Terbaru, Nazri dikatakan akan menyokong Ds Anwar Ibrahim didalam kempen beliau di Port Dikson, dan ada juga pemimpin UMNO lain seperti Shahidan juga menyatakan yang sama. Apa sahaja alasan mereka, sudah pastinya mahu meletakan UMNO bersama dengan PKR untuk menempatkan parti dalam Kerajaan PH.
Pandangan saya yang kerdil ini, tidak ada parti Kerajaan yang mahu bekerjasama dengan sebuah Parti yang lemah, walaupun UMNO mempunyai 52 Kerusi, dan merupakan parti yang paling banyak kerusi, ianya tidak akan bererti sekira parti ini tidak menempatkan semula kepercayaan kepada rakyat,
UMNO perlu bekerja untuk terus mendekatkan diri kepada rakyat, dasar yang UMNO ada adalah asas kepada ahli parti yang berpegang teguh kepada perjuangan Parti keramat ini.
Memang ramai diantara Kepimpinan hari ini yang lemah dan tidak ada daya tahan kerana sudah sekian lama selesa menjadi Kerajaan, Pemimpin besar hari ini tidak tahu nak buat apa, mereka sesat didalam mencari-cari jalan bagaimana untuk mendapatkan kuasa semula dengan masa singkat, jesteru itu, ada pelbagai formula dan pandangan yang kadang-kadang ianya sudah lari dari perkara asas perjuangan.
Saya masih percaya, sekira kita masih menanti bulan jatuh ke riba, kita akan terus alpa dengan mimpi indah yang tidak ada kesudahan, mungkin perkara apa yang saya nyatakan ini salah.
Sekira ada MP ataupun ADUN dalam UMNO yang mahu menyokong parti lawan, jadilah manusia yang bermaruah dengan meniggalkan UMNO dengan sukarela, dan lepaskan jawatan MP dan ADUN.
sekian....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment