Tuesday, September 28, 2010

Jangan ikut rentak Pembangkang

"Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.

''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya."

Utusan Malaysia Muka 2.
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak patut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang menggesa kerajaan menghukum seorang pengetua dan seorang guru atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, keputusan mengenai hukuman ke atas kedua-dua penjawat awam itu akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Justeru katanya, parti komponen BN seperti MCA dan MIC perlu menghormati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.

''Semua pihak harus menunggu keputusan JPA dan jangan cuba mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Semua parti komponen harus menerima keputusan yang akan dibuat.

"Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang yang sering kali tidak akan menerima keputusan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan 'memberi masa' selama dua minggu buat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas pengetua dan guru tersebut.

Menurut Mohd. Razlan, banyak juga isu kaum Cina dan India yang membabitkan pemimpin pembangkang melakukan kesilapan, tetapi apabila mereka memohon maaf ia diterima.

''Apabila memohon maaf kita boleh menerima dan tidak pula membuat demonstrasi atau desakan bertubi-tubi," katanya.

Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.

''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya.

Friday, September 24, 2010

Kembalikan Kegemilangan Pemuda – Razlan


Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH.

KUALA LUMPUR 24 Sept – Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk mengembalikan kegemilangan zaman Pemuda UMNO berbanding sekarang yang kelihatan lemah dan lesu.

Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, untuk mengembalikannya Pemuda UMNO perlu merapatkan keregangan yang berlaku berikutan pemilihan pucuk kepimpinan tidak lama dahulu.

“ Sehingga sekarang, saya tidak nampak gerakan dan ikhlas untuk menyatukan Pemuda UMNO yang telah berpecah kepada tiga kumpulan sehingga tidak dilihat sebagai tunjang kepada perjuangan parti.

“Penyatuan merupakan asas kepada perjuangan, Saya tidak nampak yang kita sudah cukup bersatu di dalam erti perjuangan sebenar, banyak perkara yang kita buat tidak menampakkan keserasian,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, tindakan segera itu perlu dilakukan segera dan bukan hanya melalui kata-kata tetapi hendaklah direalisasikan dengan tindakan kerana apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah sekadar ucapan tanpa pelaksanaan.

“Sering kali terjadi apabila ketua bercakap, ianya tidak disambut oleh kepimpinan pemuda sehingga menyebabkan apa yang dilakukan nampak longlai bagaikan tidak bertenaga dan menyuarakan apa jua perkara,” katanya.

Razlan berkata, perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini perlulah melupakan segala permasalahan yang berlaku dahulu dan kembali dalam satu barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Untuk kita membina kekuatan dan penyatuan yang kukuh, ianya mesti dimulakan dari dalam hati, semua pihak seharusnya menerima dan bekerja bersama-sama, jadikan perhimpunan ini untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu barisan yang mantap.

“Jangan jadikan kehadiran itu nanti sebagai untuk mencukupkan syarat dan apa yang diperbincangkan sekadar untuk dalam dewan perhimpunan tanpa gerakan dan pelaksanaan menyebabkan mereka yang di bawah kabur dan tidak tahu hala tuju masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, sehingga sekarang beliau tidak nampak gerakkan drastik dan ikhlas dilakukan oleh pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Pemuda UMNO adalah pemuda lemah.

Menurutnya, permasalahan itu tidak boleh dibiarkan kerana Pemuda UMNO adalah barisan pelapis yang akan mewarisi perjuangan kepimpinan sedia ada apabila tiba waktunya nanti.

Razlan berkata, perhimpunan ini adalah lokasi terbaik selain dengan kehadiran pemimpin dari seluruh negara yang bakal memperdebatkan pelbagai perkara dalam mencari hala tuju parti bagi memastikan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO terus menerajui pemerintahan negara. - MediaUMNO

Thursday, September 16, 2010

Mahathir permata yang bersinar

Di hari kita menyambut Hari Malaysia tanggal 16 September, terkejut saya apabila membaca satu artikel yang disiarkan di dalam ruangan Akhbar Cina yang diterjemahkan oleh Utusan Malaysia.

Artikel ini sememangnya menjurus kepada penghinaan kepada seorang mantan Perdana Menteri yang telah memimpin negara kita selama 22 tahun.

Seorang pemimpin yang telah membawa kemajuan kepada Malaysia dan selama beliau memimpin kita, sudah banyak perubahan dan sudah terbukti cemerlang Malaysia di mata dunia.

Saya nak ingatkan kepada penulis (Meng Lun Yong), ramai lagi pemimpin yang seusia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bergiat aktif dalam memberi nasihat kepada negara mereka. Saya percaya permata ini bukanlah seorang nyanyuk seperti yang digambarkan oleh kamu.

Sememangnya kamu seorang yang mentah lagi budak sekiranya nak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan dan dicurahkan oleh seorang negarawan iaitu Dr. Mahathir. Kamu sememangnya tidak layak untuk mengkritik seorang negarawan kerana kamu sendiri agak hodoh dan dungu apabila menulis tentang konsep 1Malaysia, dan bahasa kasarnya, "Kamu seorang yang kurang ajar".

Dr. Mahathir merupakan mutiara dunia yang mana sehingga hari ini dunia menagih pendapat dan pandangan beliau, bukan hanya di Malaysia tetapi dunia mengiktiraf beliau.

Dr. Mahathir memang ahli UMNO dan apabila beliau berkata begitu, sememangnya kita mempunyai agenda UMNO yang memastikan orang Melayu tidak dipinggirkan, seperti juga MCA dan MIC, mempunyai agenda kaum masing-masing untuk diperjuangkan. Melalui BN kita merungkai persamaan dan bersama kita memacu negara ini mengikut acuan kita sendiri tanpa menindas kaum yang lain.

Saya percaya kamu seorang yang penakut untuk menerima hakikat yang Malaysia ini sebuah negara yang mempunyai Rukun Negara dan mempunyai Perlembagaan yang mesti diikut dan dipatuhi.

Apabila kita faham dan sedar serta terima rukun dan perlembagaan Malaysia, saya percaya kamu akan sedar dan insaf yang bumi dipijak ini adalah untuk dikongsi bersama-sama kaum lain tetapi kena sedar yang kaum Melayu adalah pribumi Malaysia.

Kek ekonomi yang hari ini dimonopoli oleh orang Cina membuktikan yang kaum ini diberi layanan yang teristimewa dibandingkan dengan kaum lain. Kaum Cina mendapat keistimewaan melalui pembangunan tanah-tanah kerajaan melalui syarikat gergasi mereka, berniaga di sektor swasta. Ini semua keistimewaan yang kita beri kepada orang Cina agar bangsa mereka tidak dipinggir di dalam Malaysia.

Sekiranya kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) mahu meminggirkan bangsa tertentu sudah tentu orang Melayu sudah lebih maju dibandingkan dengan orang Cina melalui pemberian kontrak dan tanah-tanah kepada hanya syarikat Melayu. Sekiranya Dr. Mahathir seorang rasis semasa mentadbir, sudah tentu orang Melayu memonopoli ekonomi negara.

Sememangnya kita khuatir dengan situasi apabila ramai rakyat yang menggunakan konsep 1Malaysia untuk menagih hak sama rata. Saya nak ingatkan kepada penulis sekali lagi, kenapa ada pihak yang tidak mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan? Kenapa kita tidak mahu menerima konsep sekolah kebangsaan yang menghimpunkan semua kaum di bawah satu bumbung?

Hak keadilan yang diberikan adalah perjanjian di antara pemimpin terdahulu untuk memberikan kelebihan kepada penduduk pribumi bagi mengimbangi pembangunan negara. Ini semua telah dimeterai semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dan memberikan peruntukan satu juta kewarganegaraan kepada kaum bukan pribumi.

Di Malaysia, kepada sesiapa yang belajar pandai dan bekerja rajin, sudah pastinya golongan ini akan dapat imbuhan daripada apa yang diusahakan oleh mereka.

Berkat daripada kepimpinan Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lepas, semua rakyat di Malaysia hidup aman dan damai. Sudah tentu Malaysia akan lebih cepat maju sekiranya kita tidak mempunyai rakyat yang berpandangan seperti Meng Lun Yong. Beliau seorang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin yang lepas.

Adalah amat bahaya beliau menggunakan pena penulisan untuk mengajar rakyat tidak berterima kasih terhadap apa yang diusahakan oleh pemimpin terdahulu.

Mohd. Razlan Muhammad Rafii

Puchong, Selangor

Utusan Keluaran 17 September 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Tuesday, September 14, 2010

Menjelang Mesyuarat 2010 - Versi 1

Mac 2009 Bulan yang menjadi titik permulaan kepimpinan baru di dalam UMNO. Semenjak itu, kita melangkah kehadapan untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dikaji di setiap bahagian-bahagian melalui mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan.

Tanggal itu jugalah kita melihat Semua sayap-sayap dipimpin oleh pemimpin baru, muda dan bertenaga.Didalam lubuk hati orang-orang Melayu mahu melihat sayap-sayap ini berkerja dan memperbaiki kesilapan pemimpin yang terdahulu.

Masih segar teringat semasa kempen dijalankan, ramai yang bertanya soalan dan ramai pula yang bertanyakan sifat-sifat kepimpinan kepada calon-calon, mahu melihat betapa pandai dan cerdiknya calon itu menjawab dan mengolah soalan. Kadang-kadang, soalan yang ditujukan macam sengaja mahu memerangkap pemimpin tertentu.

Sejauh mana dialog ini dijadikan batu ukuran semasa memangkah kertas undi, sukar mahu kita menjawabnya, sekiranya kita melihat semasa pencalonan, sudah tentu kita melihat permimtaan akar umbi tidak diendahkan oleh perwakilan, mungkin juga semasa berdialog, para perwakilan menukar pilihan mereka kepada pemimpin yang mereka percaya akan membawa kepada pembaikkan UMNO secara total.

Sekarang sudah hampir 1 tahun 8 bulan kepimpinan baru mentakbir UMNO, semua yang dijanjikan semasa berkempen, kita boleh melihat kesungguhan mereka untuk melaksanakan tanggunjawab mereka, bak kata pepatah, Manusia berpegang pada janji, tetapi kalau mereka tidak berpegang kepada janji, bukan manusia la agaknya.

Mesyuarat kali pertama penggal ini, UMNO sudah menunaikan janji mereka dengan mengubah Perlembagaan. Memberi kuasa kepada ahli akar umbi untuk membuat pilihan pucuk pimpinan, mengadakan permutihan di setiap cawangan-cawangan, dan banyak kerahan tenaga kepada MT dan juga Ketua-ketua Bahagian untuk memastikan kita bekerja kuat bagi mewujudkan gelombang perubahan di setiap setiap pelusuk Negara.

Kalau nak ikut jadual, kita hanya tinggal 14 bulan sahaja untuk menghabiskan sisa-sisa penggal yang ada. Sejauh mana kita melaksanakan tanggunjawab kita sudah boleh diukur dengan laporan di dalam kertas.

Kalau kita betul-betul pemimpin yang bukan retorik, sudah tentu nama dan kerja kita terpahat di bibir rakyat ataupun ahli UMNO. Kalau kita seorang yang mahu menjaga nama dan kedudukan didalam parti, kita boleh melihat, mereka-mereka ini akan bergerak sekarang dan mencari publisiti di sana sini untuk memghapuskan dosa-dosa mereka selama 1 tahun 8 bulan menjadi ketua yang tidak bekerja.

Tulisan yang akan datang ini, akan menceritakan secara dekat kepimpinan Sayap yang buat kerja, curi-curi buat kerja, main nyorok-nyorok semasa bekerja, dan macam-macam lagi jenis pemimpin, yang mana sudah tentunya kita boleh lihat menagak sendiri siapakah pemimpin itu.

Kalau pihak MT bermesyuarat setiap bulan dan pengurusan bermesyuarat setiap 2 minggu, sudah tentu setiap mesyuarat ada perkara dan agenda untuk di turunkan kepada sayap-sayap untuk dilaksanakan, tapi apa akan jadi kalau sayap buat mesyuarat hanya 4 bulan sekali, apakah agenda yang boleh disampaikan.

Hakikatnya senang, kalau kita sakit nak mati, sudah tentu banyak wayar-wayar di pasang kat badan kita, banyak alat-alat perubatan dan Doktor akan monitor secara dekat agar kita dapat diselamatkan, tetapi pelik, ada sayap yang tidak hirau dan endah. Mungkin mereka mahu melihat penyakit itu terus menekan dan membunuh ataupun kepimpinan itu tidak tahun menggunakan mesin dan peralatan yang telah dibeli sebelum ini kerana kekurang pengalaman atau kekurangan pakar.


bersambung..

Saturday, September 04, 2010

Iklan TV3 Jadi Isu

Laporan ini telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada 6 September di ruangan FORUM.



Assalamualaikum saudara Pengarang,

Hari Raya sering kita dihiburkan oleh cerita-carita yang menarik di Sistem
Television tempatan, kerana ramai sanak saudara mengunjung ke rumah-rumah dan ramai
yang duduk di rumah menghabiskan masa dengan keluarga sambil menonton TV.

Banyak juga syarikat-syarikat yang akan membuat iklan raya untuk di tontonkan
kepada penonton. Tidak lari juga stesyen-stesyen tv yang sudah pastinya mereka berkariya untuk mencipta iklan yang mesejnya berkongsi kegemiran di hari lembaran.

Didalam kita ghairah mereka dan mendeklamasi karya kita kekadang kita terlupa
menjaga dan membawa impirasi ini sehingga kita terlupa budaya dan adat resam sesebuah agama.

Saya agak terperanjat apabila melihat iklan TV3 yang dipratontonkan kepada umum
untuk tahun ini. Iklan ini megambarkan ada seorang budak lelaki yang duduk di rumah
dan dikunjungi seorang tua menggunakan beca dan membawa beliau terbang seperti
santa cloas.

Orang tua yang memakai kopiah itu kemudiannya mejemput kanak-kanak lain dan membawa
mereka ke satu destinasi yang dikumpulkan untuk menunjukkan kegemiraan menyambut raya.

Saya melihat didalam kita ghairah menggunakan teknologi tinggi didalam pembikinan
iklan ini, penciptanya lupa akan budaya orang Islam, sehigga membawa budaya Hari
Natal didalam berkarya.

Saya berharap agar pihak TV3 lebih sensitif didalam mencipta iklan-iklan dimasa
akan datang. Iklan 1 minit ini sudah tentunya akan memberi kesan yang buruk kepada
kanak-kanak yang mana mereka akan disalahtafsirkan diantara hari natal dan hari
raya.

TV3 perlu bersama menyemai budaya ketimuran dan menjaga adat resam orang islam dan
TV3 juga perlu lebih bertanggunjawab untuk mengekalkan budaya setiap agama agar
kita tidak terikut-ikut budaya orang lain.

Kewujudan bunga teratai pada akhir iklan itu langsung tidak menunjukkan semangat
hari raya dan berkait dengan orang-orang islam. Ia lebih kepada simbol agama Budha.

Iklan ini juga sudah menjadi bahan cercaan didalam laman-laman sosial dan mendapat
komen yang negatif yang banyak. Sebanyak 498 komen yang mengkritik iklan ini
di laman facebook.

Jesteru itu, eloklah tv3 menarik balik iklan ini dari ditonton. Dan jangan kita
ulangi kesilapan kita dengan tidak menjaga budaya dan senstitiviti setiap bangsa
dan agama yang menginap di Malaysia.

Selamagt Hari Raya
Mohd Razlan Bin Muhammad rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...