Apabila kita tidak kuat inilah yang terjadi, keputusan JPA untuk menarik peratusan Bumiputera dan diberikan kepada bangsa lain dilihat sebagai tidak adil kepada Bangsa Bumiputra.
Kita tidak mempertikaikan apa yang diperolehi kepada bangsa lain, tetapi kenapa setiap kali kita perlu bertolak ansur kepada mereka dan Melayu selalu berada di pihak yang kalah.
Sebelum ini, MRSM yang telah membuka 10% kepada bukan bumiputera kerana sebab-sebab saingan yang langsung tidak releven kerana MRSM setiap tahun mendapat keputusan 100%.
Sekarang ini, apakah sebabnya JPA menaikkan peratusan biasiswa kepada bangsa lain? Apakah yang berlaku disebalik pentakbiran Kerajaan sekarang? Adakah pada Penggal PRU ini Melayu akan terhakis lebih banyak lagi hak-hak di Tanah Melayu?
Pemuda MCA Dr Wee menggunakan ayat-ayat yang cantik-cantik apabila mengulas perkara ini, sebelum ini, apabila kita ingin memperkenalkan Sekolah Wawasan, adakah mereka menyokong kita, bangsa mereka tidak akan menyokong APA SAHAJA tindakan dan rancangan yang akan mengugat pendidikan bangsa mereka. Kita masih lagi relax dan santai apabila KEISTIMEWAAN PENDIDIKAN BANGSA MELAYU di robek-robek !!!
Adalah dua-tiga Exco Pemuda memberikan amaran dan sekadar cakap di suratkhabar selepas itu ianya tetap akan berjalan dan Melayu RUGI lagi.
Risau dan amat risau melihat perubahan yang drastik dan perubahan ini setiap hari menghakis keistimewaan orang-orang Melayu di tanah Melayu.
Saya masih lagi menungu ARAHAN dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk berkumpul dan membantah apa sahaja tindakan yang MENGUGAT HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DAN JUGA KEDAULATAN TANAH MELAYU !
Kenyatan KJ "nisbah pemberian biasiswa kerajaan untuk pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Seri Paduka mempunyai budi bicara untuk menentukan nisbahnya" ADAKAH DIGUNAPAKAI SEKARANG ! DAN APAKAH TINDAKAN SELEPAS MEREKA TAHU IANYA HAK YANG DI-PERTUAN AGONG ????
Diharap kita akan ada tindakan selepas ini ...
Petikan :
"Kesabaran orang-orang Melayu ada hadnya. Kaum-kaum lain jangan cuba membuat provokasi melampau sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum," kata Dato Seri Khir Toyo.
1 comment:
tukar dulu ketua pemuda yang lemah lutut tu...cari yang berani dan benar2 berjiwa Islam Melayu yang boleh menjadi champion macam Datuk Harun dulu...
xyah tunggu pemilihan lagi.cari pemimpin alternatif yang bukan dari barisan yang ada!kerana mereka tidak boleh diharap. jangan takut tak popular...inilah masanya kalu ingin menjadi perjuang bangsa sebenar!
Post a Comment