Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Syed Medhar selaku Pengerusi Majlis dan juga Ketua Pemuda Bahagian Cheras merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Negeri, Syed telah memberikan semangat calon dan kepada semua yang hadir juga meminta supaya semua perwakilan memberikan sokongan kepada calon-calon yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

Majlis diikuti oleh Ucapan oleh Ketua Pemuda Negeri, Datuk Norza Zakaria. Beliau memohon agar perwakilan memilih pemimpin yang terbaik diantara yang terbaik.
Seramai 9 orang telah diumumkan untuk bertanding di peringkat Malaysia, 1 calon sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dan 8 Calon untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Malaysia.

Haji Kamaruddin(Dino) yang akan bertanding Timbalan Pengerusi Tetap merupakan mantan Ketua Pemuda Segambut. Beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam Pergerakkan Pemuda, beliau juga perupakan Pengerusi Sukan Negeri.
Enam orang Ketua Pemuda akan bertanding sebagai EXCO, Rizalman (Ketua Pemuda BTR), Datuk Ahmad Zaki (Ketua Pemuda Putrajaya), Tengku Azman (Ketua Pemuda Bukit Bintang), Norizan (Ketua Pemuda Kepong), Sazali Kamilan(Ketua Pemuda Lembah Pantai) dan Razlan (Ketua Pemuda Seputeh)
Dua Orang Naib Ketua Pemuda yang telah diumukan oleh Perhubungan Negeri adalah Hishamuddin Yahya (YOP) Naib Ketua Pemuda Putrajaya dan Nazir, Naib Ketua Pemuda Titiwangsa.
Pemuda Negeri juga telah sebulat suara bersetuju akan Meyokong dan akan berkerja untuk Calon MT dari Pergerakkan Pemuda Wilayah, Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria.
Majlis telah ditutup dengan bacaan doa dan surah wal-asri yang diketuai oleh Saudara Mahathir, Ketua Pemuda Segambut.
1 comment:
perwkilan di wilayah akan memberikan sokongan kepada datuk norza..!!!
adakah beliau mempunyai rekod yang baik dari segi perkhidmatan di wilayah.saya merasakan selama ini pemuda wilayah tidak banyak berkembang dan meningkat di bawah kepimpinan nya.jadi saya merasakan adalah lebih baik mencari calon yang lebih layak.
maaf jika ada yang terasa.hanya pendapat saya..
Post a Comment