Tuesday, September 28, 2010

Jangan ikut rentak Pembangkang

"Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.

''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya."

Utusan Malaysia Muka 2.
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak patut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang menggesa kerajaan menghukum seorang pengetua dan seorang guru atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, keputusan mengenai hukuman ke atas kedua-dua penjawat awam itu akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Justeru katanya, parti komponen BN seperti MCA dan MIC perlu menghormati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.

''Semua pihak harus menunggu keputusan JPA dan jangan cuba mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Semua parti komponen harus menerima keputusan yang akan dibuat.

"Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang yang sering kali tidak akan menerima keputusan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan 'memberi masa' selama dua minggu buat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas pengetua dan guru tersebut.

Menurut Mohd. Razlan, banyak juga isu kaum Cina dan India yang membabitkan pemimpin pembangkang melakukan kesilapan, tetapi apabila mereka memohon maaf ia diterima.

''Apabila memohon maaf kita boleh menerima dan tidak pula membuat demonstrasi atau desakan bertubi-tubi," katanya.

Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.

''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya.

1 comment:

Anonymous said...

untuk apa minta maaf?Adakah kita takut dengan cina dan india?atau kita nak bodek mereka?mana semangat melayu kita?

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...