Resolusi Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara
2 September 2018, kongres masa depan bumiputera telah diadakan oleh Kerajaan PH, membincangkan bagaimana untuk memastikan golongan ini tidak terkebelakang didalam arus perdana Pembangunan Negara.
Mendidik sesebuah bangsa bukan satu yang boleh dilaksanakan dalam sekelip mata, melihat tamadun negara-negara maju dunia, ianya memerlukan 200-300 tahun untuk mencipta kejayaan, namun ianya bukan lah satu alasan konkrik untuk Melayu terus lalai didalam membina tamadun bangsa.
Semenjak Merdeka sehingga ini, begitu banyak formula yang di ilhamkan untuk membantu Melayu didalam mencipta kejayaan di tanah air sendiri, namun Melayu masih mencari-cari cara terbaik bagi melihat Melayu berjaya.
Kita perlu terus membentuk tamadun bangsa, perlu punyai sikap positif didalam mendidik bangsa kerana ianya bukan untuk kita dan kawan-kawan kita, ianya untuk masa depan bangsa yang mungkin bukan kita yang melihat kejayaanya.
Sikap Pemimpin Politik.
Memimpinlah dengan ikhlas, golongan yang saya maksudkan adalah mereka yang memegang Jawatan Politik yang dilantik didalam Kerajaan, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik, SUSK, Pegawai-pegawai dan lain-lain.
Melayu akan terus menunggu daripada Pejabat Menteri untuk sesebuah dasar itu dilaksanakan, bersifat positiflah kepada Bangsa Melayu, sekira ada Melayu yang datang membawa cadangan, tapis dan dengarlah kejayaan mereka, ramai melayu yang berjaya di luar sana memerlukan suntikan untuk syarikat mereka melonjak untuk bersaing didalam pasaran terbuka.
Sikap positif ini perlu, kerana ramai juga Melayu yang tidak percaya pada Melayu, sekiranya memberi projek kepada melayu dan ianya gagal, sering kali ianya dilihat sebagai satu kegagalan walhal ianya perlu dilihat sebagai satu proses untuk membina bangsa, dan kepada Melayu pula, jangan diambil mudah sekira Kerajaan sudah membantu, berusaha dan ambil peluang untuk mencipta kejayaan demi agama, bangsa dan keluarga.
Melayu bergantung harap dengan perlaksanaan inisiatif yang sedia ada dan yang baru agar ianya tidak ada ketirisan didalam perlaksanaan dasar-dasar yang berkempentingan Melayu. Tidak dinafikan begitu banyak ketirisan yang berlaku didalam perlaksanaan dasar ini kerana banyak sebab, ada kalanya Pejabat Menteri mahu menjaga kroni sehingga ada yang menjadi balaci kepada bukan Melayu. Ada yang mahu mengambil untung dengan kekayaan sekelip mata apabila mempergunakan syarikat Bumiputera yang di alibabakan.
Saya positif apabila Azmin Ali berkata "Kongres ini bukan perhimpunan Ali baba", kita perlu bersikap terbuka dan memberi masa kepada kerajaan untuk melaksanakan agenda ini. Jangan ada Melayu si kitol pula yang menjadi agen bangsa lain.
Saya positif kerana beliau sudah insaf daripada kesilapan semasa beliau menanam sikap rahsuah, sikap kroni semasa bersama Anwar memimpin UMNO, kekurangan lalu jangan di unkit, walaupun sakit hati apabila mendengar beliau menkritik UMNO yang mana beliau juga terbabit dengan kesilapan lalu, jangan kacang lupa kan kulit, nak bina Melayu, jangan meletakkan kesilapan pada orang lain, cukup dengan Insaf dan bergerak ke hadapan.
Pemimpin Kerajaan perlu sedar, eko sistem ekonomi kita bukanlah besar, ramai peniaga yang berkata "Orang atasan sahaja yang bertukar, sistem masih sama" ini lah cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan untuk membina kekuatan Melayu. Kerajaan hari ini perlu memimpin dengan sikap positif dan bukan dengan sikap dendam yang mana akhirnya yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak bersalah didalam melaksanakan perniagaan mereka, bersikaplah seperti ayah mendidik anak, sayang Melayu, didik mereka agar tidak ada lagi kesilapan dan untung atas angin menjadi amalan, dan jangan terlalu retorik seumpama boleh melaksanakan perkara ini dalam sekelip mata.
Sikap GLC/GLIC
GLC dan GLIC sepatutnya menjadi pintu kepada Melayu untuk bersaing di dunia luar, selain dari Peniaga Melayu melaksanakan kontrak Kerajaan, ada ramai yang memerlukan suntikan agar mereka boleh bersaing dengan pihak Swasta.
GLC perlu memimpin Peniaga didalam menjayakan agenda kerajaan, sekira agenda 30% ejuiti Bumiputera masih kekal didalam dasar Kerajaan, GLC perlu bersama memainkan peranan untuk membantu kerajaan mencapainya, cipta peluang, cipta peniaga dan cipta sistem ekonomi yang mana boleh peniaga Melayu terus bergerak kehadapan, bukannya GLC menjadi pesaing kepada mereka, apabila CEO, GM ataupun mana-mana pengurusan atasan yang pencen, mereka diberikan satu anak syarikat sebagai anugerah Pencen yang mana akhirnya menjadi amalan dimana peluang ini akan membantutkan agenda, dan kesudahan menjadi amalan Pecah Amanah tanpa sedar.
Dengan jumlah belanjawam berbillion setiap GLC saban tahun, mereka boleh mengambil peluang mencipta Pengilang dan Pengeluar Bumiputera. Ramai Melayu yang gagal didalam perniagaan kerana salah satu sebabnya adalah diskriminasi barangan. Apabila Melayu beli, harga mahal daripada bangsa lain, nak dapat kredit juga bukan senang sekira nak di bandingkan dengan Naungan Persatuan Peniaga-peniaga bukan bumipugtera. Ini perkara kecil yang sering kali mengagalkan agenda peniaga Melayu.
Kejayaan Kepimpinan GLC perlu di ukur dengan kejayaan index agenda Kerajaan, bukan hanya di ukur dengan keuntungan sesebuah GLC.
Membaca resolusi yang dibentangkan, ianya tidak banyak beza dengan kongres-kongres Bumiputera yang sebelum ini, banyak perkara adalah formula penyelesaian kepada kerisauan orang Melayu untuk bersaing didalam dunia perniagaan, tongkat atau bukan, keistimewaan atau kemampuan, semuanya adalah perkataan yang cantik yang boleh di olah oleh mana-mana pemikir bahasa, namun apa yang amat penting didalam perlaksanaan dasar dan agenda ini adalah "JUJUR".
Jujurlah pada diri sendir apabila sesebuah konrak itu di anugerahkan, jujurlah pada diri sendiri apabila mahu merangka sesebuah projek, jujurah pada diri sendiri apabila mahu mencadangkan sesebuah syarikat.
Pemimpin, Pegawai, CEO, KSU selagi nama Melayu, sekira mahu membantu peningkatkan ekuiti 30% Bumiputera, jujurlah dalam melaksanakan dasar ini.
"Jangan lagi Melayu menjadi kuli didalam Negara Sendiri"
Datuk Razlan Rafii
No comments:
Post a Comment