan emosi yang tidak menentu. Golongan ini telah digunakan oleh pihak pembangkang dengan membakar emosi yang tidak bertempat. kumpulan ini juga bertindak di luar kewarasan mereka dan tidak mengambarkan kumpulan yang bijak seperti mana kumpulan yang mereka wakili.

Pihak kerajaan sudah memberi ruang dan peluang untuk berbincang dan bersama memberi pandangan di atas pengubalan akta AUKU, tetapi kita tidak melihat keikhlasan puak-puak ini untuk menambahbaikan sistem ini tetapi dengan sengaja mahu mencari populariti dan menjadi suara pihak pembangkang.

Eloklah kita pikirkan kembali kekebasan yang mereka mahukan, dikhuatiri nanti emosi orang muda yang tidak dilapik dengan ilmu akan merosakkan masa depan mereka. Ini jelas kita lihat bagaimana tindakan kurang ajar mereka dengan menurunkan bendera yang mempunyai gambar YAB Perdana Mentri Malaysia.

Ini merupakan kenyataan bersama Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. 

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh

1 comment:

KZSO said...

saifuddin loseable candidate for umno/bn!

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...