Friday, October 23, 2009

Selamat Menjalankan Tugas.

Selamat menjalankan amanah kepada saudara Maizal Aswad(Along), sebagai Penolong Setiausaha dan juga Saudara Alawi Dahalin sebagai Ketua Penerangan.

Jadikanlah lantikan ini sebagai satu ibadah dan juga diharap dapat bersama-sama kita merelisasikan agenda untuk MEMASYARAKATKAN PEMUDA.

Terima Kasih juga kepada Saudara Rozzy (Mantan Ketua Penerangan) dan Saudara Irwan Rizal (Mantan Penolong Setiausaha) yang telah menabur jasa dan budi semasa memegang jawatan tersebut.

Masa yang diberikan kepada kita bukannya panjang, kita harus terus bergerak secara pantas dan proaktif, dan diharap semua dapat menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada kita.

Selamat bertugas sahabat semua.

1 comment:

Shamanuar said...

Tahniah kepada Along dan Awie ..

Juga tahniah kepada Ketua Pemuda dgn membuat pilihan yg tepat.

Jalankan tugas dgn sebaik mungkin.

Kami dicawangan memberi sokongan penuh diatas perlantikan tersebut.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...