Friday, December 19, 2008

Tidak Perlu Swasta IJN.

*** Pada 8 Januari.. Kerajaan telah membatalkan Penjualan IJN kepada Sime ....

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang mendengar rintihan dan desakan rakyat ... semua demi kebaikkan bersama.. insyallah*************



Oleh Mohd Razlan



Utusan Muka 4 Keluaran 20 Disember 2008

19 Disember 2008 - Kerajaan hari ini berhajat untuk swastakan IJN kepada Sime Darby bagi meningkatkan prestasi. Dalam masa yang sama Kerajaan juga memberitahu bahawa pihak kerajaan tidak keberatan untuk menampung kos operasi IJN.

Apakah yang sebenarnya yang dilakukan oleh pihak Kerajaan?

Apakah betul Syarikat yang berlandaskan Keuntungan akan memberikan subsidi yang banyak apabila merawat pesakit nanti?
Betulkah Sime akan berkorban dan berkongsi keuntungan dari sumber yang lain untuk menampung KOS operasi IJN?

Saya tidak nampak keperluan PENSWASTAAN ini. Pihak Kerajaan sepatutnya memikirkan akibat dari segi politik dan dari segi kabajikan jangka panjang untuk rakyat.

Saya juga kurang yakin bahawa SIME akan memberikan kemudahan seperti sebelum ini kepada Rakjak Malaysia apabila ianya sudah diswastakan.

Suka saya mencadangkan agar kerajaan memegang terus IJN dan sekiranya SIME berhajat untuk berniaga didalam industri Pesakit Jantung, buatlah pusat perubatan yang baru.

Dengan Pegangan 51% Sime kepada IJN, saya tidak nampak kerajaan boleh mengawalnya.

Kenapa perlu kerajaan mengulangi peristiwa seperti TOL dan juga macam-macam lagi GLC yang menaikkan harga tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

Kita perlu jadikan sejarah penswastaan sebagai landasan agar tidak diulangi kesilapan yang lepas.

Masalah gaji pakar-pakar doktor yang tidak setaraf dengan gaji doktor swasta, sepatutnya isu ini di selesaikan dan pihak kerajaan sepatutnya menaikkan dan meletakkan taraf mereka standing dengan pakar swasta.

Mejoriti pakar-pakar didalam IJN merupakan anak-anak Melayu dan tidak salah sekiranya kita meletakkan mereka ke tahap yang tinggi!

3 comments:

Reds said...

saya sokong pendaat saudara. nampaknya pemimpin2 UMNO hari ini semakin gila & cuba memusnahkan hasil usaha Tun Mahathir. Alahai, malangnya kami wahai Tun kerana kehilangan mu...

http://tuanbatu.blogspot.com

Anonymous said...

Sedang sakitkah "jantung" negara itu. Jika sakit, usaha memulihkannya wajar dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana rakyat dapat menyerahkan jantung mereka kepada negara yang jantungnya sendiri sakit. Jika Dr Sime Darby ada kepakaran dalam usaha pemulihan itu usaha pemulihan itu, kita wajar memberikannya peluang. Apabila "jantung" negara itu sudah cukup kuat rakyat pun boleh menyandarkan jantung mereka yang bermasaalah kepada jantung negara itu

APPLE PIE said...

Salam Saudara,
saya puji dan berterima kasih pada saudara kerana menyatakan pandangan bagi saya mewakili pandangan pemuda akar umbi.tahniah kerana memenangi Posisi Ketua Pemuda, syabas.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...