Monday, November 17, 2008

Perjalanan sudah bermula.

Asalamualaikum,

Untuk makluman semua, Bahagian Seputeh telah mendapat kelulusan penuh yang mengesahkan mesyuarat 4 peringkat. Pengurusan MT yang telah bermesyuarat pada 17 hb November 2008 jam 12.30pm telah mengambil keputusan Bahagian Seputeh tidak perlu bermesyuarat semula.

Disini bermakna bermulalah perjalanan untuk kita semua yang telah dilantik sebagai Ketua, Naib, AJK dan Ketua Pemuda Cawangan bagi memastikan generasi muda dapat merasai kehadiran PEMUDA UMNO di sanubari mereka.

Tanggunjawab yang telah diamanahkan kepada kita bukanlah mudah, lebih-lebih lagi didalam keadaan UMNO yang memerlukan kita bekerja keras untuk memulihkan semangat dan kepercayaan bagi golongan muda kembali kepada UMNO.

Saya percaya tidak ada yang mustahil bagi golongan muda kembali kepada UMNO, kita perlu mengambil pengalaman abang-abang kita yang telah memulihkan UMNO semasa zaman 1997. Suasana semasa itu lebih kurang sama dengan suasana sekarang, dimana kemelut yang diwujudkan oleh Anwar telah menarik ramai golongan muda bersama dengan gerakkan reformasi.

Seingat saya, pada masa itu, orang UMNO takut untuk menampal dan memakai lambang UMNO. Waktu itulah wujudnya Pemuda yang bekerja keras menjelajah ke pelusok negara memberikan penerangan bagi mengembalikan kepercayaan kepada UMNO.

Ketika ini UMNO memerlukan semangat dan dorongan daripada semua peringkat bagi kita bersama-sama memulihkan parti yang kita cintai ini.

Jesteru itu, marilah kita berkerja bersama-sama bagi memastikan Pemuda khususnya, sayap -sayap dan Bahagian dapat bekerjasama dengan Ikhlas demi kearah "Memasyarakatkan Pemuda".

Wasalam.

8 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Pemuda IKS ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mustapha Kamal diatas kemenangan mutlak sebagai Ketua UMNO Bahagian Seputeh. Kepada saudara Razlan, jalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Marilah kita bersama memnuhi aspirasi parti serta memulihkan imej UMNO yang tercemar selama ini.

UMNO Bahagian Batu masih menanti keputusan berkenaan persidangan semula yang akan diketahui hari ini. Doakan kebahagiaan kami.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Anonymous said...

Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan baik.diharap semua pihak dapat menerima nya dengan hati yang terbuka.
saya mendoakan semoga saudara dapat menjalankan tanggungawab dan amanah yang diberikan ini dengan jujur,ikhlas dan penuh dedikasi.marilah Pemuda Seputeh sekalian, kita kembali berganding bahu dan berpadu tenaga untuk meneruskan perjuangan Pemuda agar Seputeh dapat berdiri teguh dalam meneruskan wawasan nya.Insya Allah.

Anonymous said...

Barulah tahniah yang diucapkan begitu bermakna bagi calon2 yang menang dalam pertandingan di seputeh,kekecohan yang berlaku dapat diselesaikan dengan aman.Tahniah diucapkan pada ketua pemuda kita yang baru saudara Razlan dan ketua bahagian baru kita saudara Mustafa.Kata orang penyapu baru kalau sapu mesti bersih,jadi jalankanlah kewajipan dan tanggungjawab yang diberi dengan cekap dan meninggalkan kesan yang wangi pada keseluruhan warga seputeh.Saya personally percaya gandingan saudara Razlan dan saudara Mustaffa akan dapat mengangkat martabat Umno dan bahagian seputeh ketahap yang lebih cemerlang. Apa pun saya juga mengucapkan syabas kepada Dato Hisham dan saudara Alawi atas tindakan mereka yang akur dengan kekalahan dalam pertandingan dan kami warga seputeh amat berharap agar mereka dapat mencurahkan bakti pada umno seputeh walaupun tidak menjawat apa2 jawatan di peringkat bahagian. Akhir kata marilah kita bersama-sama dalam memajukan orang melayu terutamanya di bahagian seputeh agar cemerlang dalam agama dan ekonomi.sekian wassalam.
p/s : baru lena dorang yg menang tido.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tahniah kepada semua Ketua dan barisan AJK 4 peringkat UMNO Bahagian Seputeh.

Marilah kita rapatkan barisan demi kepentingan orang-orang Melayu.

Ketepikan kepentingan peribadi dan elakkan dari pecah amanah.

Jawatan yang ada bukan untuk kesenangan peribadi dan untuk mengaut kekayaan.

Insyaallah,saya Ketua Pemuda Cawangan KEP akan memberi sokongan apa jua program yang akan dijalankan diperingkat Pemuda Bahagian dan Bahagian.

Jika ada kelapangan,layari lah blog saya.

http://shamanuar@blogspot.com

Anonymous said...

Salam pembuka bicara,

Pertama sekali ingin saya ucapkan tahniah kpd KP seputeh yg baru ditabalkan secara sah akhirnya dpt tidur dgn lena dan nyenyaknya. Seperti saudara KP katakan perjalanan sudah bermula, saya doakan dari 'jauh' agar segala perjalanan yg akan saudara KP corakkan utk pemuda seputeh nanti warna-warna yg keluar kelak indah belaka dan baik semuanya. Buat kerja dgn baik,hitung semua
sahabat2 saudara KP kalau kurang ditambah tertinggal jangan, pastikan segala berita,
aktiviti sampai hingga ke paras akar umbi,kena dengar pendapat semua,tahan lasak (kena kritik) dan yg paling penting adalah motto saudara KP
'Kepentingan Diri tidak boleh melebihi kepentingan Parti'ayat ini kena pegang sampai bila2.Nak jadi ketua ni bukannya mudah seperti diucapkan dimulut tapi saya percaya dgn kemampuan,kredibiliti dan ilmu yg tersemat didada saudara saya percaya saudara mampu pikul tanggungjawab yg diberikan, bukan niat utk mengajar tapi lebih suka menggunakan pendekatan ingat-mengingati sesama kita kerana tidak mahu KP seputeh kesayangan kita 'terlupa' atau 'tergelincir' pada saat kita semua pemuda seputeh memerlukan seorang
'jeneral' utk memimpin.akhir ayat marilah kita seluruh pemuda seputeh rapatkan saf yg telah rosak/bocor utk kebaikan kita semua.

P/s rapatkan saf semangatmu
jangan goyah
kota yg roboh harus
dibina semula
atas dasar kebenaran
demi kita demi waris
semua serangan yg
datang kita tangkis

Unknown said...

Tahniah Razlan

Abang ZulMajid

Anonymous said...

Waktu dulu 'orang beli orang' ni kurang bang...pasai orang dulu kurang dut...la ni...payah la nak cakap nak mengembalikan kegemilangan umno ni..cakap banyak nanti orang marah pulak..tapi kenyatan yang pasti ramai pun tahu...wassalam...

Anonymous said...

bil tidur hotel siapa yang bayar khir toyo or khairy

nilai mkp seputih rm 500 je.....yang dapat diam tak dapat kene tipu le

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...