Sunday, July 20, 2008

Pertembungan Datuk Hisham dan Mustapha Kamal ...sejarah 2004 berulang ..















"Mesyuarat Pertama Cawangan Bagi Bahagian Seputeh, Cawangan Taman Bahagia bersidang pada jam 11.00am bertempat di Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh"

***SETAKAT 26 JULAI, KETUA BAHAGIAN - DATUK HISHAM(6) DAN MUSTAPHA(2),
KETUA PEMUDA - RAZLAN (5),ALAWI(2), MUSTAKIM (1)
KETUA PUTERI - AZLIZA (2) DAN MONA LIANA (2) *****



Seputeh menyaksikan pertembungkan 2 pejuru jawatan Ketua Bahagian oleh Datuk Hisham Abd Majid(pemegang jawatan) dan Mustapha Kamal.

Cawangan Datuk Hisham yang memulakan mesyuarat pada jam 11.00am, mencalonkan Timbalan Ketua kepada Rahim Aman(Pemegang Jawatan) dan Naib kepada Aziz Shafie(Pemegang Jawatan).

Zafizan sebagai ketua Pemuda Cawangan Taman Bahagia telah mencalonkan Mohd Razlan sebagai Ketua Pemuda dan Ghazali Zainal Abidin sebagai Naib Ketua.


"Gambar dari kiri : Wati bersama Azliza dan Yan bersama Mona liana, calon-calon Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri"

Azian sebagai ketua Puteri, mencalonkan Mona Liana sebagai Ketua Puteri Bahagian, Mona akan bertanding dengan pemegang Jawatan, Cik Azliza. Dan Azian dicalonkan sebagai Naib Ketua Puteri.

Sebanyak 6 cawangan bersidang dan masing-masing mendapat :

Ketua Bahagian : Datuk Hisham (4), Mustapha Kamal (2)
Ketua Pemuda : Razlan (3), Alawi(2) dan Mustakim (1)
Ketua Puteri : Azliza (2) dan Mona (1)

Timbalan Ketua Bahagian pula menyaksikan Pemegang Jawatan En Rahim Aman Mendapat 3 pencalonan, Setiausaha Bahagian - En Sharifuddin mendapat 1, Hj Osman mendapat 1 dan Ustaz Wahid mendapat 1.












"Calon-calon Naib Ketua Pemuda.. dari kiri : Mat Nayan, Ghazali, Anuar(Sham) dan Badrul"

Naib Ketua Bahagian pula menyaksikan Pemegang jawatan En Aziz mendapat (4), Ghazali (2). Ghazali merupakan Bendahari Bahagian.

Naib Ketua Pemuda pula direbut oleh 4 orang iaitu Ghazali (2), Mat Nayan (2), Badrul (1) dan Mohd Anuar(Sham) (1). Sham merupakan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian, Ghazali merupakan Timb Pengerusi Islam Hadhari, Badrul Timb. Pengerusi Pengaduan Awam) dan Mat Nayan merupakan Ketua Pemuda Taman Desa.



Calon-calon Ketua Pemuda Bahagian dari kiri , Razlan, Mustakim, dan Alawi ... Beginilah pertandingan Keluarga UMNO, walaupun didalam musim pertandingan mereka dapat bersama-sama... gambar diambil di perkarangan Dewan Kg Maidin yang mana cawanagn Panglima Garang bersidang pada jam 5 petang.

9 comments:

Anonymous said...

Salam Sahabat ...

Cantik blog sahabat ini,updated.
Tahniah.Insayallah saya akan berikan sokongan kpd blog sahabat ini.Untuk pengetahuan sahabat,saya melayari blog sahabat setiap hari utk mebdapat berita terkini tentang bahagian Seputeh.
Tahniah sekali lagi kerana sahabat telah mendapat 3 pencalonan sebagai Ketua Pemuda.
Satu lagi,diminta saudara membuat pembetulan kepada nama saya. Nama saya Muhammad Anuar ( Sham )B Muhammad Shariff.

Terima kasih

Anonymous said...

Assalamumualaikum .... Sdr. Razlan .... bagus jugak blog nie .... saya setuju dgn cadangan Abg Sham .... yang mana kami boleh tgk benda2 yang terkini kat sini ... hehe tingkatkan usaha dan UPDATE selalu ok .....

Selamat Berjuang dan Selamat Bersidang .... satu pesanan jangan janji banyak2 sangat takut tak tertunai ....

Razlan said...

Terima Kasih CT...

Tanaga, Usaha dan idea sahaja yang dijanjikan ... tidak lah banyak ...

insyallah .. selagi ada usaha .. disitu ada kejayaan ..

sama juga kepada sahabat2 yang lain ..

teruskan usaha ..

Sherry said...

Salam,

Tahniah di atas kelahiran blog Sdr. Razlan, Semoga dengan adanya blog ni dapatlah kami mengikuti perjalanan, perkembangan dan pergolakan isu isu semasa yang terkini lagi sensasi.

Pada yang bertanding "Selamat Berjuang", Kami sentiasa menyokong usaha gigih Sdr dan Sdri.

Anonymous said...

Kawan...

Terima kasih...dan Tahniah 3 Pencalonan

Rasanya banyak ambik gambar hari tu...boleh masukkan sekali supaya tidak boring asik melihat gambar yang sama....

Jika boleh update dgn petikan ucapan yang menarik untuk dikongsi bersama...

GiEyAn said...

Saudara....

Tahniah...Maklumat yang telah dikemaskini...

Masukkan lagi banyak gambar...

Jika boleh masukkan petikan ucapan yang menarik untuk dikongsi bersama...

Razlan said...

Salam Sahabat..

Sekirannya ada kerajinan..
emailkan gambar dan sedikit catatan untuk kita berkongsi bersama ...

razlanrafii@gmail.com

Anonymous said...

Salam ....

Awat gambaq saudara dalam Calon Ketua Pemuda nampak macam pakai gigi palsu ..... heheheh

Jangan Marah haa ...

Razlan said...

Itu gigi rahmat tu cik ct wan kembang ...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...