Monday, October 19, 2009

Terima Kasih PM

Kami Pemuda Seputeh merakamkan ucapan Terima Kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana kesudian YAB ke majlis rumah terbuka Bahagian Seputeh.

Kehadiran ini memberikan kami suntikan semangat untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan gigih.

Terima Kasih juga kepada Ketua Pemuda Malaysia, Sdr Khairi Jamaluddin bersama Barisan Exco dan juga Sdr Rizalman bersama-sama ketua Pemuda Bahagian WP yang turut hadir didalam majlis ini.

Tidak lupa kepada Pemuda Bahagian Seputeh yang bekerja keras untuk menjayakan program ini, Khalid, Sham, Zul,Kasim, Ajib, kawan-kawan Pemuda dari Kg Petaling, Along, Alawi, Basiron, Kabir, Man , Arab, Fauzan, Fadil dan seluruh ajk Pemuda bahagian kerana bekerja secara kuat di belakang tabir.

Walaupun Seputeh tidak pernah dimenangi oleh BN didalam Pilihanraya, namun kehadiran ini telah memberikan pengitirafan yang besar kepada perjuangan kami di UMNO Seputeh.

Keakrapan kami di Seputeh telah mengiyakan program yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan ini. Seramai lebih 6,000 tetamu hadir didalam Majlis ini yang khususnya dibuat untuk merayakan penduduk setempat di kawasan Seputeh.

Kehadiran ini membuktikan YAB PM sememangnya merupakan PM Satu Malaysia dan tidak mustahil sekiranya Seputeh akan dimenangi oleh BN sekiranya kaum-kaum lain sedar akan perjuangan satu Malaysia. Yang mana perjuangan ini akan membela semua kaun dan memberikan keadilan kepada semua kaum, demi Malaysia yang tercinta.

Cebisan semangat ini akan kami jadikan landasan perjuangan kami, keikhlasan YAB terhadap perjuangan UMNO telah tersinar dan terbukti. Maka inya telah kami serap didalam sanubari dan seharusnya kami di Pemuda Seputeh harus bekerja sekeras-kerasnya untuk membantu Parti agar mengambil kembali kerusi-kerusi di WP yang telah kalah kepada pihak pembangkang.

Insyallah.

1 comment:

Tweet Sports said...

Bookmark!! harap blog ni sentiasa update!! Terima kasih.

Untuk kawan-kawan yang sudah berumah tangga, saya nak kongsi bende yang baru saya jumpa cara bersetubuh

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...