Friday, September 24, 2010
Kembalikan Kegemilangan Pemuda – Razlan
Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH.
KUALA LUMPUR 24 Sept – Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk mengembalikan kegemilangan zaman Pemuda UMNO berbanding sekarang yang kelihatan lemah dan lesu.
Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, untuk mengembalikannya Pemuda UMNO perlu merapatkan keregangan yang berlaku berikutan pemilihan pucuk kepimpinan tidak lama dahulu.
“ Sehingga sekarang, saya tidak nampak gerakan dan ikhlas untuk menyatukan Pemuda UMNO yang telah berpecah kepada tiga kumpulan sehingga tidak dilihat sebagai tunjang kepada perjuangan parti.
“Penyatuan merupakan asas kepada perjuangan, Saya tidak nampak yang kita sudah cukup bersatu di dalam erti perjuangan sebenar, banyak perkara yang kita buat tidak menampakkan keserasian,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, tindakan segera itu perlu dilakukan segera dan bukan hanya melalui kata-kata tetapi hendaklah direalisasikan dengan tindakan kerana apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah sekadar ucapan tanpa pelaksanaan.
“Sering kali terjadi apabila ketua bercakap, ianya tidak disambut oleh kepimpinan pemuda sehingga menyebabkan apa yang dilakukan nampak longlai bagaikan tidak bertenaga dan menyuarakan apa jua perkara,” katanya.
Razlan berkata, perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini perlulah melupakan segala permasalahan yang berlaku dahulu dan kembali dalam satu barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Untuk kita membina kekuatan dan penyatuan yang kukuh, ianya mesti dimulakan dari dalam hati, semua pihak seharusnya menerima dan bekerja bersama-sama, jadikan perhimpunan ini untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu barisan yang mantap.
“Jangan jadikan kehadiran itu nanti sebagai untuk mencukupkan syarat dan apa yang diperbincangkan sekadar untuk dalam dewan perhimpunan tanpa gerakan dan pelaksanaan menyebabkan mereka yang di bawah kabur dan tidak tahu hala tuju masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, sehingga sekarang beliau tidak nampak gerakkan drastik dan ikhlas dilakukan oleh pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Pemuda UMNO adalah pemuda lemah.
Menurutnya, permasalahan itu tidak boleh dibiarkan kerana Pemuda UMNO adalah barisan pelapis yang akan mewarisi perjuangan kepimpinan sedia ada apabila tiba waktunya nanti.
Razlan berkata, perhimpunan ini adalah lokasi terbaik selain dengan kehadiran pemimpin dari seluruh negara yang bakal memperdebatkan pelbagai perkara dalam mencari hala tuju parti bagi memastikan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO terus menerajui pemerintahan negara. - MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment